Ramai yang berminat untuk membeli rumah yang didalam pembinaan kerana anda adalah orang yang pertama bakal mendiami rumah tersebut. Ada diantara anda yang menandatangani Perjanjian jualbeli sebaik sahaja projek tersebut dilancarkan. Ini mungkin kerana beberapa tawaran yang menarik yang ditawarkan kepada pembeli yang terawal (early bird) seperti menawarkan yuran guaman bagi pindahmilik dan juga yuran guaman bagi pinjaman secara percuma, Tidak kurang juga ada pemaju yang menawarkan pemulangan yang tinggi kepada pembeli dan ianya akan dibayar setelah penyerahan kunci dibuat.
Terdapat kebaikan dan juga keburukan nya disini. Kebaikan nya ialah anda tidak perlu memikirkan alternatif lain untuk masuk ke rumah baru kerana dengan lebihan pulangan yang diterima anda boleh menggunakanya untuk membeli peralatan baru untuk rumah baru anda.
Keburukannya pula ialah sudah pasti harga jualan rumah menjadi lebih mahal. Jadi implikasinya ialah pada nilaian pasaran rumah tersebut jika anda ingin menjualnya dalam tempoh kurang dari 6 tahun. Pulangan yang diperloleh agak kecil dan tidak berbaloi.
Katalah selang beberapa tahun pembelian rumah tersebut anda rasa kurang selesa dengan rumah itu dan ingin menjualnya dengan harapan anda akan mendapat pulangan yang tinggi dari hasil jualan rumah untuk membeli rumah yang lain. Tapi kemungkinan sangkaan anda akan meleset apabila harga nilaian rumah itu mungkin tidak jauh berubah daripada harga yang asal semasa anda beli dari pemaju walaupun anda telah memiliki rumah tersebut beberapa tahun.
Kenapa keadaan tersebut berlaku? Anda pasti akan rasa kecewa kerana rakan anda yang lain membeli rumah selang beberapa tahun mereka akan mendapat pulangan yang tinggi dari hasil jualan rumah mereka tetapi anda tidak. Puncanya ialah semasa anda membeli rumah itu beberapa tahun dulu anda telah ditawarkan pemulangan balik lebihan pinjaman.
Kerana itulah sebabnya anda tidak boleh menjual rumah itu dengan harga yang lebih tinggi. Sebenarnya pemulangan ini adalah baik jika anda mengurus takbirnya dengan sempurna. Walau apa pun sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah fikirlah dengan sempurna kerana ini adalah keputusan kepada masa depan anda…