SEMAK BAKI HUTANG DENGAN LPPSA
Minggu lepas Admin diajukan soalan bagaimana untuk mengetahui jumlah baki hutang dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Sebenarnya ada beberapa cara bagi anda untuk mengetahui anggaran bagi hutang anda dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Cara yang PERTAMA dan yang paling mudah ialah dengan menghantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas) ke 15888 dengan menaip langkah seperti berikut : –
LPPSA <jarak>BAKI <jarak>NO K/P dan hantar SMS ke 15888
LPPSA BAKI 90230085031 hantar ke 15888
Cara yang KEDUA ialah dengan melayari masuk ke laman web SPPB, sekiranya anda masih ingat akan kata laluan anda. Untuk akses ke laman ini hanya mereka yang pernah berdaftar dengan SPPB dan masih ingat akan kata laluannya boleh berbuat demikian. Sekiranya anda masih belum mengetahui apa itu SPPB sila tekan link CARA MENGISI BORANG SPPB (BORANG PINJMAN)
KETIGA ialah dengan Menelefon ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di talian 03-88801600 walau bagaimanapun cara ini tidak digalakan kerana ada alternatif lain yang lebih mudah.
KEEMPAT ialah dengan meminta khidmat peguam untuk mendapat penyata baki hutang. Kelazimanya mereka yang mengunakan khidmat peguam untuk mendapatkan penyata baki hutang ialah kerana mereka ingin menjual harta tersebut. Kerana prosedur untuk menjual harta yang masih digadaikan dengan institusi kewangan perlu di buat Pelepasan Gadaian tersebih dahulu, disebakan itu lah penyata baki hutang perlu ada agar bayaran boleh dikeluarkan oleh bank yang memberi pinjaman kelak.
KELIMA anda pergi ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) itu sendiri di Putrajaya untuk mendapatkan penyata baki hutang anda. Tetapi ada tidak akan mendapat penyata baki hutang tersebut pada hari yang sama kerana pengiraan secara terperinci perlu dibuat.
Dengan menggunakan Cara 1 HINGGA 3 anda hanya akan mendapat anggaran baki hutang anda manakala cara 4 HINGGA 5 jumlah baki hutang anda lebih tepat.
Perlu diingatkan bahawa Cara 4 HINGGA 5 hanya boleh dibuat sekiranya anda ingin menyelesaikan semua hutang anda adan sekali gus menutup akaun pinjaman anda atau pun anda ingin menjual harta anda kepada individu lain agar proses Pelepasan Gadaian boleh dibuat.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.
November 27, 2019 @ 4:10 am
Good
November 27, 2019 @ 6:34 pm
Terima kasih tuan
December 8, 2019 @ 5:11 am
Saya perlukan penyata tahunan dan baki pinjaman sehingga 2019
December 8, 2019 @ 9:39 pm
Tuan boleh pergi ke e-ticket LPPSA dan tuan boleh memohon untuk mendapatkan penyata baki hutang tuan
December 10, 2019 @ 1:28 am
saya nak semak baki pinjaman rumah saya
December 17, 2019 @ 3:10 am
tuan boleh menulis ke LPPSA atau menulis ke E tiket untuk pertanyaaan inj
December 19, 2019 @ 4:54 am
semakan baki hutang LPPSA
January 3, 2020 @ 7:32 am
semak baki hutang pinjaman perumahan
June 8, 2020 @ 8:29 am
Assalam,ingun tahu cara pemberhentian potogan pencen,tarikh tempoh bayaran bulanan dh tamat bulan ogos 2018,terima kasih
December 19, 2019 @ 4:59 am
selamat tgh hari..sy guntur bin helmi,sy ingin semak baki hutang sy dengan LPPSA..
December 20, 2019 @ 8:09 am
Tuan boleh menulis ke LPPSA bagi mendapatkan penyata baki hutang tuan atau tuan boleh buat pertanyaan melalui etiket lppsa pasti tuan akan dibantu
January 28, 2020 @ 5:49 am
Saya telah menerima surat arahan potongan gaji untuk pembiayaan saya. Semakan dengan pemaju mendapati, bayaran untuk rumah yang saya beli baru 50% kerana rumah belum siap dan ambil masa dalam setahun untuk siap.
Bolehkah saya merayu untuk penangguhan pemotongan gaji memandangkan bayaran penuh belum dibuat dan saya belum menerima kunci rumah.
Sekian, terima kasih.
January 28, 2020 @ 1:19 pm
Kebiasaan pihak LPPSA akan membuat potongan gaji dalam tempoh yang ditetapkan. Puan boleh bertanya dengan pihak LPPSA melalui e tiket lppsa pasti mereka akan membantu puan
February 3, 2020 @ 4:21 am
Mohon kemukakan Arahan Potongan Gaji Terakhir saya
February 3, 2020 @ 12:38 pm
Untuk mendapatkan Arahan potongan gaji terakhir tuan boleh layari etiket lppsa dan nyatakan tujuan tuan.
February 8, 2020 @ 7:35 pm
Assalamualaikum admin,
saya Salawati binti Yahaya No KP T 3005873 ingin mendapatkan anggaran baki pinjaman perumahan LPPSA, saya cuba check melalui sistem sms tapi masih tak dapat. Mohon kerjasama, terima kasih.
February 15, 2020 @ 4:19 am
Puan boleh menulis surat ke lppsa atau menulis ke e-tiket lppsa dan mohon untuk mendapatkan baki hutang puan
February 17, 2020 @ 9:35 am
saya telah menghantar permohonan bagi mendapatkan geran asal rumah yang dibeli oleh arwah suami beserta lebihan wang yang akan dikembalikan.saya ingin bertanya kebiasaannya berapa laa tempoh yang diambil bagi mendapatkan geran asak rumah tersebut memandangkan sudah hampir 2 bulan permohonan dibuat
February 17, 2020 @ 2:57 pm
Proses ini memang memakan masa sedikit. Pihak LPPSA perlu menyemak semua dokumen yang puan kemukakan terlebih dahulu bagi memastikan ianya lengkap dan sempurna.
March 13, 2020 @ 3:46 am
Sy ingin mendapat jumlah baki perumahan sy dan bercadang utk melanhsaikannya.tk
March 21, 2020 @ 3:06 am
Tuan boleh menulis ke LPPSA hasrat tuan untuk membuat penyelesaian awal. Pihak LPPSA akan menyemukan Penyata Baki Hutang Tuan kepada tuan.
Terima kasih.
March 30, 2020 @ 3:39 am
Baki simpanan perumahan
April 9, 2020 @ 2:16 pm
tuan boleh download LPPSA Financing untuk mendapat bagi hutang atau menulis di e-tiket untuk mendapatkan baki hutang tuan.
April 13, 2020 @ 5:30 am
Salam. Saya adalah seorang pesara. Saya pernah membuat pinjaman Kerajaan untuk membeli sebuah rumah di damansara Utama pada tahun 1992./93. Sejak itu, saya telah membayarnya tanpa culas sehingga sekarang.
Berapakah baki hutang yang masih ada? Mohon maklumbalas. Terima kasih
BAHROM ABU BAKAR
No KP 520510 05 5191
No HP 0122028124
April 15, 2020 @ 8:50 am
Tuan boleh download applikasi LPPSA Financing untuk mendapat bagi hutang atau menulis di e-tiket untuk mendapatkan baki hutang tuan.
May 11, 2020 @ 4:19 pm
Semak baki hutang perumahan
March 3, 2021 @ 6:18 am
Semak baki loan rumah
March 3, 2021 @ 6:21 am
Untuk semak baki hutang tuan boleh tulis ke etiket.lppsa