PENYATA BAKI HUTANG
Penyata baki hutang ialah penyata yang menyatakan baki hutang anda yang masih berbaki dengan pihak bank atau LPPSA. Permohonan baki hutang ini akan dipohon oleh pihak peguam yang menguruskan pinjaman anda. Bagi harta yang bebas hutang (tidak mempunyai hutang dengan mana-mana bank atau LPPSA) penyata baki hutang tidak diperlukan semasa penjualan harta. Sekiranya anda membeli rumah dengan pemaju dan pemaju itu mempunyai hutang dengan mana-mana institusi kewangan penyata baki hutang perlu juga dipohon dari institusi kewangan yang terlibat.
Bagi pembeli yang membuat pinjaman dengan pihak bank Penyata baki hutang baki tempoh 3 bulan kehadapan diperlukan. Manakala bagi pinjaman dengan LPPSA Penyata Baki hutang bagi tempoh 6 bulan kehadapan diperlukan.
Apakah tujuan Penyata baki hutang tersebut? Ianya akan menyatakan bahawa baki jumlah tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya penyata tersebut melebihi tempoh yang ditetapkan dalam penyata baki hutang tersebut secara otomatik Penyata Baki Hutang tersebut terbatal.
Setelah pihak bank atau pihak LPPSA meluluskan pinjaman pembelian dan dokumen sekuriti telah difailkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri maka pihak bank yang memberi pinjaman atau pihak LPPSA akan menjelaskan baki hutang penjual untuk mendapatkan geran asal yang berada dalam simpanan pihak bank atau pihak LPPSA.
Setelah baki hutang penjual telah dijelaskan bagi pihak pembeli, ketika ini peminjam perlu membayar ansuran bulan kepada bank atau LPPSA. Mungkin situasi ini agak sukar bagi pihak pembeli kerana ansuran bulanan perlu dibayar. Pembeli masih belum boleh menduduki rumah tersebut kerana nama penjual belum ditukarkan keatas nama pembeli dan penjual masih belum menerima keseluruhan baki jualan bagi harta tersebut.
Kebiasaannya tempoh penyelesaian pinjaman selesai dalam tempoh 1 ke 2 bulan dari dapatnya geran dari bank atau dari LPPSA. Bergantung dengan institusi kewangan mana anda membuat pinjaman. Setelah penjual mendapat kesemua harga jualan barulah anda berhak untuk menduduki rumah tersebut.
Tapi anda kena pastikan semua bill telah dijelaskan terlebih dahulu dan ianya ditukarkan diatas nama untuk memudahkan diri anda kelak. Begitu juga dengan bil api dan bil air. Pastikan pemilik lama telah menjelaskan semua bil tersebut dan menukarkan nya keatas nama anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan sila komen dibawah saya akan cuba untuk menjawap persoalan anda.
December 21, 2019 @ 7:50 am
semak baki hutang LPPSA
December 21, 2019 @ 7:54 am
semak baki hutang pinjaman perumahan LPPSA
March 4, 2020 @ 1:08 am
Tuan boleh menulis kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA,KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN NO.9 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62592 PUTRAJAYA untuk mendapatkan baki hutang tuan.
March 3, 2020 @ 3:36 am
penyata pinjaman perumahan terkini
March 3, 2020 @ 3:37 am
penyata lengkap pinjaman perumahan
March 4, 2020 @ 1:07 am
Puan boleh menulis kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA,KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN NO.9 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62592 PUTRAJAYA untuk mendapatkan baki hutang puan.
Terima kasih.
March 9, 2020 @ 6:33 am
Ingin dapatkan kembali wang yang terlebih bayar..julai 2018
March 9, 2020 @ 8:01 am
tuan boleh menulis ke LPPSA dan sertakan butiran/bukti bahawa tuan ada buat lebihan bayaran kepada LPPSA agar senang pihak LPPSA
June 10, 2020 @ 7:25 am
Macamaner caranya tuan..terima kasih
April 12, 2020 @ 12:21 pm
penyata lengkap pinjaman perumahan terkini
April 15, 2020 @ 8:51 am
Tuan boleh download aplikasi LPPSA Financing untuk mendapat bagi hutang atau menulis di e-tiket untuk mendapatkan baki hutang tuan.
April 25, 2020 @ 5:37 am
Rumah terbengkalai..gaji potong setiap bulan
May 27, 2020 @ 9:15 am
potongan gaji dibuat kerana pihak LPPSA telah mengeluarkan bayaran untuk harta tersebut.
April 28, 2020 @ 6:25 am
Saya telah menerima tawaran Pembiayaan pPerumahan Perbendaharaan secara Islam (SPPPI) mengikut prinsip Syariah Al Bai’Bithaman Ajil yang bertarikh 13 Julai 1998. No fail BPP : PPI 53607/1998/01 dan No Akaun 486300-06. Sehingga kehari ini saya tidak mengetahui berapa baki hutang saya. saya ingin mengetahuai beapa baki hutang saya.
May 9, 2020 @ 12:55 am
Puan boleh masuk ke etiket lppsa untuk mengetahui baki hutang tuan. Puan perlu search etiket lppsa kemudian puan boleh bertanyakan baki hutang puan disitu.
terima kasih
May 27, 2020 @ 1:47 pm
Apa maksud harga jualan dan bersih dalam penyata baki hutang
June 7, 2020 @ 1:57 pm
Terima kasih atas penjelasan mengenai wang beza. Soalan saya adalah, bolehkah kita membuat bayaran tambahan melalui EFT ke akaun LPPSA kita dan adakah pemabayaran tambahan itu dapat memendekkan lagi tempoh pinjaman kita? Syukran jazilan.
November 3, 2020 @ 7:02 am
Saya telah membayar pinjaman pembiayaan perumahan sektor awam sejak bulan Julai 1998 hingga kini berdasarkan jumlah yang telah dikeluarkan oleh pihak LPPSA ( 80% daripada pinjaman keseluruhan sebab projek perumahan itu sudah terbengkalai). Namun sehingga sekarang saya tidak pernah menerima sebarang penyata pembayaran dan baki hutang yang perlu dijelaskan.
November 9, 2020 @ 7:38 am
Tuan bulan menulis secara online ke etiket lppsa untuk mendapatkan maklumat tersebut atau tuan daftar di portal LPPSA
March 6, 2021 @ 2:22 pm
No fail pinjaman perumahan tu yg mana?
U
Yg dekat geran tulis no lesen atau no permit? Sbb kt geran x dak pon no fail..
March 6, 2021 @ 3:53 pm
Untuk no fail tuan boleh rujuk kepada surat kelulusan pinjaman.Dalam geran hanya mencatatkan butiran harta