PERLUKAH PASANGAN MEMBAYAR BALIK PINJAMAN JIKA PEMINJAM MENINGGAL DUNIA
Tiada siapa yang mengetahui akan bila ajalnya sampai. Adakala kematian yang mengejut sehingga pasangan panik tidak tahu apa yang perlu dilakukan terutamanya pinjaman yang melibatkan harta iaitu rumah kediaman yang didiami oleh keluarga.
Adakah ianya perlu dibayar balik pinjamannya? Atau ianya tidak perlu dibayar balik atau adakan ianya telah menjadi harta pusaka dan perlu diagih-agihkan kepada yang berhak serta layak.
Sebelum anda boleh mengetahui kedudukan semua itu anda perlu tahu siapa pemilik yang sebenar harta tersebut. Adakah ianya milik simati sahaja atau milik bersama dengan pasangan? Setelah mengetahui samaada pemilikan harta itu adalah secara individu atau bersama pasangan maka anda kemudiannya perlu menentukan samaada simati membuat pinjaman secara individu atau pinjaman bersama pasangan.
Sekiranya simati membuat pinjaman secara individu maka waris tidak perlu membuat bayaran balik pinjaman kerana pihak insuran akan menjelaskan baki hutang yang berbaki kepada LPPSA. Jika pinjaman harta tersebut dibuat melalui pinjaman bersama maka pasangan simati perlu menjelaskan hutang beliau sebagai seorang peminjam.
Pasangan simati tidak perlu menjelaskan hutang simati kerana ianya akan ditanggung oleh pihak insuran. Pasangan simati hanya perlu menjelaskan bahagian hutang beliau sahaja.
Contoh : Harta yang dibeli ialah sebanyak RM300,000.00. Pinjaman yang dibuat adalah secara PINJAMAN BERSAMA. Pasangan simati meminjam RM150,000.00 dan simati pula membuat pinjaman sebanyak RM RM150,000.00. Hutang simati yang dipinjam sebanyak RM150,000.00 akan ditanggung oleh pihak insuran mengikut polisi yang diambil semasa membuat pemilihan insuran semasa permohonan pinjaman dibuat. Jadi adalah penting peminjam mengetahui akan apa yang ditawarkan oleh pihak insuran apabila terjadinya sebarang musibah bukan ianya dipilih berdasarkan harganya yang rendah sahaja.