PEMBELI BATAL PINJAMAN
Setelah perjanjian dimeterai diantara penjual dan pembeli maka kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menjual dan membeli harta yang disebutkan didalam perjanjian. Ini bermakna kedua-dua belah pihak terpaksa mematuhi segala terma dan syarat-syarat yang terdapat didalam perjanjian jual beli tersebut.
Kebiasaannya didalam perjanjian jualbeli akan dinyatakan jika pembeli sengaja membatalkan pinjaman tanpa sebab maka deposit jualbeli yang diterima oleh penjual akan dikira hangus. Tapi sekiranya peminjam gagal mendapat pinjaman, bank/ LPPSA atau permohonan untuk pindahmilik tidak diluluskan maka pihak penjual perlu memulangkan deposit jualbeli tersebut kepada pembeli.
Jika sekiranya pembeli telah diluluskan pinjaman dan kemudian memberi alasan yang tidak lojik (seperti tidak berminat dengan rumah tersebut, terdapat kebocoran dan sebagainya) maka pembeli perlu membayar ganti rugi kepada penjual. Bukan itu sahaja. Kos peguam juga perlu ditanggung oleh pembeli kerana pihak peguam telah menyediakan dokumen yang diperlukan bagi urusan jualbeli.
Ini ada satu kisah benar. Pembeli saya namakan sebagai Mr X dan Penjual saya namakan Mr Y.
Begini ceritanya Mr X telah membeli rumah yang telah diperkenalkan oleh seseorang. Hanya dengan melihat contoh rumah orang lain tanpa melihat fizikal rumah yang hendak dibeli Mr X telah bersetuju untuk membeli rumah tersebut dan telah menandatangi perjanjian jualbeli. Mr Y tidak mengenakan sebarang deposit semasa menandatangani perjanjian kerana Mr X membuat pinjaman penuh dengan LPPSA.
Setelah semua dokumentasi pinjaman selesai Mr X telah melahirkan hasatnya untuk membatalkan pinjaman. Mr. Y sudah pastinya kecewa dengan tindakan Mr X, tapi apakan daya Mr Y terpaksa akur dengan keputusan Mr X. Walau bagaimana pun Mr X perlu membayar ganti rugi sebanyak 10% dari harga jualbeli kepada Mr Y . Dalam masa yang sama juga Mr X juga perlu membayar kos guaman berdasarkan tahap kerja yang telah dilakukan.
Alasan Mr Y membatalkan perjanjian ialah kerana beliau tidak berpuashati dengan keadaan rumah yang bakal dibeli kerana sebelum ini beliau tidak melihat keadaan rumah tersebut secara fizikal kerana ada penyewa. Walau apa alasan sekalipun penjual dan pembeli terikat dengan perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Kedua-dua pihak perlu akur.
Melanggar perjanjian akan menyebabkan anda menanggung kerugian. Oleh itu pastikan bahawa anda telah bersedia dan pasti dengan keputusan pembelian rumah sebelum perjanjian dimeterai.