PINJAMAN BERSAMA PASANGAN
Apabila menyebut tentang PINJAMAN BERSAMA sudah pasti anda boleh meneka apa maksudnya. Disini saya akan menerangkan maksud Pinjaman Bersama untuk pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Pinjaman Bersama ini bermakna kedua-dua penama adalah peminjam. Sudah pastilah mereka ini adalah seorang Penjawat Awam untuk melayakan mereka membuat pinjaman bersama dengan LPPSA. Pinjaman Bersama ini tidak banyak berubah dari pinjaman individu yang lain yang bezanya adalah terdapat dua nama dalam geran manakala pinjaman individu hanya terdapat satu nama sahaja.
Pinjaman Bersama Pasangan adalah untuk melayakan pasangan tersebut membuat pinjaman yang lebih tinggi untuk memiliki rumah yang lebih selesa.
Pinjaman Bersama Pasangan boleh dibahagian kepada dua. Pertama adalah Pinjaman Bersama – 1st Party Charge dan Kedua adalah Pinjaman Bersama – 3rd Party Charge.
APA ITU PINJAMAN BERSAMA – FIRST PARTY CHARGE
CONTOH: FIRST PARTY CHARGE
NAMA PEMINJAM : ALI BIN ABU & NORA BINTI MAN
NAMA DALAM GERAN : ALI BIN ABU & NORA BINTI MAN
PENGGADAI : ALI BIN ABU & NORA BINTI MAN
Untuk memudahkan anda faham diatas adalah Contoh First Party Charge. First Party Charge bermakna kedua-dua peminjam adalah juga sebagai pencagar harta kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Ini bermakna didalam geran akan terdapat dua nama pemilik yang baru. Nama kedua-dua pemilik yang terdapat dalam geran adalah juga sebagai peminjam dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Awam (LPPSA). Memandangkan kedua-dua peminjam adalah juga sebagai pencagar maka ianya disebut sebagai First Party Charge.
APA ITU PINJAMAN BERSAMA – THIRD PARTY CHARGE
CONTOH : THIRD PARTY CHARGE
NAMA PEMINJAM : ALI BIN ABU
NAMA DALAM GERAN : ALI BIN ABU & NORA BINTI MAN
PENGGADAI : ALI BIN ABU & NORA BINTI MAN
Third Party Charge bermakna hanya seorang sahaja yang akan menjadi peminjam bagi harta tersebut. Manakala pencagarnya adalah penama yang terdapat dalam Geran. Didalam Geran akan didaftarkan nama kedua dua pasangan. Sila anda lihat Contoh diatas untuk memudahkan anda faham proses tersebut.
Bagi pinjaman LPPSA, pasangan yang bukan peminjam akan menandatangi dokumen Gadaian dengan LPPSA dan menandatangani dokumen HIBAH untuk membolehkan harta tersebut di cagarkan kepada LPPSA.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh lah memberi komen dan saya akan cuba menjawap persoalan anda secepat mungkin.
Semuga mendapat manafaat. Terima kasih
March 21, 2022 @ 9:19 am
Salam hormat tuan,
Saya dalam kategori THIRD PARTY CHARGE, pihak pencagar ada sain surat hibah 1 LPPSA. Dalam surat dinyatakan one half, apakah yang dimaksudkan dengan one half? Dan lagi, sekiranya saya mati dahulu adakah pencagar (suami/isteri) kena sambung bayar? Dan jika Pencagar mati dahulu dan peminjam mati kemudian adakah baki hutang rumah ditanggung insuran?
Soalan seterusnya falam FAQ LPPSA, jika peminjam mati. LPPSA akan tuntut baki pinjaman dari waris setelah pampasan ke atas rumah telah diluluskan. Macam mana tu?
April 13, 2022 @ 9:01 am
Third Party Charge bermakna nama dimasukan dalam geran tapi bukan sebagai peminjam. Sekiranya yang meninggal bukan peminjam maka peminjam masih perlu menjelaskan hutang tersebut. Jika peminjam yang meninggal maka harta tersebut akan dibayar oleh pihak takaful berdasarkan terma dan syarat yang termaktub dalam takaful semasa permohonan pinjaman dibuat.
Jika ada yang masih tertunggak hutang dengan lppsa maka lppsa berhak menuntut dari waris sebelum melepaskan apa apa hak kepada peminjam atau waris.