PENYEDIAN BORANG GADAIAN
Penyediaan borang gadaian akan disediakan oleh pihak peguam setelah pinjaman anda lulus. Peminjam hanya perlu hadir untuk menandatangani dokumen gadaian kemudian anda boleh lah follow up dengan pejabat peguam untuk mengetahui mengenai status pinjaman anda….tapi jangan lah follow up selalu….sebab setiap proses gadaian memakan masa, kerana ianya melibatkan beberapa Jabatan. tertentu.
Katalah permohonan pinjaman telah diluluskan. Ini bukan bermakna anda boleh mendapat wang sekejap itu…sama sekali tidak. Ianya perlu melalui beberapa proses yang melibatkan beberapa pejabat lain selain dari pejabat peguam….
Begini lah aliran proses pinjaman anda setelah permohonan pinjaman anda lulus……sebelum itu Taniah dari saya kerana anda bakal memiliki rumah sendiri.
Pertama…. pihak peguam akan meyediakan borang gadaian untuk memastikan kepenting Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) terjamin sebagai pemberi pinjaman. Biasanya penyediaan dokumen ini hanya memakan masa sehari sahaja.
Kemudian anda akan dipanggil untuk menandatangai dokumen….timbul masaalah disini…kadang kadang apabila pihak peguam memanggil untuk datang ke pejabat anda sering gagal datang ….banyak alasan diberikan… .tahu kah anda ini akan menjerat diri anda sendiri kerana kelewatan anda bertindak akan menyebabkan anda berkemungkinan akan dikenakan faedah kelewatan. Masa akan terus berjalan sedangkan proses Gadaian tidak dapat dibuat kerana anda tidak menandatangani dokumen (sebab itu kena baca Perjanjian Jual Beli sebelum menandatangani…(jangan sain jer tanpa tahu isi kandungannya) kebiasaan nya faedah adalah setikar 8% setahun mengikut harga jualbeli…..banyak kan..so awas jangan ambil lewa bila pihak peguam memanggil anda….datanglah dengan segera.
Kedua….. setelah anda memandatangai Borang Gadaian pihak peguam terpaksa menghantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) borang Gadaian tersebut untuk ditandatangani oleh pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Proses ini mengambil masa dapat 2 minggu.
Ketiga ….setelah pihak peguam menerima borang gadaian yang telah ditandatangani oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) pihak peguam akan membuat Adjudikasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Proses ini mengambil masa dalam 7 hari.
Keempat…..setelah membuat endorsement/bayaran kepada Lembaga Hasil dokumen tersebut akan dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk mendapat bayaran Tebus Hutang daripada LPPSA bagi harta yang masih berhutang dengan institusi kewangan ataupun dengan LPPSA sendiri
Kelima….bagi pengeluaran baki hutang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) biasanya mengambil masa 14 hari untuk mengeluarkan bayaran Tebus Hutang kepada pihak penerima Gadaian. Pembayaran ini biasanya dibuat melalui EFT (Electronic Fund Transfer) kepada menerima Gadaian.
Masa ini adalah masa sukar untuk anda ….gaji anda mungkin akan dipotong untuk bulan yang berikutnya. Walapun gaji anda telah dipotong namun anda tidak boleh mendapatkan kunci rumah tersebut kerana penjual belum menerima bayaran sepenuhnya dari anda….so bersedialah anda untuk menghadapi situasi ini…
Keenam….pihak peguam perlu menyediakan borang 16N iaitu borang Melepaskan Gadaian bagi tujuan untuk membebaskan harta tersebut daripada Penerima Gadaian. Kemudian borang tersebut dihantar terus ke institusi kewangan yang terlibat untuk ditandatangai oleh pihak bank dan pihak bank akan membekalkan Geran asal berserta dengan borang 16N (Melepaskan Gadaian) yang telah ditandatangai untuk tindakan pihak peguam Melepaskan Gadaian tersebut daripada penerima gadaian. Proses ini mengambil masa 12-21 hari
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.