SELAMAT TAHUN BARU 2019
Selamat Tahun Baru semua. Semuga tahun 2019 ini akan memberi lebih makna kepada kita semua. Agar segala azam, perancang untuk tahun 2019 akan tercapai hendaknya. Tiada coretan yang serius pada hari ini cuma ada berita yang sedikit menggembirakan bagi mere yang ini membuat pinjaman dengan LPPSA.
Pihak LPPSA telah menaikkan tempoh pinjaman maksimum dari 360 bulan kepada 420 bulan mulai tahun 2019. Berita baik kan. Keputusan untuk menambah tempoh pinjaman dari 360 bulan kepada 420 bulan boleh meringgankan bebanan bayaran bulanan anda.
Adalah terlalu awal untuk diulas lebih banyak lagi tentang penambahan tempoh pinjaman. Walau bagaiamanapun anda akan dimaklumkan sekiranya ada sebarang perubahan. Setakat hari ini pada 1/1/2019 borang SPPB belum dinaikan taraf tempoh bulanan nya. Mungkin terlalu awal untuk di update sistem. Hari ini semua orang bercuti kan!. Cubalah isi pada keesokan hari mungkin sistem SPPB telah kemaskini.
Kepada mereka yang baru ingin membeli rumah, boleh membaca entri yang terdahulu kerana ianya sedikit sebanyak boleh membantu anda. Anda bolehlah membuat persiapan awal terlebih dahulu kerana membeli rumah ini bukan seperti membeli barangan lain. Ianya melibatkan proses yang agak panjang dan melibatkan beberapa jabatan. Dan juga terdapat beberapa perbezaan diantara pinjaman bank dan pinjaman LPPSA. Mudah sekiranya anda faham akan procedurnya sebelum sebarang tindakan dibuat.
Semuga pada tahun 2019 ramai yang dapat memiliki rumah idaman masing masing. Dan agar semua lebih berjaya dari tahun-tahun yang sebelum nya dan segala usaha akan dapat memberi manafaat kepada semua.
Salam Tahun Baru buat semua…….