PENUKARAN GERAN INDUK
Penukaran Geran Induk atau Master Tittle kepada Geran Individu perlu dibuat dengan kadar segera sekiranya Geran Individu telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian. Anda kena tahu dan mengambil berat tentang hal ini kerana anda telah mengeluarkan wang beribu-ribu untuk membayar harga hartanah tersebut.
Didalam Geran Induk hanya akan tercatat nama pemaju didalamnya oleh yang demikian adalah wajar bagi anda untuk memasukan nama anda keatas harta tersebut sebagai bukti ianya adalah hak anda.
Untuk mengetahui status tersebut anda boleh menelefon pejabat peguam yang menguruskan pinjaman perumahan anda dahulu atau berhubung dengan pemaju dan bertanyakan samaada rumah yang dibeli itu telah dikeluarkan Geran Individu atau belum.
Sekiranya anda telah dimaklumkan bahawa Geran Individu telah dikeluarkan maka anda perlu ke pejabat peguam yang menguruskan pinjaman anda dahulu untuk membuat Pindahmilik dan Gadaian bagi harta tersebut. Pihak peguam akan menguruskan semua urusan Pindahmilik dan Gadaian bagi pihak anda.
Sekiranya anda telah melangsaikan hutang dengan bank atau dengan LPPSA maka anda hanya perlu membuat Pindahmilik sahaja dan Gadaian tidak perlu dibuat. Tetapi sekiranya anda belum melangsaikan hutang anda dengan pihak atau LPPSA maka anda perlu membuat tansaksi Pindahmilik dan juga Gadaian.
Untuk transaksi Pindahmilik dan Gadaian, anda akan dikenakan bayaran guaman. Ianya termasuk bayaran duti setem, bayaran pindahmilik dan juga bayaran untuk gadaian. Kos guaman adalah berdasarkan nilaian harga rumah anda. Lagi tinggi harga rumah anda maka lagi tinggilah kos guaman anda.
Kenapa anda perlu untuk membuat pindahmilik dan gadaian tersebut? Jawapan nya mudah. Dalam Geran Individu akan tertera nama anda manakala di dalam Geran Induk tidak dinyatakan nama anda sebagai pemilik. Jika Pindahmilik dan Gadaian telah dibuat ia akan memudahkan anda, jika anda ingin menjual harta kelak. Jika berlaku kematian, waris dengan mudah boleh terus membuat bicara kuasa dan boleh memasukan penama yang baru dalam geran tersebut. Selain dari itu sudah pasti pihak bank atau LPPSA ingin menjaga kepentingan mereka sebagai pemegang gadaian dan memasukan nama sebagai pegegang Gadaian dalam Geran tersebut.
Jadi, jika Geran Individu telah dikeluarkan seeloknya buatlah urusan Pindahmilik dan Gadaian dengan segera. Ianya amat perlu dan menyenangkan anda kelak.
Jika anda ada sekarang pertanyaan sila komen dibawah. Terima kasih
February 19, 2021 @ 6:47 am
Boleh kah jika urusan dibuat sendiri tanpa mengunakan peguam..adakah rumit urusan pertukaran
February 19, 2021 @ 7:01 am
Untuk urusan geran induk puan perlu melantik penguam untuk urusan tersebut kerana ianya melibatkan pemaju, pembeli, pejabat tanah, Lembaga Hasil dan peguam perlu untuk penyaksikan dokumen.