PENJUALAN HARTA YANG DIMILIKI LEBIH DARI 5 TAHUN
Bagi tahun-tahun sebelum ini penjualan harta yang melebihi 5 tahun tidak akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta walaupun penjualannya melebihi 200,000.00 dan keatas. tetapi bagi tahun 2019 ini terdapat sedikit perubahan dimana penjual harta yang lebih dari 5 tahun juga akan dikenakan cukai keuntungan sebanyak 5%
Melalui pembentangan budget tahun 2019 ini yang telah dibetangkan pada 2hb. November, 2018 yang lalu, Cukai Keuntungan Harta sebanyak 5% akan dikenakan bagi penjualan harta yang dijual melebihi dari RM200,000-00. Tetapi ianya masih boleh dikecualikan cukai bagi penjualan rumah yang pertama mengikut Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Jika anda menjual harta kedua yang bernilai lebih dari RM200,000-00 mulai tahun 2019 ini, anda akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta sebanyak 5%. Ianya akan dikenakan setelah Rebet sebanyak RM10,000.00 ditolak dan segala kos yang telah dikeluarkan bagi urusan pindahmilik, kos peguam dan lain-lain kos yang berkaitan.
Jadi keuntungan selebih itulah akan kenakan cukai. Jadi simpanlah semua rekod dan resit harta anda seperti Perjanjian Jualbeli, kos peguam dan kos kos lain yang berkaitan agar boleh dijadikan sebagai bahan bukti semasa pelupusan harta dibuat.
Ada diantara individu yang membeli tanah atau rumah dimana perjanjian jualbelinya tidak dinyatakan harga sebenar. Kebiasaan mereka membuat persetujuan diluar pengetahuan peguam. Misalnya harga sebenar rumah adalah RM200,000.00 tetapi dinyatakan kepada peguam dan perjanjian jualan harta adalah sebanyak RM150,000.00. Bermakna pembeli telah membayar RM50,000.00 secara tunai terus kepada penjual. Kebiasaan ianya dilakukan bagi harta yang dijual bawah 5 tahun dan juga pembelian secara tunai dimana pembeli ingin mengurangkan kos duti setem.
Masaalah akan timbul sekiranya pembeli tersebut ini ingin menjual rumah itu dimasa akan datang. Sekiranya pembeli menjual rumah tersebut dengan harga yang melebihi RM200,000.00 maka pembeli tersebut akan dikenakan cukai keuntungan sebanyak 5% sekiranya pembeli pernah mendapat pengecualian.
Contoh:
Sekiranya pembeli menjual rumah tersebut dengan harga RM300,000-00 maka pembeli tersebut layak dikenakan cukai sebanyak 5% sekiranya beliau menjual rumah tersebut selepas 5 tahun. Jadi pengiraannya adalah seperti berikut :-
RM300,000-00 (Harga Jualan) di tolak RM150,000-00 (Harga didalam Perjanjian Jualbeli) = RM150,000-00 (Keuntungan Kasar)
Kemudian RM150,000-00 (Keuntungan Kasar) ditolak RM10,000-00 (Relief) = RM140,000-00 – RM10,000-00 (Kos Guaman/lain-lain kos) = RM130,000-00. Jadi dari keuntungan sebanyak RM130,000-00 lah yang akan dikenakan Cukai Keuntungan sebanyak 5% iaitu :-
RM130,000-00 x 5% = RM6,500-00. Inilah anggaran CKHT yang perlu dijelaskan oleh penjual tadi.
Begitulah contoh pengiraan bagi mereka yang menjual rumah lebih daripada 5 tahun. Sekiranya anda menjual rumah kurang dari 5 tahun pengiraannya adalah berbeza dimana cukai keunutngan adalah lebih tinggi akan dikenakan diantara 10% -30% mengikut tempoh pemilikan harta tersebut dijual.