7 Comments

  1. Norhaizan bt Let
    September 8, 2019 @ 7:02 am

    Salam
    Sy nk tanya mmg pemaju ke yg tanggung kos guaman? Sy baru nk beli rumah tak tahu cara urusan jual beli

    Reply

    • Admin LPPSA
      September 8, 2019 @ 9:34 am

      Untuk kes biasa peminjam yang akan tanggung kos guaman. Namun ada setengah pemaju yang menawarkan untuk menanggung kos guaman bagi pindahmilik dan juga kos guaman untuk pinjaman dengan syarat peminjam berurusan dengan peguam yang dilantik oleh pemaju.
      Tuan berhak untuk memilih peguam tuan sendiri namun tuan berkemungkinan terpaksa menanggung kos guaman tersebut walaupun terdapat package khidmat guaman percuma untuk pembelian rumah.
      Ini adalah kerana tuan telah memilih untuk melantik peguam tuan sendiri kecuali tiada tawaran package guaman percuma dalam pembelian rumah tersebut maka tuan bolehlah memilih mana peguam yang menjadi panel kepada LPPSA jika tuan ingin membuat pinjaman dengan LPPSA.
      Begitu juga dengan pinjaman dengan bank. Tuan perlu melantik peguam yang panel dengan bank yang meluluskan pinjaman. Sila hubungi 010-4043351 jika anda ingin dibantu.

      Reply

  2. Norhaizan bt Let
    September 8, 2019 @ 10:09 am

    Hari tu sy ada jumpa pemaju dorang ada bagitahu yg dorang ada lantik 3 org peguam. Yang sy nk tanya pemaju yg pilih peguam utk sy adakah sy juga yg kena byr kos guaman tu?

    Reply

    • Admin LPPSA
      September 8, 2019 @ 3:52 pm

      Puan kena pastikan terlebih dahulu dengan pemaju adakah mereka akan menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada puan.
      Puan juga kena pastikan kos guaman percuma tersebut melibatkan proses pindahmilik dan pinjaman.
      Sekiranya pemaju berjanji menanggung kos tersebut maka puan tidak perlu membayar apa apa. Sekiranya pemaju tidak menawarkan khidmat peguam secara percuma maka puan kena tanggung kos tersebut.
      Pemaju menawarkan kos khidmat peguam secara percuma adalah sebagai INSENTIF kepada pembeli dan bukan disebabkan ianya adalah tanggunjawap mereka untuk membayar kos guaman bagi pihak pembeli… Kerana kos guaman perlu dibayar oleh pembeli itu sendiri

      Reply

    • Admin LPPSA
      September 8, 2019 @ 3:57 pm

      walaupun pemaju yang melantik peguam bagi pihak puan,puan masih perlu membayar kos guaman sekiranya mereka tidak menanggung kos guaman.

      Reply

  3. Alip
    June 24, 2020 @ 4:18 am

    Pemaju mewajibkan pembeli menggunakan khidmat peguam panel mereka tetapi kos di bayar oleh pelanggan sendiri dgn anggaran kos guaman merangkumi SPA, MOT & MOC sebanyak 8 ribu ringgit untuk rumah berharga RM 135,000 ribu. Saya dapati kos guaman tersebut terlampau tinggi dari kebiasaan dan seakan-akan pemaju mengambil kesempatan keatas pelanggan. Adakah boleh untuk pemaju mengenakan kos guaman terlampau tinggi?Perlukan sedikit pencerahan. Terima kasih.

    Reply

    • Admin LPPSA
      June 24, 2020 @ 8:49 am

      Mengikut pandangan peribadi saya sebenarnya peminjam boleh memilih peguamnya sendiri sekiranya kos guaman ditanggung oleh peminjam. Tetapi pastikan peguam yang pihak tuan ingin lantik itu membuat pengiraan sebenar termasuk stem duty (jika ada) dan semua perbelanjaan terlibat. Adakala apabila peminjam berurusan dengan pihak peguam mereka hanya bertanyakan fi peguam. Jadi peguam akan memaklumkan fi mereka sahaja dan tidak termasuk kos kos yang lain.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *