PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI TAHUN 2019
Dalam pembentangkan Bajet 2019, yang telah dibentangkan pada 2hb. November, 2018 Pengecualian Duti Setem Bagi Tahun 2019 telah diluluskan mengikut kateria yang telah ditetapkan. Bagi menggalakan pertumbuhan pasaran hartanah dan juga dalam menggalakan pembelian rumah dengan pemaju pihak kerajaan telah memberi Pengecualian Duti Setem bagi mereka yang membeli rumah yang pertama pada tahun 2019 ini sebelum 30hb. June, 2019.
Terdapat dua katogeri pembelian; yang pertama adalah mereka yang membeli rumah pertama dengan Pemaju Perumahan dan kedua adalah mereka yang membeli rumah secara subsale atau biasanya di istilahkan sebagai rumah secondhand.
Untuk menggalakan pembelian rumah dengan pihak pemaju melalui Kempen HOC bagi pemilikan rumah pertama diperkenalkan oleh Kerajaan, maka Setem Duti Pindahmilik adalah DIKECUALIKAN bagi pembelian hartanah degana pemaju bagi harta yang bernilai RM300,000-00 sehingga RM1,000,000-00.
Tempoh kempen HOC ini adalah dari 1hb. Januari, 2019 sehingga 30hb. June, 2019 sahaja dan selepas dari tarikh yang dinyatakan, tiada lagi pengecualaian duti setem akan diberikan. Pembeli terpaksa membayar duti Setem mengikut Nilai Pasaran seperti berikut :-
- pembelian rumah yang bernilai RM100,000-00 – 1%
- pembelian rumah yang bernilai RM101,000-00 hingga RM500,000-00 – 2%
- pembelian rumah yang bernilai RM501,000-00 hingga RM1,000,000-00 – 3%
Jadi pada mereka yang telah merancang untuk membeli rumah sebelum ini, eloklah rebut peluang ini untuk pendapatkan pengecualian tersebut. Walaubagaimana pun jangan anda terlampau rakus hingga anda lupa untuk melihat serta menyiasat tentang latar belakang syarikat terlebih dahulu sebelum anda bersetuju untuk menandatangani perjanjian jualbeli.
Bagi mereka yang ingin membeli rumah subsale atau rumah secondhand dibawah RM300,000-00, juga adalah DIKECUALIKAN dari duti Setem bagi pembelian rumah yang pertama. Bagi pembelian rumah dibawah RM300,000-00 kebawah ini tempoh matangnya adalah selama 2 tahun. Walau bagaimana pun untuk mendapatkan pengecualian tersebut anda perlu membuat Akuan Bersumpah dihadapan Persuruhjaya Sumpah bagi mengesahkan bahawa anda belum pernah memiliki harta sebelum ini. Kebiasaannya pihak peguam yang akan menyediakan Surat Akuan tersebut bagi memudahkan pihak klien untuk dibawa ke Persuruhjaya sumpah.