PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK
Dalam Belanjawan 2016 bagi tahun 2017 , telah menetapkan bahawa mulai dari 1/1/2017 sehingga 31/12/2018 Duti Setem bagi pindahmilik adalah di kecualikan yang kepada mereka yang membeli rumah yang pertama dari tahun 1/1/2017 sehinga 31/12/2018 mengikut Perintah Duti Setem (Peremitan) (NO. 2) 2016 (P.U. (A) 365/2016
Walau bagaimana pun ada beberapa syarat yang dikenakan bagi anda untuk layak mendapatkan pengecualian tersebut. Syarat-syarat nya adalah seperti berikut:-
- Pembelian/pemilikan rumah tersebut adalah pembelian/pemilikan rumah yang pertama. Pembelian/Pemiikan rumah pertama bermakna anda tidak pernah mempunyai rumah atau tanah yang telah didaftarkan atas nama anda sebelum ini. Samaada secara pembelian ataupun perolehan daripada harta Pusaka.
- Nilaian hartanah yang dibeli adalah tidak melebihi RM500,000.00. Sekiranya hartanah yang anda beli itu nilaian pasarannya adalah lebih daripada RM500,000.00 maka pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mengenakan Duti Setem diatas lebihan nilaian harta tersebut sahaja.
- Hartanah yang layak untuk mendapat pengecualian adalah hartanah yang telah siap dibina. Pengecualian duti pindahmilik ini tidak terpakai keatas pembelian tanah kosong dan rumah kedai.
Untuk mendapatkan pengecualian tersebut anda hanya perlu membuat surat akuan (kebiasaan nya pihak peguam akan menyediakan surat akuan tersebut) dan anda hanya perlu membawanya ke Pesuruhjaya Sumpah dan menandatangani Surat Akaun tersebut di hadapan Persuruhjaya Sumpah dan diserahkan kembali kepada pihak peguam untuk urusan Ajudikasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sekiranya mengikut Rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri anda belum pernah mempunyai rumah sebelum ini anda secara otomatik layak untuk mendapat pengecualian tersebut.
Untuk makluman, anda tidak boleh sewenang-wenangnya membuat Surat Akuan mengatakan bahawa anda tidak memiliki sebarang harta sedangkan anda pernah memiliki rumah. Ini adalah kerana rekod transaksi anda ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini adalah kerana anda akan dianggap sebagai membuat Akuan Bersumpah palsu dan berkemungkinan akan didakwa.
Selepas dari 31/12/2018 ini Perintah Duti Setem (Peremitan) (NO. 2) 2016 (P.U. (A) 365/2016 ini tidak boleh diguna pakai lagi. Anda akan terpaksa tunggu Belanjawan yang baru bagi mendapat pengecualian jika ada.
Dibawah ini adalah contoh Perintah Duti Setem (Peremitan) (NO. 2) 2016 (P.U. (A) 365/2016
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.