PINJAMAN LPPSA – WANG BEZA
APA ITU WANG BEZA
Wang Beza ialah jumlah pinjaman yang diluluskan adalah lebih rendah daripada harga pembelian rumah yang terdapat dalam Perjanjian Jualbeli. Misalnya harga didalam Perjanjian Jualbeli ialah sebanyak RM300,000-00 sedangkan pihak Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hanya meluluskan pinjaman sebanyak RM280,000-00. Jadi Wang Bezanya ialah RM20,000-00.
KENAPA TERJADI DEMIKIAN
Ada 3 FAKTOR utama yang menyebabkan berlakunya Wang Beza ini antaranya adalah seperti berikut :-
- PERTAMA anda sendiri yang ingin memohon pinjaman perumahan itu lebih rendah dari harga jualbeli yang terdapat dalam Perjanjian Jualbeli
- KEDUA ianya terjadi apabila ada tidak layak untuk mendapat pinjaman penuh. Layak disini bermakna anda tidak memenuhi kateria yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Berkemungkinan gaji bersih anda tidak sampai 60% daripada gaji pokok sebelum ditolak ansuran pinjama perumahan anda.
- KETIGA harga pasaran rumah yang anda ingin beli tersebut adalah lebih rendah daripada harga pasaran semasa nilaian harta tersebut dibuat oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta
APA IMPLIKASI TERHADAP PINJAMAN ANDA
Sekiranya anda yang memilih untuk membuat pinjaman perumahan lebih rendah dari harga jualbeli…ini tidak menjadi masaalah kepada anda kerana anda telah bersedia untuk membayar wang beza tersebut. Sudah pasti anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk membayar wang beza tersebut.
Masaalah hanya akan timbul sekiranya anda hanya bergantung 100% keatas pinjaman daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk urusan pembelian harta tersebut. Ini adalah kerana sekiranya penjual mempunyai hutang dengan bank atau mana-mana institusi kewangan yang lain sudah pasti peminjam terpaksa melunaskan hutang penjual dengan menggunakan wang beza tersebut dan lebihan dari wang beza itu sahaja yang akan dijelaskan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada instisusi kewangan tersebut.
CONTOH Sekiranya penyata baki hutang Penjual dengan BANK X berbaki sebanyak RM70,000-00. Jadi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hanya akan mengeluarkan bayaran sebanyak RM50,000-00 sahaja bagi tebus hutang penjual walaupun penyata baki hutangnya berjumlah RM70,000-00. KENAPA? kerana anda yang terpaksa menampung kekurangan jumlah tersebut melalui wang anda beza RM20,000-00 bagi menebus hutang penjual dengan BANK X. Harap anda jelas dengan penerangan saya ini.
Jika anda tidak menjelaskan Wang Beza tersebut selagi itulah harta penjual tidak dapat di tebus dan proses seterusnya tidak dapat dibuat. Oleh itu anda dinasihatkan supaya lebih berhati hati dalam merancang ketika membeli rumah. Pastikan harta yang ingin dibeli itu mempunyai nilai pasaran tanah yang sama atau lebih tinggi daripada harga yang terdapat dalam Perjanjian Jualbeli untuk mengelakan dari terdapatnya Wang Beza ni.
Ramai yang gagal untuk membayar Wang Beza ini dan membatalkan pinjaman.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Terima Kasih.
CARA MENGISI BORANG SPPB DENGAN BETUL
August 22, 2018 @ 2:13 am
[…] BACA JUGA : PINJAMAN LPPSA – WANG BEZA […]
March 1, 2019 @ 12:41 pm
Aslm kak.. terima kasih dgn artikel yg akak buat… Sgt bguna skli… N terima ksh jgk sbb sudi mbls ptnyaan yg cpt dgn w/app…
March 1, 2019 @ 12:46 pm
Sama-sama. Semuga memberi manafaat kepada semua…dan mempermudahan urusan
March 5, 2019 @ 2:56 am
Salam puan.saya nak tanya.mengenai wang beza.
harga rumah rm582 464.00..
pihak developer bagi diskaun 4%.
harga selepas diskaun rm559 165.44
Soalan saya,boleh ke saya mohon pinjaman lppsa rm559 165.44?atau kena mohon pinjaman 100%?
March 5, 2019 @ 3:48 am
Semua permohonan pinjaman adalah mengikut perjanjian Jualbeli. Sekiranya anda ingin membuat pinjaman kurang dari harga yang terdapat dalam perjanjian jualbeli maka memang akan wujud WANG BEZA tersebut
December 20, 2019 @ 7:56 am
Wang beza tu akan wujud jika pinjaman tuan kurang dari harga dalam perjanjian. Sekiranya jumlah pinjaman tuan sama dengan dalam perjanjian maka tidak akan wujud wang beza walaupun dimasukan jumlah insuran. Sebab insuran akan termasuk dalam pinjaman nanti.
Sekiranya ada wujud wang beza peminjam digalakan untuk membuat bayaran kepada pihak peguam dan peguam yang akan membuat bayaran tersebut kepada pemaju/penjual.
May 12, 2020 @ 4:47 pm
Baki beza rm25k,kesiapan terkini55%..masalahnya pemilik enggan bayar kepada kontraktor..masalah kedua.bila duit progres claim clear pemilik bersungguh sungguh menanyakan duit ..sdgkan sepuluh sen pun pemilik dh xder pun.boleh ke pemilik punyai sikap ini?kalau kontraktor bermasalah rumah xder progres mgkin pemilik boleh ambik tindakan..ini pelik siap ugut nk tukar kontraktor baru bila progres dh 55%..nampak x mainan dia..mmg disini sulit nk main tukar kontraktor yg dlm pembinaan masih dlm masa kerja lg..lawyer lg cerdik rsnya..apakah tindakan?
May 27, 2020 @ 9:07 am
memandangkan ini adalah masaalah kontraktor dan tuan rumah tuan perlu merujuk dengan pihak peguam yang menguruskan perjanjian tempohari untuk tujuan penyelesaian.
May 27, 2020 @ 9:09 am
Adalah lebih baik pihak tuan menjelaskan wang beza tersebut kepada pihak peguam yang menguruskan urusan jualbeli anda
May 27, 2020 @ 9:09 am
Adalah lebih baik pihak tuan menjelaskan wang beza tersebut kepada pihak peguam yang menguruskan urusan jualbeli anda
November 20, 2020 @ 5:07 pm
Assalamuaalaikum
Saya mohon pinjaman rm240,000.00
Yg dilukuskn lppsa hanya rm41,000.00 saja …wang beza put ,208,000.00…..
Sedangkan pihak jpph telah meluluskan penilaian sebyk rm240,000.00
December 8, 2020 @ 3:06 pm
Maaf lambat balas. Jika demikian rasanya kelayakan tuan tidak mencukupi