SISTEM E TANAH DIPEJABAT TANAH BAGI SELURUH NEGERI PERAK
Pada 5hb. Julai, 2019 satu seminar telah dianjurkan oleh PTG Perak bagi memberi maklumat secara jelas tentang perkhidmatan yang diberikan oleh E TANAH. E TANAH ini adalah satu sistem yang akan digunakan secara dalam talian (online) bagi kesemua urusan di Pejabat Tanah dan Galian dan juga Pejabat Tanah yang terdapat diseluruh Negeri Perak. Perlaksanaan nya akan dibuat secara berperingkat mulai dari 30/9/2019. Buat permulaan hanya beberapa Urusan sahaja yang boleh dibuat urusan secara dalam talian seperti pembayaran Cukai Tanah, membuat Carian Persendirian, permohonan Kebenaran Menteri Besar (MB Consent) dan Menarik balik Kaveat.
Matlamat utama E TANAH di lancarkan adalah untuk mempertingkatkan perkhidmatan, mengawal selia dokumen dengan lebih teratur dan efisyen, menjimatkan masa dan segala urusan boleh dilakukan dengan lebih pantas kerana semua maklumat boleh diperolehi diatas talian sahaja. Dalam masa yang sama pemantauan keatas dokumen boleh dilakukan, sekiranya berlaku sebarang penipuan dan perkara yang mencurigakan. Memandangkan urusan pendaftaran banyak diuruskan oleh firma guaman maka setiap firma guaman perlu mendaftarkan individu yang terbabit yang dipertanggungjawapkan untuk berurusan di pejabat Tanah. Tujuan pendaftaran dibuat adalah untuk mendapatkan ID dimana ID tersebut boleh digunapakai di kesemua Pejabat Tanah yang terdapat seluruh Perak. Sebelum ini mereka diberikan ID yang berbeza mengikut Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing.
Adalah dijangkakan bahawa pada tahun 2020 E-TANAH ini akan beroperasi sepenuhnya. Semua pendaftaran akan dibuat secara dalam talian. Jadi bagi pejabat guaman yang berada diluar negeri Perak mereka bolehlah memanafaatkan sistem ini bagi melancarkan proses kerana kini sebahagian daripada tansaksi boleh dibuat secara dalam talian seperti MB Consent, Carian Persendirian dan beberapa transaksi yang lain. Walau bagaimana pun buat masa ini Carian Resmi perlu dibuat dikaunter Pejabat Tanah atau di PTG. Walau pun demikian pihak pejabat Tanah akan mempertingkatkan sistem ini dari masa ke semasa