SOALAN : BOLEHKAH MENAMBAH NAMA ISTERI DALAM GERAN JIKA TELAH BEBAS HUTANG
Pertanyaan tersebut ditanya oleh seorang pembaca blog yang menggung
Jawapan saya adalah BOLEH
Sekiranya hartanah anda telah bebas hutang atau bebanan maka anda boleh memindahmilik kesemua atau sebahagian daripada harga anda kepada pihak lain. Misalnya kepada isteri, anak dan sesiapa sahaja yang suka tanpa menggunakan khidmat peguam sekiranya tidak melibatan sebarang transaksi kewangan. Antaranya adalah seperti pemberian harta secara kasih sayang dan pemberian harta tanpa balasan. Menguruskan transaksi pindahmilik yang tersebut diatas anda boleh dan digalakan untuk membuat pindahmilik tanpa menggunakan kihdmat peguam. .
Namun, jika anda ingin membuat urusan jual beli iaitu melibatkan wang, saya cadangkan anda mengunakan khidmat peguam untuk melindungi kepentingan anda dan juga kepentingan pembeli untuk mengelakan perkara yang tidak diingini dan ketidakpuasan hati kelak.
Berbalik kepada pertanyaan tadi, beliau ingin memindah milik sebahagian daripada miliknya kepada isterinya. Ini bermakna beliau ingin membuat pindakmilik atas Dasar Kasih Sayang. Apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan hanya perlu mengisi borang Pindahmilik iaitu borang 14A dan ditandatangani oleh anda dan isteri anda dihadapan pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah di tempat dimana anda tinggal.
Sebelum itu anda harus memastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran dari Menteri Besar atau Kerajaan Tempatan terlebih dahulu sekiranya dalam Suratan Hakmilik itu ada dinyatakan bahawa anda perlu mendapatkan kebenaran Pindahmilik sebelum mendapat tandatangani pegawai di Pejabat Tanah. Misalnya di Perak untuk kebenaran pindakmilik kebiasaan nya ianya di nyatakan seperti berikut :- PINDAHMILIK PERLU MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS DARIPADA MENTERI BESAR ATAU KERAJAAN TEMPATAN dinyatakan dibawah SEKATAN-SEKATAN KEPINTANGAN. Anda boleh melihatnya dimuka surat pertama Suratan Hakmilik atau Geran anda.
Sekiranya dalam suratan hakmilik atau geran anda dinyatakan syarat seperti diatas dan anda belum mendapat kelulusan kebenaran Menteri Besar, Borang 14A tersebut tidak akan ditandatangani oleh pegawai dipejabat tanah sehinggalah kelulusan tersebut diperolehi. Untuk mengetahui apa itu Borang 14A sila rujuk DISINI. Anda akan mendapat sedikit sebanyak panduan untuk mengisi borang tersebut.
Sekiranya Borang 14A tesebut telah ditandatangani oleh pegawai Pejabat Tanah maka ada lagi proses yang perlu anda lakukan. Sila lihat enteri sebelum ini untuk mendapat maklumat lanjut.
Sila majukan pertanyaan anda di ruangan komen agar saya boleh menjawap pertanyaan anda.
January 31, 2020 @ 12:16 am
Bagaimana cara utk menambah nama istri digeran rumah yg masih ada hutang….
February 3, 2020 @ 12:41 pm
tuan terpaksa menjelaskan hutang terlebih dahulu…baru proses menambah nama isteri dibuat
July 28, 2020 @ 10:26 am
Boleh saya pindahkan tanah kepada isteri yang IC nya merah?
August 20, 2020 @ 7:22 am
Kelulusan tersebut akan terletak kepada pihak pejabat tanah. Tun boleh rujuk kepada pejabat tanah berdekatan atau pihak peguam untuk mendapatkan maklumat lengkap
January 29, 2021 @ 3:59 am
Selamat sejahtera. Tadi saya ada call LPPSA. Mereka inform jika mahu tambah penama boleh tapi dengan syarat kena uruskan dengan peguam ( masih bayar ansuran) . Soalan saya, jika saya tambah nama isteri (Penjawat awam juga) boleh saya ambik loan LPPSA jenis 7 atas nama isteri? Soalan kedua, semasa saya call LPPSA mereka kata boleh apply loan jenis 7 (Loan kedua) selepas kita start bayar ansuran bulan pertama untuk loan LPPSA yang saya pinjamkan. Saya ada baca entri tuan sebelumnya dimana dalam syarat tersebut mengatakan bahawa kena tunggu 5 tahun. so adakah prosedur ini dah bertukar? Thank you.
January 29, 2021 @ 7:37 am
Jika tuan sudah menyelesaikan hutang tuan boleh menambahkan nama isteri tuan dalam geran. Boleh membuat pinjaman yang berikutnya jika pembelian rumah tuan telah melebihi 5 tahun tuan layak untuk membuat pinjaman…
March 14, 2021 @ 12:24 pm
Assalamualaikum, saya Maznah dr Rembau nak tanya mcmana nak tahu bayaran ansuran bulanan jika saya mahu buat loan kedua perumahan di tanah lain. Sekarang saya ada servis 8 tahun lagi. Hendak buat loan rumah kedua di tanah sendiri, sebelum ini saya ada beli rumah loan pertama di perumahan. Macamana nak tahu kelayakan saya.
March 15, 2021 @ 7:18 am
Sekiranya tuan ingin tahu pengiraan sila hubungi saya insyaallah saya cuba bantu. WA 0104043351
March 23, 2021 @ 4:19 pm
Tuan boleh daftar di portal LPPSA disana nanti tuan boleh mendaftar. Disitu tuan boleh semak kelayakan dan juga baki hutang tuan.
April 2, 2021 @ 11:36 pm
assalamualaikum?, berapakah kos untuk tambah nama isteri dlm geran rumah tersebut?? rumah bebas hutang.. pemberian kasih syg
April 3, 2021 @ 1:46 pm
Jika tuan buat sendiri kos kurang dari RM1k. Secara tepat tak dapat diberikan kerana tidak tahu samada ada Consent atau tidak dan juga kos pendaftaran pindahmilik