PERJANJIAN JUALBELI
PERJANJIAN JUALBELI ialah ikatan persetujuan diantara dua belah pihak dimana kedua dua belah pihak bersetujui dan berajujanji untuk mematuhi segala terma dan syarat yang terdapat dalam isi kandungan sesebuah perjanjian. Didalam konteks ini kita menamakan pihak pertama sebagai Penjual dan pihak kedua sebagai Pembeli.
Sebuah perjanjian itu amat penting dalam urusan jualbeli rumah/tanah atau harta kerana ianya mengikat kedua belah untuk mematuhi segala terma dan syarat yang terdapat dalam Perjanjian Jualbeli tersebut. Jadi, adalah menjadi kewajiban anda untuk membaca dan meneliti segala apa isi kandungan yang terdapat dalam Perjanjian Jualbeli tersebut. Anda tidak seharusnya mengambil mudah akan perkara ini kerana setelah anda menandatangani perjanjian tersebut ada samaada suka atau tidak anda terpaksa akur dengan apa yang termaktub dalam perjanjian tersebut. Tidak kira samaada anda adalah seorang penjual ataupun anda adalah pembeli kepada harta tersebut. Maka adalah tanggungjawap anda sendiri untuk mengetahui apa isi kandungan perjanjian tersebut.
Kebiasaannya dalam Perjanjian Jualbeli ada beberapa perkara yang penting yang perlu diambil kira oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya adalah seperti berikut :
BUTIRAN PENJUAL DAN PEMBELI
Butiran peribadi yang terkandung dalam Perjanjian Jualbeli adalah mereka yang terlibat dalam urusan jualbeli rumah. Dimana setiap Perjanjian Jualbeli akan mencatatkan nama dan butiran lengkap mengenai Penjual dan Pembeli. Maka hanya mereka terlibat sajalah yang layak untuk berurusan untuk menandatangani dokumen-dokumen lain yang berikutnya bagi urusan jualbeli.
DEPOSIT JUALBELI
Deposit ini merupakan bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju pembeli untuk membeli harta tersebut. Kebiasaannya penjual akan meminta agar pembeli membayar wang pendahuluan sebanyak 10%. Tetapi ianya tidak merupakan syarat utama dalam Perjanjian Jualbeli kerana kebiasaanya pembeli yang membuat pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan mendapat pembiayaan penuh mengikut harga yang di cadangan didalam Perjanjian Jualbeli. Jadi, ramai juga penjual yang tidak mengambil sebarang wang pendahuluan daripada pembeli yang membuat pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
HARGA JUALAN
Harga Jualan ialah harga yang dicadangan oleh penjual untuk menjual rumah/tanah (harta) tersebut. Manakala Pembeli pula bersetuju untuk membeli rumah/tanah(harta) dengan harga yang dicadangan. Misalnya penjual bersetuju untuk menjual harta dengan harga sebanyak RM100,000-00 maka pembeli juga perlu bersetuju dengan harga tersebut.
BUTIRAN HARTA
Butiran Harta yang hendak dilupuskan oleh penjual dan dibeli oleh pembeli perlu dinyatakan dengan jelas No. Hakmilik (geran) dan butiran lain yang terdapat dalam Suratan Hakmilik (Geran) dan juga alamat harta yang hendak dilupuskan.
TEMPOH PENYELESAIAN
Tempoh penyelesaian ialah tempoh yang dianggarkan penjual akan mendapat bayaran penuh Jualbeli. Iaitu penyelesaian penuh pinjaman. Kebiasaanya bagi pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tempohnya adalah 6 bulan selepas mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Apabila tempoh tersebut tamat pihak Penjual boleh mengenakan denda kelewatan kepada pembeli iaitu sebanyak 8% setahun semua ini termaktub didalam Perjanjian Jualbeli.
BAYARAN AKHIR JUALBELI
Bayaran akhir jualbeli akan dibayar terus kepada pihak peguam yang dilantik sebagai Pemegang Wang Pertaruhan kepada Penjual dan Pembeli. Peguam akan mengagihkan pembayaran kepada pihak Penjual dan pembeli selepas ditolak fi guaman.
Terdapat terma-terma lain didalam Perjanjian jual beli tetapi yang utama ialah yang dinyatakan diatas. Anda tidak boleh ambil mudah akan terma-terma lain kerana anda terikat dengan segala yang tercatat didalam Perjanjian Jualbeli itu.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.