SISTEM SPBB KE SISTEM LMS
Sistem SPBB telah dihentikan mulai 11/3/2019 dan akan digantikan dengan sistem LMS. Sistem LMS (Loan Management solution) akan berkuatkuasa mulai 1/4/2019 ini. Ini bermakna semua permohonan pinjaman dengan LPPSA perlu sampai kepada pihak LPPSA pada atau sebelum 11/3/2019. Sekiranya dokumen lewat sampai maka permohonan tidak akan diproses dan berkemungkinan anda terpaksa membuat permohonan semula.
Bagi mereka yang baru menandatangani perjanjian jualbeli anda tidak boleh membuat permohonan sekarang. Anda terpaksa menunggu sehingga 1/4/2019 baru anda boleh membuat permohonan diatas talian.
Untuk pengetahuan anda sistem LMS tidak banyak melibatkan peminjam. Ianya lebih kepada pihak peguam dimana kebanyakan urusan adalah cara secara dalam talian. Mungkin dengan cara ini akan memberi perkhidmatan yang lebih efisyen kepada pengguna dan memudakan pihak LPPSA membuat sebarang semakan.
Laman web SPBB juga tidak boleh diakses pada waktu ini begitu juga Laman Web ebiz dimana pihak kontraktor dan pihak peguam membuat semakan diatas pembayaran dan status permohonan klien.
Jadi semua pemohon pinjaman harap bersabar sehingga 1/4/2019 untuk membuat permohonan. Jangan menyalahkan mana mana pihak kerana ianya adalah untuk kemudahan dan kepentingan bersama. Tak lama lagi kan tak sampai 2 minggu. Bila sistem tersebut telah di naiktaraf barulah anda boleh meneruskan dengan permohonan anda. Tidak pasti sama ada permohon yang telah menghantar borang permohonan diatas talian sebelum 11/3/2019 tetapi masih belum mengemukakan hard copy kepada LPPSA boleh menggunakan permohonan yang lama atau perlu mengemukan yang baru…..apa kata kita tunguuuuuuu