Pinjaman Perumahan LPPSA
  • Home
  • Hubungi
PERJANJIAN PEMBINAAN
January 24 2019

PERJANJIAN PEMBINAAN

Perjanjian Pembinaan berbeza sedikit dengan Perjanjian Jualbeli. Perjanjian Jualbeli mengikat penjual dan pembeli manakala  Perjanjian Pembinaan mengikat   Kontraktor dan Tuan Punya Tanah. Perjanjian Pembinaan ini mengikat kedua-dua belah pihak bagi memastikan bahawa kedua-dua belah pihak mematuhi perjanjian yang ditetapkan dalam Perjanjian  Pembinaan tersebut.

Perjanjian Pembinaan lebih menekan bayaran berperingkat  yang perlu dibayar oleh tuan Tanah apabila kerja-kerja pembinaan telah siap mengikut peratusan yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Pembinaan tidak kita samaada pembinaan rumah tersebut dibayar secara tunai, pinjaman bank atau pinjaman LPPSA.  Kontraktor  juga dipertanggung jawapkan untuk menyiapkan rumah diatas Tuan Punya tanah mengikut pelan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Tempatan mengikut harga yang dipersetujui dan juga tempoh yang telah ditetapkan didalam perjanjian.

Didalam Perjanjian Permbinaan akan dinyatakan bayaran berperingkat yang berlu dibayar oleh Tuan tanah kepada Kontraktor. Contoh pembayaran berperingkat adalah seperti berikut apabila selesainya kerja seperti yang tersenarai dibawah.  Peratusan yang dinyatakan dibawah adalah berdasarkan harga Pembinaan yang dicatatkan dalam Perjanjian Pembinaan.

1.  Apabila sahaja Perjanjian selesai ditandatangani   –    10% 

2.   Kerja-kerja asas dan pertapakan Bangunan tersebut telah siap    –  10%        

3.  Rangka konkrit bertetulang bangunan telah siap -15%

4.  Dinding-dinding bangunan berserta rangka-rangka pintu dan tingkap terpasang pada tempatnya   -10%

5. Pemasangan bumbung, pendawaian elektrik, saluran paip (tanpa kelengkapan) paip gas (jika ada) dan penyaluran serta pengkabelan        telefon dalaman (jika ada) pada bangunan tersebut siap. –  10%

6.   Kerja melapis di dalam dan luar bangunan tersebut siap – 10%

7.   Jalan, parit dan kerja-kerja pembentungan bagi Bangunan telah siap -15%

8.   Semasa serahan pemilikan kosong yang bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan pada bangunan tersebut siap   – 15%

9.   Semasa penyerahan pemilikan kosong bayaran kepada Pembina seperti berikut – 5%

                         (a)        apabila tamat tempoh (1) bulan selepas pemilikan kosong – 2.5%

                         (b)        apabila tamat tempoh lapan belas (1) bulan selepas serahan pemilikan kosong – 2.5%

****  Perjanjian Pembinaan tidak semestinya 100% adalah seperti diatas. Ianya sebagai garis panduan kepada anda kerana Perjanjian adalah persetujuan diantara kedua belah pihak. ianya boleh ditokok tambah mengikut kesuaian masing-masing.

Jika Tuan tanah tidak membuat pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan dan LPPSA   tuan Tanah juga perlu mematuhi pembayaran berperingkat yang telah ditetapkan didalam perjanjian Pembinaan tersebut jika pihak kontraktor telah menyiapkan kerja mengikut peringkat yang telah ditetapkan.

Bagi pinjaman bank dan pinjaman LPPSA pihak arkitek yang akan mengesahkan peratusan siap rumah tersebut dan pembayaran akan dibuat setelah berpuashati dengan tuntutan bayaran yang dibuat.

 

 

 

 

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • More
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)

Related

KONTRAKTOR PEMBINAAN PENGELUARAN WANG KWSP

Related Posts

Green and White Tea and Cakes Logo

Uncategorized

MEMBELI HARTA MENGUNAKAN SURATKUASA WAKIL (POWER ATTORNEY)

1[1]

Uncategorized

KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN

PEGUAM-PANEL-LPPSA-1

Uncategorized

PEGUAM PANEL LPPSA

Follow Us

  • Facebook
  • YouTube

Carian

pinjamanperumahanlppsa.com

Recent Posts

  • MEMBELI HARTA MENGUNAKAN SURATKUASA WAKIL (POWER ATTORNEY)
  • PENANGGUHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN BANK
  • KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN
  • PEGUAM PANEL LPPSA
  • KENAPA BAYARAN BALIK PERLU DIBUAT WALAUPUN PINJAMAN DIBATALKAN

Recent Comments

  • Admin LPPSA on PEMBATALAN PINJAMAN SETELAH MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA
  • Admin LPPSA on MUFLIS ATAU BANKRUP
  • Nurul on PEMBATALAN PINJAMAN SETELAH MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA
  • Ruzita on MUFLIS ATAU BANKRUP
  • Admin LPPSA on PEMBATALAN PINJAMAN SETELAH MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA

Archives

  • September 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • September 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • September 2018
  • August 2018

Categories

  • Pinjaman Perumahan
  • Uncategorized
© Pinjaman Perumahan LPPSA 2022