PENGELUARAN WANG KWSP
Pengeluaran Wang KWSP boleh dibuat sekiranya anda berhasrat untuk membeli rumah. Untuk tujuan tersebut anda perlulah mematuhi segala syarat syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP. Anda kena membuktikan kepada pihak KWSP bahawa anda benar-benar ingin mengeluarkan wang tersebut adalah untuk membeli rumah dan bukan untuk tujuan lain.
Pencarum KWSP yang MEMBUAT PINJAMAN BANK ATAU PINJAMAN DENGAN LPPSA dan ingin membuat pengeluaran KWSP perlu menyediakan dokumen dokumen seperti dibawah ini untuk tujuan pengeluaran
- salinan perjanjian jualbeli yang disahkan
- kelulusan pinjaman yang disahkan
- kebenaran pindahmilik (jika ada)
- kad pengenalan diri
Jika anda ingin mengeluarkan Caruman KWSP anda untuk tujuan pembelian rumah pastikan nama anda ada dalam perjanjian dalam jualbeli. Jika nama ada tiada dalam perjanjian jualbeli anda tidak layak untuk membuat pengeluaran. Ramai yang menganggap jika pasangan yang membeli rumah maka secara otomatik dia layak membuat pengeluaran KWSP. Ianya adalah tidak betul. Hanya pemilik kepada harta tersebut yang layak untuk membuat pengeluaran KWSP. (Jika nama anda terdapat dalam Perjanjian Jualbeli secara otomatik anda adalah pemilik harta tersebut walaupun anda bukan seorang peminjam) Ianya dipanggail sebagai 3rd Party Charge.
Lihat…..bertapa pentingnya sesuatu perjanjian itu. Jadi pastikan anda meneliti perjanjian tidak kira apa perjanjian sekali pun kerana ianya amat penting bagi mengikat anda dengan pihak yang lain dengan syarat dan terma yang diperpersetujui oleh kedua belah pihak.
Jadi sebelum perjanjian Jualbeli dibuat sekiranya anda ingin mengeluarkan caruman KWSP anda, walaupun anda tidak membuat pinjaman, pastikan nama anda dimasukan dalam perjanjian tersebut. Misalnya, anda adalah seorang kakitangan swasta dan isteri anda ingin membuat pinjaman dengan kerajaan. Maka jika anda ingin mengeluarkan caruman anda pastikan nama anda dimasukan dalam perjanjian tersebut walaupun anda tidak layak untuk membuat pinjaman. Jika anda masih tidak jelas berbincang dengan peguam anda kerana mereka lebih arif dan pasti anda akan dibantu.
Bagi pencarum KWSP yang membeli rumah secara tunai dan yang ingin mengeluarkan caruman dokumen nya adalah sedikit berbeza dengan pencarum yang membeli secara pinjaman. Di lain entri saya akan cuba memberi sedikit informasi mengenai nya.
Sekiranya anda tidak layak untuk mengeluarkan caruman anda atas kegagalan anda memberi dokumen yang lengkap jangan sekali-kali anda memberi keterangan yang palsu kepada pihak KWSP kerana anda boleh disabitkan kesalahan dibawah [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007] dan jika anda tidak menggunakan bayaran tersebut bagi tujuan yang dibenarkan anda juga disabitkan dengan kesalahan dibawah [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]