Tidak kesemua dari anda yang bernasib baik untuk mendapat pinjaman penuh ketika memohon pinjaman. PINJAMAN PENUH disini merujuk kepada kelulusan pinjaman yang diperolehi sama dengan jumlah harga yang termaktub didalam perjanjian jualbeli. Jika jumlah kelulusan pinjaman tidak sama dengan jumlah didalam perjanjian jualbeli maka akan wujudnya WANG BEZA. Perbezaan jumlah pinjaman dan Harga Jualbeli itu dipanggil sebagai WANG BEZA.
PINJAMAN LPPSA
Bagi anda yang ingin membuat pinjaman dengan LPPSA faktor utama wujudnya wang beza ialah KELAYAKAN. Kelayakan pinjaman anda akan diukur dari jumlah gaji bersih anda. Jika terdapat komitmen yang tinggi dalam slip gaji, ini akan menyukarkan pihak LPPSA memberi pinjaman penuh. Oleh itu akan wujudnya WANG BEZA
Faktor kedua ialah Nilai Hartanah yang anda beli. Adakah anda membeli rumah melebihi harga pasaran. Jika demikian pinjaman anda akan diluluskan berdasarkan nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Ini juga akan menyebabkan wujudnya WANG BEZA
Jika wujudnya Wang Beza anda perlu tahu kemampuan anda samaada anda mampu membayar WANG BEZA tersebut atau sebaliknya. Pastikan kemampuan anda sebelum anda menerima tawaran dari LPPSA. Jika anda tidak pasti samaada anda mampu untuk membayar wang beza tersebut adalah baik sekiranya anda menolak tawaran tersebut terlebih awal. Anda bukan hanya perlu membayar WANG BEZA sahaja malahan kos guaman juga perlu ditanggung oleh anda.
Kini surat kelulusan pinjaman dihantar melalui email anda dan anda perlu membuka sistem LMS untuk menerima tawaran tersebut. Sekiranya anda rasa bahawa anda tidak mampu untuk membayar wang beza tersebut ada baiknya anda tidak menerima tawaran tersebut. Sekiranya anda telah menerima dalam sistem tawaran tersebut tetapi anda ingin membatalkan hasrat anda, maka janganlah anda menandatangani Memorandum Persetujuan yang dikepilkan bersama-sama surat kelulusan tersebut. Sekiranya anda menerima tawaran tersebut melalui sistem LMS dan anda menandatangani Memorandum tersebut secara resminya anda telah bersetuju dengan tawaran yang telah di tawarkan.
Ramai yang membatalkan pinjaman setelah menandatangani MEMORANDUM PERSETUJUAN. Dalam masa penyediaan borang gadaian baru mereka sedar banyak kos yang perlu dikeluarkan dan berhasrat untuk membatalkan pinjaman.
Pinjaman memang boleh membatalkan pinjaman namun anda yang terpaksa menanggung risikonya sebagai peminjam. Anda terpaksa membayar jumlah yang telah dikeluarkan oleh pihak LPPSA, kerana setalah menandatangani dokumen gadaian pihak LPPSA akan menginsurankan harta tersebut. Kos inilah yang akan ditanggung oleh anda sebagai peminjam.
Dalam masa yang sama sekiranya anda ingin membuat pinjaman lain maka pinjaman anda akan menjadi PINJAMAN KEDUA. Jangan terkejut bila ini berlaku. Bagi pinjaman kedua tempoh bayaran balik ansuran akan diturunkan daripada 420 bulan kepada 360 bulan. Jumlah pinjaman anda juga dikurangkan setelah ditolak jumlah yang dikeluarkan oleh pihak LPPSA.
Contoh: Permohonan pinjaman : RM 300,000-00 Jumlah bayaran kepada Takaful bagi pinjaman Pertama ialah RM 40,000-00. Jadi kelayakan pinjaman anda ialah sebanyak RM 300,000-00 – RM 40,000-00 = RM 260,000-00. Jadi kelayakan pinjaman anda ialah sebanyak RM260,000-00 walaupun harga jualbeli anda adalah RM300,000-00. Anda hanya layak untuk membeli rumah yang berharga RM260,000-00.
Ini adalah proses serba ringkas bagi permohonan LPPSA.
PINJAMAN BANK
Terdapat sedikit perbezaan diantara pinjaman bank dan pinjaman LPPSA. Kebiasaanya bank hanya menawarkan pinjaman sebanyak 90% sahaja bagi pinjaman yang pertama. Bermakna anda perlu menyediakan 10% daripada harga jualan mengunakan wang simpanan dalam masa yang sama anda juga boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda.
Kebiasaanya bagi mereka yang ingin membuat pinjaman dengan bank mereka memang sudah bersedia dari awal dengan WANG BEZA ini, jadi tidak menjadi masaalah bagi mereka.
Bagi peminjam LPPSA pula kelayakan pinjaman adalah 100% jika anda mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan