Pada 27hb March, 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Mahyuddin Yassin telah membuat pengumuman untuk membantu rakyat yang menghadapi masaalah akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia dan diseluruh dunia.
Disebabkan semua rakyat Malaysia dikenakan Kawalan Pegerakan Keselamatan jadi kerajaan mengambil initiasif untuk membantu rakyat antaranya ialah dengan membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan. Ini adalah kerana ramai yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 dan berkemungkinan ramai yang akan dan yang telah hilang punca pendapatan. Untuk meringankan beban rakyat maka kerajaan telah mengambil langkah ini dan beberapa langkah lain untuk meringankan beban rakyat. Ianya berkuatkuasa mulai 1hb. April, 2020.
Walaupun demikian penangguhan tersebut tidak termasuk agensi yang tidak tersenarai dibawah Bank Negara Malaysia. Misalnya pinjaman kakitangan yang dibuat dengan Jabatan/agensi yang tidak tersenarai dibawah Bank Negara Malaysia termasuklah pinjaman perumahan LPPSA.
Adalah difahamkan bahawa penjawat awam adalah terkecuali daripada Maratorium ini kerana LPPSA bukan merupakan tersenarai di bawah Bank Negara Malaysia. Jadi penjawat awam tidak layak untuk mendapat penangguhan pembayaran balik pinjaman dan akan terus dibuat pemotongan gaji seperti biasa.
March 28, 2020 @ 9:29 am
Saya setuju. Sebab jangkamasa prjanjian perumahan yg diberikan secara maksima adalah 35 tahun. Jika ditangguhkan, ianya akan membebankan peminjam yang rata-ratanya telah berpencen pd masa tersebut.
April 9, 2020 @ 2:22 pm
Tuan boleh memilih berapa tahun pinjaman yang tuan inginkan. Untuk mengelakan bebanan hutang tuan boleh membayar pinjaman lebih awal sebelum berpencen.