PENYEWA TIDAK MEMBAYAR SEWA
Ada diantara kita yang membeli rumah tetapi tidak mendiami rumah tersebut atas beberapa alasan seperti lokasi rumah agak jauh dari tempat kerja, berkhidmat di negeri lain atau memang menjadikan rumah yang dibeli itu sebagai asset . Jadi, untuk mengurangkan bayaran balik pinjaman rumah tersebut, tuan punya akan mencari penyewa untuk menampung kos bayaran balik rumah tersebut kerana ada konsep penawaran dan permintaan disini. Permintaan yang tingga biasanya terdapat dikawasan bandar-bandar besar dimana terdapat gedung-gedung perniagaan, kawasan industri dan juga sektor perkerjaan.
Adalah mengikut prosedur biasa bahawa Tuan Tanah akan menandatangani perjanjian penyewaan dengan penyewa dengan memasukan syarat yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Walau bagaimanapun bukan semua penyewa boleh akur dengan syarat yang dikenakan walaupun perjanjian telah dibuat. Masih ada penyewa yang tidak bertanggungjawap tidak mahu membayar sewa kepada Tuan Tanah dan masih ingin tinggal di rumah berkenaan walaupun telah diberi amaran untuk beberapa kali agar keluar dari rumah tersebut. Ini adakalanya menggugat kesabaran kerana Tuan Tanah juga perlu membayar hutang rumah tersebut.
Apa yang perlu dibuat jika sekiranya penyewa tidak membayar sewa rumah. Membuat lapuran polis bukanlah penyelesaian yang tepat bagi menangani permasaalan ini. Tindakan yang perlu ialah melantik peguam sivil agar tindakan sivil boleh dilakukan kecuali wujudnya elemen jenayah yang dilakukan oleh penyewa tersebut seperti ugutan atau cubaan mencederakan tuan rumah. Setelah peguam sivil dilantik peguam akan menghantar notis untuk menuntut tunggakan sewaan terhadap penyewa dan penyewa akan diberi masa selama 7 hari untuk menjelaskan bayaran sewaan yang tertunggak.
Jika penyewa masih enggan membayar tunggakan sewaan, pihak peguam akan menghantar notis penamaan sewaan dan notis pengosongan premis kepada penyewa. Sekiranya penyewa masih enggan mengosongkan premies sewaan peguam akan menfailkan saman terhadap penyewa. Setelah mendapatkan penghakiman Mahkamah maka Baliff (wakil mahkamah) diiringi oleh polis ke premies sewaan untuk mengarahkan penyewa keluar dari premies tersebut. Barang-barang milik penyewa akan disita dan dilelong oleh Mahkamah untuk menampung segala tunggakan dan segala kos yang berkaitan.