PINJAMAN YANG DISEDIAKAN OLEH LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Pinjaman yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) terdapat dalam beberapa katogeri. Ianya adalah untuk memberi peluang kepada Penjawat Awam untuk membuat pinjaman mengikut kehendak dan keperluan masing-masing. Katogeri pinjaman adalah seperti yang tertera dibawah:-
JENIS 1: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP
JENIS 2: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
JENIS 3: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN
JENIS 4: MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH
JENIS 5: MENYELESAIKAN HUTANG PEMBIAYAAN PERUMAHAN DARIPADA BANK/INSTITUSI KEWANGAN
JENIS 6: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PEMBIAYAAN LEMBAGA
JENIS 7: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH
Rasanya penjelasan mengenai jenis pinjaman tak perlu diterangkan kepada anda kerana ianya amat jelas dan mudah difahami. Cuma anda akan diterangkan tentang penyediaan dokumentasi pinjaman bagi memudahkan anda untuk menyediakan semua dokumen dengan lengkap.
Bagi kesemua jenis pinjaman prosesnya tidaklah begitu banyak berbeza. Ianya hanya terdapat pernambahan atau pengurangan dua atau tiga dokumen sahaja. Anda boleh rujuk dengan pihak peguam atau anda boleh email dengan menekan DISINI yang berwarna biru yang terdapat dibawah untuk mendapat maklumat lanjut mengenai nya. Dokumen yang diperlukan bagi tujuan pinjaman adalah seperti dibawah. Anda perlu meneliti secara terperinci semua dokumentasi yang perlu dan yang tidak perlu berpandukan senarai dibawah.
- Perjanjian Jualbeli /Perjanjian pembinaan – tidak perlu bagi Pinjaman Jenis 5
- Kebenaran Kerajaan Tempatan (jika ada)
- Penyata Baki hutang 6 bulan Kehadapan (harta masih dalam bebanan) Pinjaman untuk Jenis 1 & 4 dan 5 sahaja
- Penyata Gaji Terkini
- Salinan Geran
- Carian Persendirian
- Akujanji Peguam
- Pengesahan Akaun Peguam
- Borang I (Penilaian)
- Borang 7 (untuk penggadai yang bukan peminjam)Pinjaman untuk Jenis 1 & 4 sahaja
- Borang 6 (untuk harta yang masih dibebankan) Pinjaman untuk Jenis 1 & 4 sahaja
- Surat Pengesahan Skim Pencen
- Surat Nikah (untuk pinjaman bersama) tidak perlu untuk Pinjaman Jenis 5
- Slip gaji terkini
- Kad Pengenalan
- Surat Pengesahan Skim Pencen
- Surat Iringan Jabatan
- surat Pengesahan Jawatan
- Borang SPPB (telah ditandatangani)
- Pelan rumah – Pinjaman untuk Jenis 2,6 & 7
Ini adalah antara-antara dokumen yang perlu di lampirkan semasa membuat permohonan pinjaman. Bagi item 1-11 ianya disediakan oleh pihak peguam dan setelah pihak peguam menyediakan kesemua item tersebut maka peminjam perlu untuk mengemukan semua dokumen tersebut kepada majikan untuk membuat pengesahan. Kebiasaannya setelah majikan selesai menandatangani semua dokumen ianya dimajukan semula kepada pihak peguam untuk dimajukan pula ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan ke Jabatan Penilaian.
Bagi Pinjaman Jenis 5 pula, Perjanjian jualbeli tidak perlu kerana pinjaman dibuat semata-mata untuk menglansaikan hutang dengan institusi kewangan lain. Pemiliknya masih masih berikut yang akan berubah ialah pemegang gadaian.
November 18, 2018 @ 8:20 am
Salam Sejahtera admin
Nak tanya, ada tak contoh surat Iringan Ketua Jabatan?
November 18, 2018 @ 10:06 am
Salam Sejahtera.. Boleh tak saya dapat kan email atau cik boleh email kepada saya ke pijiobeno@gmail.com. Atau boleh WA ke 0104043351
November 18, 2018 @ 10:53 am
Saya telah mail ke email anda . Terima kasih.