MEMBATAL PINJAMAN SETELAH MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA
Pembatalan pinjaman setelah menandatangani surat Setuju Terima adalah satu langkah yang kurang bijak dan tepat. Sekiranya ada tidak pasti untuk membeli rumah tersebut sepatutnya SURAT SETUJU TERIMA itu tidak ditandatangani. Juga, jika anda merasa kurang setuju dengan jumlah kelulusan dan bayaran balik yang telah ditetapkan anda tidak perlu untuk menandatangani Borang Setuju Terima tersebut.
Ini adalah kerana setelah Borang setuju Terima tersebut ditandatangani dan anda membatal pinjaman anda maka anda perlu membayar balik Premium Insurans dan Gadaijanji serta segala kos yang telah dikeluarkan Lembaga Pembiayaan Perumahanan Sektor Awam (LPPSA) bagi pihak anda.
Tindakan ini menyebabkan anda perlu menyelesaikan segala hutang kepada LPPSA dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembatalan. Jika tidak pihak LPPSA akan mengeluarkan arahan pemotongan gaji atau pencen. Anda juga perlu menjelaskan segala bayaran sepenuhnya kepada LPPSA sekiranya anda ingin membuat permohonan pinjaman yang lain.
Walaupun pihak LPPSA telah membuat pengeluaran bayaran premium insuran MRTA atau MRTT semasa pembatalan, namum pihak LPPSA tidak akan mengeluarkan baki bayaran seterusnya kepada penjual mahu pun kepada pihak pemaju sekiranya permohonan pembatalan anda telah diluluskan. Anda berkemungkinan terpaksa juga kehilangan deposit atau segala bayaran yang telah dibuat kepada pihak penjual atau pemaju.
Sekiranya permohonan pembatalan pinjaman anda telah diluluskan oleh pihak LPPSA anda masih dibenarkan untuk membuat permohonan pinjaman pertama semula namun anda tidak layak untuk membuat permohonan pinjaman untuk kali keduanya. (Ianya seolah-olah anda telah membuat pinjaman kedua)
Jika anda membatalkan permohonan pinjaman anda bagi hartanah yang kedua setelah anda menandatangani surat Setuju Terima anda tidak lagi layak untuk memohon semula pinjaman kedua. Pembatalan pinjaman itu adalah dianggap sebagai pinjaman kedua anda, walaupun anda membatalkan pinjaman anda.
Jadi anda harus merancang sebelum anda membuat pinjaman, pastikan anda benar-benar layak dan benar-benar ingin memiliki rumah tersebut sebelum permohonan pinjaman dibuat. Yang paling penting ialah akujanji anda dengan menandatangani Borang setuju Terima.
March 11, 2019 @ 10:22 pm
Haiii tuan. Saya Ingin bertanya, Bagaimana jika surat terima belum ditandatangani tetapi pembeli Ingin membatalkan pembelian rumah selepas pinjaman Lppsa diluluskan?
March 11, 2019 @ 10:37 pm
Tujuan surat setuju terima adalah sebagai persetujuan pembeli untuk membeli rumah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh LPPSA. Sekiranya pembeli tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan…misalnya pembeli tidak mendapat pinjaman penuh pihak pembeli BOLEH tidak menandatangani surat setuju terima tersebut…walaupun pinjaman telah diluluskan oleh LPPSA
March 25, 2019 @ 4:17 pm
Tuan, sy ingin mmbuat prtukaran lot rumah yg melibatkn wang beza hampir rm60k dgn lot rumah yg telah diluluskan.pinjaman telah d luluskan dan surat setuju terima telah dikemukakan ke LPPSA. Memandangkan bajet 2019 telah menetapkan pinjaman perumahan dibolehkan sehingga 35 tahun. Saya bercadang utk memanjangkan tmpoh pinjaman dr 30tahun ke 35 tahun bg membolehkan pinjaman sy menjangkau nilai lot rumah baharu yg sy brcadang utk beli. Utk makluman tuan, pemaju adalah sama. Projek yg sama.Peguam yg dipilih juga adalah sama. Syarikat insuran juga adalah yg sama.cuma lot ruma dr intermediate ke corner lot.tahun dr 30 ke 35.jumlah pinjaman dr 450k ke 510k. Status sy sekarangni hanyalah bayaran insuran telah d buat ke syarikat takaful Malaysia. Perjanjian jual beli blm dirandatangani. Dokumen sekuriti dr pihak peguam juga belum dikemukakan ke lppsa.persoalan saya..
1. Adakah sy layak untuk membuat pinjaman semula..dan pinjaman dikira pinjaman pertama juga??
2. Apakah implikasi yg akn sy terima sekiranya sy mmbatalkan pinjaman lama dan mngemukakan pinjaman baharu??
3. Layak ka sy utk mndapatkan pinjaman kedua sekiranya pinjaman baharu d luluskan stelah pinjaman lama di batalkan??
4. Adakah kos kos yg prlu sy tanggung??hal ini kerana insuran telah dibuat ke takaful malaysia
March 26, 2019 @ 5:39 am
Puan, jika puan ingin menukar lot rumah kepada lot rumah yang baru setelah menandatangani surat setuju terima seolah puan telah membuat pinjaman pertama. Jadi puan hanya boleh membuat satu sahaja pinjaman lagi untuk tujuan membeli rumah. Puan juga perlu membayar kos yang telah dikeluarkan oleh pihak LPPSA semasa pinjaman tersebut seperti bayaran kepada pihak insuran. Jika permohonan baru dibuat puan akan terpaksa mengeluarkan kos peguam untuk tujuan pindakmilik yang kedua. Puan tidak lagi layak untuk mendapatkan pengecualaian duti setem bagi pembelian rumah yang kedua. Puan masih layak untuk membuat pinjaman kedua tetapi kelayakan puan akan dikurangkan mengikut prosedur pinjaman kedua.
May 19, 2019 @ 5:15 am
sy nak bertanya pinjaman lppsa telah lama lulus.rumah tidak dapat diteruskan pembinaan kerana kerja2 pengorekan tanah sedalam 20 kaki di lot sebelah. pembinaan dihentikan oleh kontraktor kerana keadaan tanah yg tidak selamat.bayaran 10% telah diberi kepada kontraktor oleh lawyer.bulan ini sy terima surat dari lppsa untuk membuat bayaran balik, sebab telah sampai 25 bulan dari tarikh pinjaman.dalam pada itu sy berusaha untuk menyelesaikan isu tanah tersebut dgn pihak MPSepang dan PDT,tapi belum ada jalan penyelesaian hingga kini.sy ada bawa perkara ini ke pengetahuian pihak lppsa dgn menulis surat untuk menangguhkan pembayaran.tapi di tolak.jadi sy ingin membatalkan pinjaman tersebut. soalan sy..adakah sy kena bayar balik 10% kepada pihak lppsa..dan berapa lama tempoh yg perlu saya bayar? sekiranya isu tanah telah selesai bolehkah sy buat pinjaman semula dgn kelayakan yg maksimum seperti pinjaman yg sy batalkan? macam mana untuk membatalkan pinjaman tersebut? terima kasih
May 31, 2019 @ 6:41 pm
Tuan perlu menjelaskan semua kos yang telah dikeluarkan oleh LPPSA. Pandangan peribadi saya tuan tidak perlu untuk membatalkan pinjaman tuan sebab tuan berhasrat untuk membuat pinjaman semula setelah semua isu berkaitan selesai. Pihak Lembaga tidak akan mengeluarkan bayaran lain selagi proses pembinaan seterusnya tidak berjalan. Jadi tuan selamat disitu. Cuma potongan gaji dibuat adalah kerana pihak Lembaga telah mengeluarkan bayaran insuran dan bayaran 10% kepada pemaju….
May 27, 2019 @ 6:38 am
Tuan, saya telah lulus utk pinjaman lppsa bagi rumah ppa1m. Waubagaimanapun, pejabat tanah dan galian negeri yang saya brmastautin ini tidak meluluskan lot tersebut sbb rezab melayu. Bagaimana saya hendak membuat pembatalan pinjaman saya.saya juga kurang pasti jika saya telah menandatangani surat setuju terima pinjaman atau tak.
May 31, 2019 @ 6:31 pm
puan boleh semak dengan peguam yang telah dilantik untuk mengetahui puan sudah menandatangani borang setuju terima itu atau belum kerana pihak peguam tidak boleh memproses dokumen sekiranya puan tidak menandatangani borang setuju terima tersebut
June 9, 2019 @ 2:13 am
Tuan, surat tawaran pinjaman lppsa telah hilang dlm simpanan saya. Bagaimana saya boleh untuk mendapatkan salinan surat tersebut..maklum balas saya dahulukan jutaan terima kasih.
May 29, 2019 @ 4:55 am
Salam, saya ada membuat pinjaman untuk bina rumah.Walaubagaimana pun, rumah tidak dapat dibina akibat dari kegiatan haram pencuri tanah yang telah mengeluarkan tanah di lot sebelah yang mengakibatkan kerosakan yg teruk. Mereka telah meninggalkan sepadan setinggi 40kaki. Akibat dari itu kontraktor saya yang telah mengambil 10% wang tidak dapat meneruskan pembangunan rumah. Sebelum terjadinya kejadian saya telah membuat laporan ke pihak berkuasa.. Majlis Sepang , polis, pejabat tanah tapi tiada tindakan yang drastik bagi menghentikan perbuatan pengambil tanah secara tidak sah. Dan kini walaupun pihak Pejabat tanah ingin menjadi perantara bagi menyelesaikan masalah ini .. tapi masih belum selesai. Adakah wajar saya membuat pembatalan pinjaman.
May 31, 2019 @ 6:27 pm
Maaf puan saya tidak boleh memberi cadangan samaada puan harus membatalkan pinjaman atau tidak. Apa yang boleh saya beritahu ialah sekiranya pihak puan membatalkan pinjaman puan terpaksa membayar segala kos yang telah dikeluarkan oleh LPPSA seperti pembayaran Insuran dan juga bayaran berperingkat yang telah dikeluarkan. Sekiranya puan ingin membuat pinjaman lain nanti…besar kemungkinan ianya akan mempengaruhi kelayakan puan dan tempoh bayaran balik puan.
December 13, 2019 @ 2:21 am
Assalamualaikum…tuan
Saya telah membuat pinjaman rumah pertama yang telah siap dining sebanyak RM 95k dan loan telah diluluskan …. Dan pemotongan gaji telah dibuat sejak thn 2017…. Pihak lppsa telah membayar sebanyak 10 k kepada pihak bank untuk mrnyelesaikan Baki hutang owner rumah tersebut….
Di sini saya ada satu masalah iaitu owner meninggal Dunia dlm proses urusan ini dan waris mempunyai 2 orang anak di bawah umur…. Waris tidak mempunyai Wang sebanyak RM 40k lebih untuk bhgn anaknya yang dibwh umur…. Jd Kes ini Susah lama hold Sehingga 1 tahun….
Sekiranya saya ingin membatalkan pinjaman saya ini adakah ia menjejaskan permohonan saya yng Kali 2? Sebab ini Kes lain…..
December 17, 2019 @ 3:01 am
Pinjaman itu tetap akan dianggap pinjaman kedua…kerana pinjaman tuan telah diluluskan oleh LPPSA sebelum ini
May 28, 2021 @ 1:07 am
Tuan,
Saya nak bertanya…blh ke saya mohon LPPSA tangguhkan dulu permotongan bayaran rumah saya atas sebab pemaju lewat siapkan rumah dan bila rumah siap saya masih tidak dapat duduk rumah tu atas keadaan rumah itu tidak memuaskan. Banyak kali saya berurusan dengan pemaju tetapi pemaju buat saya mcm tudak wujud sahaja.
June 1, 2021 @ 5:52 am
Tuan masih perlu menjelaskan bayaran balik pinjaman walaupun pemaju siap atau tidak mengikut spesifikasi seperti yang terdapat dalam perjanjian.
June 3, 2019 @ 3:02 am
Salam, saya telah diluluskan pembatalan pinjaman LPPSA disebabkan projek bermasaalah dan telah diarahkan membayar LPPSA Rm 48 k, persoalan saya di sini adakah pihak pemaju boleh menuntut sebarang ganti rugi ke atas saya?
June 3, 2019 @ 8:15 am
tuan perlu merujuk kepada perjanjian jualbeli yang telah tuan tandatangani semasa pembelian rumah tersebut. Sekiranya tuan engkar pemaju boleh mengenakan tindakan pada tuan….begitulah sebaliknya
June 21, 2019 @ 1:47 am
Tuan. Saya telah mendapat surat tawaran pinjaman lppsa. Tapi saya belum tandatangan surat sutuju terima. Boleh ke saya membuat pembatalan? Kawasan rumah yang saya nk beli tu ada lah kawasan banjir & saya mendapat tawaran rumah yang lebih baik. Apa kos yg terlibat perlu saya bayar?
June 21, 2019 @ 11:18 am
Selagi anda tidak menandatangani Surat Setuju Terima anda masih boleh membatalkan pinjaman anda. Anda tidak perlu membayar apa apa kos kepada LPPSA terhadap pembatalan tersebut. Tetapi anda perlu menanggung kos peguam. Untuk mengetahui kos yang terlibat anda perlu rujuk kepada peguam yang menguruskan pinjaman atau yang dilantik. Anda juga akan kehilangan deposit (sekiranya anda telah membayar deposit semasa persetujuan untuk membeli rumah) dan ini terpulang kepada budibicara penjual.
June 24, 2019 @ 3:08 am
Assalamualaikum tuan/puan.
Saya telah memohon pembiayaan LPPSA bagi tempoh 35 tahun dgn nombor rujukan seperti berikut.
REF2019/0018136
Pembiayaan saya telah lulus dan saya telah klik PRA TERIMA pembiayaan di web LPPSA, cuma BELUM tandatangan memorandum penerimaan bersama peguam sahaja.
Namun saya ingin menukar pemohonan pembiayaan kepada tempoh 30 tahun kerana insuran@takaful yang lebih murah.
Soalan:
1. Adakah saya perlu hantar surat pembatalan terus pembiayaan saya ATAU hanya surat rayuan untuk menukar tempoh 35 tahun (420bulan) kepada 30 tahun (360bulan) dan menukar syarikat insurans dari Zurich kepada takaful Malaysia?
2. Adakah saya memang perlu menghantar surat atau boleh kemukakan permohonan pembatalan secara atas talian?
3. Sekiranya saya perlu menghantar surat pembatalan, untuk perhatian pegawai manakah (nama dan alamat) saya perlu alamatkan surat tersebut?
Terima kasih banyak-banyak atas respon tuan/puan.
June 24, 2019 @ 4:34 am
tuan saya telah mail kepada tuan, terima kasih
June 25, 2019 @ 12:47 am
Terima kasih banyak2 tuan, atas respon yg pantas.
June 25, 2019 @ 1:44 pm
sama-sama tuan
April 25, 2021 @ 12:33 am
Salam tuan ingin membeli rumah undercon. L/O dan s&p dah di sign. Loan bank belum lulus. Hanya baru submit untuk kelayakan sahaja. Sekiranya saya ingin membatal kan pembelian adakah saya akan di denda? Boleh ke saya membatalkan pembelian?
April 30, 2021 @ 4:17 pm
Salam tuan, saya telah membuat permohonan LPPSA dan permohonan diluluskan. Tetapi saya ingin membatalkannya kerana attitude agent yg amat buruk. Saya ingin membuat dgn agent lain. Saya masih tidak tt lagi surat setuju terima. Apakah saya akan di saman/denda? Dan berapakah yg saya perlu bayar?
May 17, 2021 @ 10:59 am
Memandangkan SPA telah ditandatangani maka tuan kena merujuk kepada pihak peguam mengenai kos. Selagi tuan tidak menandatangani penerimaan tuan boleh membatalkan pinjaman tuan
August 6, 2019 @ 12:36 am
Salam sejahtera,
Saya juga mengalami situasi yang lebih kurang sama. Saya sudah klik PRA TERIMA pembiayaan, tetapi terdapat kesilapan mengisi peguam pilihan. Terdapat salahfaham antara saya dan pemaju perumahan, sepatutnya pilih peguam SPA. Saya difahamkan yang saya perlu mengemukakan surat pembatalan secara bertulis dan hantar terus ke LPPSA dan sistem akan direset semula untuk permohonan. Sekiranya saya perlu menghantar surat pembatalan, untuk perhatian pegawai manakah (nama dan alamat) saya perlu alamatkan surat tersebut? Adakah pembatalan ini akan menjejaskan permohonan saya sekiranya permohonan dikemukakan sekali lagi?
Sekian, terima kasih.
August 7, 2019 @ 8:17 am
Surat pembatalan boleh dibuat hanya mengemukan salinan surat kelulusan dan permohonan surat pembatalan. Tidak perlu dimajukan kepada pegawai tertentu. Tetapi untuk memudahkan pihak LPPSA Cuma taip UNTUK PEMBATALAN disudut kiri surat pembatalan tersebut. Pastikan Memorandum Penerimaan TIDAK ditangani. Pembatalan ini tidak akan menjejaskan pinjaman cuma proses pembatalan ini akan mengambil masa dan berkemungkinan peminjam akan dikenakan denda diatas segala kelewatan.
June 30, 2020 @ 12:52 am
salam tuan,boleh pm kepada saya juga tak? masalah saya sama.
June 30, 2020 @ 4:36 am
Selagi tuan belum menghantar hard copy yang ditandatangani oleh peminjam dan disahkan oleh peguam tuan boleh membatalkan pinjaman. Dan tuan perlu memaklumkan kepada peguam dan sebaiknya maklumkan kepada LPPSA
November 12, 2020 @ 11:22 am
Salam tuan..sy ada masalah.rumah yang sy beli kwasan banjir.saya dh terima surat setuju.35 % pemaju dh claim dgn lppsa.insuran pun dh dikeluarkn 21k..sy nekad utk batalkan pembelian rmh ini.sy rasa tertipu sb pemaju berutahu kwsn rmh tu bebas banjir…kwsn rmh yg dibuat tidak ditambun tanah…rmh yg dibina dikwsn lembah..mohon berikan sy jalan keluar utj mslh ini..untuk teruskan pembelian atau. Batalkan.
November 17, 2020 @ 6:30 am
Adalah baik kiranya pihak tuan menulis kepada LPPSA untuk memaklumkan niat tuan untuk membatalkan pinjaman atas sebab sebab yang dinyatakan. Lagi lama tuan biarkan pihak pemaju akan terus claim bayaran beperingkat untuk rumah tersebut. Tuan boleh menulis ke etiket lppsa insyaallah tuan akan dibantu
February 10, 2021 @ 1:23 pm
Assalamualaikum admin,
Pinjaman LPPSA telah diluluskan dan sy telah menandatangani surat setuju terima pd minggu ini. Namun begitu sy baru dapati unit pangsapuri yg sy pilih tidak seperti yg sy mahukan. Sy ingin menukar unit lain yg mempunyai harga yg berbeza. Apakah sy akn dikenakan denda dan apakah yg sy perlu lakukan utk mengubah amaun pinjaman tersebut?
February 13, 2021 @ 3:24 pm
jika ingin membatalkan pinjaman tuan perlu memaklumkan kepada peguam terlebih dahulu sekiranya tuan telah menandatangani Memorandum Penerimaan tersebut supaya pihak peguam tidak memproses Gadaian tuan.
Tuan juga boleh menulis kepada etiket.lppsa untuk memaklumkan hasrat tuan. Tuan tidak boleh menukar unit lagi begitu sahaja….tuan perlu membuat permohonan baru semula jika ingin menukar unit lain. Mengenai bayaran tuan perlu merujuk kepada pemaju dan peguam kerana semua itu adalah bidang kuasa mereka…
October 27, 2021 @ 8:31 pm
Saya nak tanya sy ade buat pimjaman loan tapi ade surat agrement so sy dah tandangan atau cop sign di surat klau nak di batalkan boleh ke sebab sy tak cukop duit nak bayar surat agrement tu
October 28, 2021 @ 4:01 am
Soalan tak jelas….agreement apa. Pinjaman berapa. Bayar surat agreement apa
June 25, 2019 @ 10:58 pm
saya telah lulus pinjaman,sekarang telah lebih 25 bln pembinaan rumah terbengkalai atas sebab struktur tanah yg berubah. saya telah terima surat untuk bayaran balik sebanyak 2k untuk pinjaman 400k, tapi hanya 10% iaitu 31k yang telah digunakan oleh kontraktor selepas itu pembinaan rumah tidak dapat diteruskan. saya semak gaji belum dipotong,sedangkan surat mengatakan bayaran akan dipontong pada bulan ini. soalan saya adakah saya hanya perlu bayaran jumlah 31k sahaja? saya tidak mahu batalkan pinjaman kerana selepas selesai isu tanah tersebut, saya ingin teruskan pembinaan rumah.
June 26, 2019 @ 1:34 am
Gaji tuan tidak dipotong berkemungkinan Jabatan tuan tidak menerima surat arahan pemotongan gaji tersebut. Tuan boleh maklumkan kepada Jabatan tuan untuk tujuan pemotongan gaji tersebut. Memandangkan tuan ingin meneruskan pembinaan tersebut setelah semua masaalah selesai jadi tidak ada masaalah permotongan dibuat.
Peminjam hanya akan perlu membayar segala kos yang dikeluarkan.
February 4, 2020 @ 1:45 am
Salam sejahtera,
Situasi saya sekarang ini, saya telah membuat loan rumah dengan dua ajen jual beli rumah yang berbeza. Sekiranya salah satu ajen tu memberitahu loan saya sudah lulus, bagaimana saya hendak membatalkan loan rumah pada ajen yanh satu lagi?
February 4, 2020 @ 3:35 pm
Sebelum menjawap saya ingin bertanya, tuan membuat pinjaman dengan institusi mana? Dengan Bank atau dengan LPPSA. Sekiranya tuan membuat pinjaman Bank atau pihak LPPSA tuan akan dimaklumkan.
Sekiranya pinjaman yang anda buat ini melalui bank dan telah diluluskan oleh pihak bank maka tuan akan dipanggil ke bank tersebut untuk menandatangani Acceptance Letter sekiranya tuan bertetuju untuk menerima pembiayaan tersebut.
Manakala sekiranya tuan membuat pinjaman dengan LPPSA maka kelulusan pinjaman akan dihantar oleh pihak LPPSA melalui email tuan yang telah daftarkan semasa mengisi borang permohonan secara online.
Tuan tidak perlu membatalkan pinjaman tuan dengan LPPSA kerana hanya satu harta sahaja yang layak untuk pinjaman.
Tuan boleh menerima kelulusan pinjaman tersebut hanya dalam portal LMS, namun pastikan semak dahulu sebelum tuan klik pra presetujuan tersebut.
June 27, 2019 @ 5:06 am
saya telah menandatangai surat setuju terima sebulan yang lepas. akan tetapi disebabkan masalah peribadi,saya berhasrat untuk meletakkan jawatan didalam jawatan sekarang. bagaimanakah proses utk pembatalan.dan adakah saya akan didenda?
June 27, 2019 @ 5:22 am
untuk pembatalan pinjaman tuan perlu maklumkan pihak peguam dan sudah semestinya pihak LPPSA. Buatlah secara bertulis kepada LPPSA hasrat pembatalan tuan itu.
Tuan tidak akan didenda cuma, tuan perlu membayar segala kos yang pihak LPPSA keluarkan seperti pembayaran insuran dan kos yang lain jika ada.
Tuan juga terpaksa menanggung kos peguam dan sekiranya tuan telah membayar sebarang deposit…deposit tersebut dikira hangus kerana tuan membatalkan proses jualbeli.
April 4, 2021 @ 1:55 am
Tuan,
Saya telah membuat permohonan pembatalan Pinjaman dan segala kos termasuk pembayaran insuran, pemaju dan yuran guaman telah bayar balik kepada LPPSA.
Adakah keperluan menyediakan Deed of Revocation untuk pembatalan dokumen Pinjaman?
Terima kasih.
April 4, 2021 @ 2:03 am
Tak perlu sebab jika proses baru diperingkat awal sebab nama tuan belum dimasukan didaftarkan sebagai pemilik…
July 2, 2019 @ 2:34 am
Tuan.
Saya baru memohon pinjaman lppsa secara online. Tapi saya belum menerima apa2 status dan belum tandatangan surat setuju terima. Mungkin dalam proses penilaian oleh penilai. Boleh ke saya membuat pembatalan? Saya mendapat tawaran rumah yang lebih baik. Adakan terdapat sebarang kos yg terlibat perlu saya bayar selain daripada kos guaman? Apa yang perlu dilakukan oleh saya untuk batalkan permohonan online tersebut..perlu ke buat sebarang surat kepada lppsa.Dan berapa lama proses pembatalan kalau selepas itu saya ingin memohon pinjaman untuk rumah yang lain pula.
July 2, 2019 @ 3:02 am
selagi pihak tuan tidak menandatangi borang setuju terima bermakna tuan tidak lagi dikira membuat pinjaman. jadi tuan JANGAN klik terima didalam sistem LMS yang telah tuan isi semasa mengisi borang online. LPPSA hanya mengenakan kos berdasarkan jumlah yang telah dikeluarkan. Jika tiada kos yang telah dikeluarkan maka tuan tidak ada dikenakan bayaran apa apa
Buat surat dengan LPPSA mengatakan hasrat tuan.
tuan kena rujuk kepada peguam untuk mengetahui kos yang akan dikenakan.
July 2, 2019 @ 7:00 am
ok. Terima kasih kerana membantu. Saya telah menghantar surat rasmi pembatalan melalui emel kepada admin_proses@lppsa.gov.my
August 25, 2019 @ 2:23 am
salam admin, saya ada persoalan berkenaan pembatalan pinjaman lppsa yang telah lulus 10% atas faktor kpkt telah keluarkan list “sakit” projek perumahan yang dibeli. adakah saya akan dikenakan denda dan bagaimana permohonan pinjaman yang seterusnya? jika didenda bagaimana option untuk pembayaran tersebut?
August 25, 2019 @ 3:14 am
Persoalan yang diajukan kurang jelas. 10% yang dimaksudkan itu merupakan pinjaman yang telah dikeluarkan atau pinjaman yang telah diluluskan. Sekiranya LPPSA telah mengeluarkan bayaran maka tuan perlu membayar balik jumlah yang telah dikeluarkan. Sekiranya tuan telah terjebak dalam pembelian projek sakit tuan boleh menulis dengan LPPSA dan berbincang mengenai pembayaran tersebut. Kepilkan segala bukti mengenai masaalah projek perumahan yang anda beli kepada LPPSA dan tunggu maklumbalas dari LPPSA samaada ianya dipertimbangkan atau sebaliknya
September 7, 2019 @ 12:31 pm
wang yang telah dikeluarkan oleh lembaga perlu dibayar balik. Tuan boleh membatalkan pinjaman atas alasan bahawa projek tersebut tergendala, tetapi tuan perlu membayar jumlah tersebut. Option Kedua tuan boleh kekal untuk memiliki rumah tersebut sehingga ada pemaju yang sanggup mengambil alih projek tersebut
February 25, 2021 @ 1:46 pm
LPPSA telah membayar tuntutan 50% kpd pemaju dan yuran guaman dokumentasi. Oleh kerana didapati Peminjam tidak layak membeli hartanah Rezab melayu kerana beliau bukan keturunan Melayu.
Bagaimana pembatalan Pinjaman harus dibuat oleh peguam atau peminj am? Terima kasih
February 27, 2021 @ 4:06 am
Tuan maklumkan kepada LPPSA mengenai situasi tersebut kepada LPPSA melalui etiket lppsa dan maklumkan mengapa tuan ingin membatalkan pinjaman tuan.
September 12, 2019 @ 2:28 am
Salam saya telah menandatangani surat setuju terima namun kini saya hendak menbatalkan pinjaman kerana bertukar pikiran dan pemaju juga sehingga kini belum memberikan status bila S&P akan ditandatangani. bagaimana proses untuk membuat pembatalan.
September 12, 2019 @ 3:29 am
Tuan boleh menulis kepada LPPSA dan nyatakan hasrat tuan. Kemukakan segala maklumat pinjaman supaya memudahkan LPPSA untuk mengenalpasti fail anda dan maklumkan alasan tuan untuk membatalkan pinjaman.
September 21, 2019 @ 5:07 am
Salam tuan admin lppsa. Saya hisham. Saya ada masalah berkenaan rumah dan hendak membatalkan loan lppsa. Untuk makluman tuan sbb saya batalkan loan lppsa kerana snp saya dalam simpanan pemaju tidak sama seperti apa yg dlm simpanan lawyer. Pemaju pon mengakui kesilapannya. Pemaju maklum akan membayar semua kos untuk pembatalan. Saya telefon lppsa. Sejumlah rm114k termasuk insuran sudah di bayar kepada pemaju.. Soalan saya. Apakah kesan yg perlu saya tangung sebab batalkan loan lppsa ini. Terima kasih tn
September 21, 2019 @ 6:02 am
Tuan dikehendaki membayar semua wang yang telah dikeluarkan oleh LPPSA. Sekiranya tuan ingin memohon pinjaman dengan LPPSA untuk pembelian rumah lain tuan dikiranya membuat pinjaman kedua dengan LPPSA dan kemungkinan tuan tidak akan mendapat pinjaman penuh dan juga tempoh pinjaman hanyalah selama 30 tahun sahaja.
Untuk pembelian rumah pertama pembeli akan dikecualikan daripada dikenakan bayaran duti setem. (Duti setem pindahmilik) jadi sekiranya tuan membeli rumah lain kelak tuan akan terpaksa menanggung kos Duti Setem tersebut.
September 21, 2019 @ 7:53 am
Kos duti stem tu berapa ya tn. Saya difahamkan sebagai contoh kelayakan semua kakitgn krajaan adalah rm750k. Sy beli rmh yg nak dibatalkn ini 250k. Betul ke baki dari 750k iaitu sebanyak 500k adalah kelayakan loan ke 2 saya. Terima kasih diucapkan kepada tuan yg baik hati atas penerangan ini.
September 21, 2019 @ 8:29 am
Kelayakan pinjaman adalah bergantung kepada kelayakan peminjam, lapuran penilaian untuk rumah secondhand (subsale) dan juga harga yang terdapat dalam perjanjian jualbeli… Bukan semua kakitangan awam layak membuat pinjaman perumahan sebanyak RM750K.
Bagi duti setem yang dikenakan bagi pembelian rumah kedua dan seterusnya ialah 1% daripada RM100,000.00 pertama dan 2% bagi RM100,000.00 keatas sehingga RM 400,000.00 dan ianya akan meningkat jika harta yang dibeli meningkat. Jadi jika tuan membeli rumah kedua kelak katakan harga tersebut RM250,000.00 duti setem yang akan dikenakan ialah RM4,000.00 tidak termasuk fi peguam.
Tapi ianya tidak terpakai sekiranya tuan beli dengan pemaju dan pemaju akan menanggung semua kos walaupun pembelian rumah kedua.
October 3, 2019 @ 11:20 am
Assalam tuan, saya ingin mendapatkan kepastian dan pencerahan. Saya baharu ditawarkan pembiayaan perumahan LPPSA pada Sabtu, 28 September 2019 dan saya telah klik Pra Terima, namun surat tawaran dan Setuju Terima belum ditandatangani (peguam belum minta tandatangan).
Saya bercadang ingin menolak tawaran kerana jika saya terima rumah ini saya akan berada dalam status keterhutangan serius (dasar LPPSA luluskan permohonan yang juga melebihi 80%).
Saya amat risau dgn status tersebut dan sayang sebenarnya rumah yang ditawarkan tapi apakan daya terpaksa menolak tawaran tersebut.
Jadi bolehkah saya menolak tawaran rumah tersebut memandangkan saya belum tandatangan Surat Setuju Terima, hanya Pra Terima di online sahaja. Akan ada kos ke di pihak LPPSA?
Saya dah semak peguam kata kos pembatalan RM 500 apabila saya dah sign SPA dan ingin membatalkannya. Deposit tak pasti akan dapat ke tak (belum tanya dengan pemaju).
Terima kasih atas pencerahan tuan.
October 3, 2019 @ 12:30 pm
Hanya pihak peguam dan pemaju sahaja yang akan mengenakan bayaran pada anda berdasarkan kerja yang telah dilakukan.
Tuan, masih dikira belum menerima Tawaran Kelulusan dari pihak LPPSA selagi tidak menandatangani Memorandum Penerimaan tersebut.
November 19, 2019 @ 3:52 am
ASSALAM TUAN,
SAYA INGIN BERTANYA, SAYA ADA MEMBELI RUMAH DAN TELAH TANDATANGAN JUAL BELI RUMAH, PADA 9/11/2019 PIHAK LPPSA TELAH EMAIL KEPADA SAYA BHW LOAN SAYA TELAH LULUS,. SAYA TELAH CLICK DI WEBSITE LPPSA UNTUK TERIMA LOAN TERSEBUT. PERJANJIAN DENGAN PEGUAM SAYA MASIH BELUM TADATANGANI. TETAPI KINI SAYA INGIN MEMBATALKAN LOAN TERSEBUT KERANA SAYA MEMPUNYAI MASALAH KEWANGAN YANG MENYEBABKAN SAYA TIDAK MAMPU UNTUK BAYAR LOAN. JADI BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA BATALKAN PINJAMAN? ADAKAH BOLEH? ADAKAH SAYA DIKENAKAN APA-APA TINDAKAN ATAU BAYARAN? BAGAIMANA PULA DENGAN PIHAK PEMAJU RUMAH? ADAKAH PADA MASA AKAN DATANG JIKA SAYA INGIN MEMOHON PINJAMAN MERUPAKAN PINJAMAN PERTAMA? TERIMA KASIH
November 19, 2019 @ 11:18 pm
Tuan masih boleh membatalkan pinjaman. Tuan masih belum menandatangani Memorandum Persetujuan jadi dikira tuan masih belum bersetuju untuk menerima Tawaran tersebut. Tuan tidak akan dikenakan bayaran oleh pihak LPPSA namun yuan mungkin akan dikenkan bayaran oleh pihak peguam berdasarkan kerja kerja yang dilakukan untuk memproses permohonan tuan.
Tuan boleh menghubungi LPPSA untuk membatalkan pinjaman anda dan anda juga tidak perlu menandatangani Memorandum persetujuan jika tuan tidak mahu meneruskan pinjaman tersebut
December 3, 2019 @ 11:02 pm
Salam Tuan, saya telah lulus loan perumahan rizab melayu dan telah menandatangani surat 2 dari bank dan s&p di pejabat peguam.hanya yang saya belum tandatangan adalah surat MOT dan gadaian di pejabat tanah.dan sekarang keluarga mengalami masalah dan saya tidak akan mampu untuk membayar pinjaman tersebut.saya memberitahu agen, kemudian pihak pemaju telah email NOTICE OF TERMINATION juga..cuma sekarang banker meminta saya untuk membuat surat kepada mereka untuk membatalkan pinjaman.saya tak tahu nak buat surat macam mana…?? Kemudian berapa dan apa yang perlu saya tanggung sebagai denda selepas itu..??
December 3, 2019 @ 11:32 pm
Jika tuan telah membayar deposit maka deposit maka tuan akan hilang deposit tersebut. Kos peguam pula adalah berdasarkan sejauh mana kerja yang telah dibuat…misalmya stamping. Carian dan sebagainya. Manakala bagi pemberi pinjaman pula, jika ada kos yang telah di keluarkan maka tuan perlu membayar segala kos tersebut. Berapa jumlah yang akan dikenakan tidak dapat dipastikan kerana sejauh mana proses sebenar telah dilakukan tidak diketahui
December 16, 2019 @ 2:03 am
Salam admin
saya telah memohon pinjaman lppsa dan pinjaman saya telah diluluskan,saya juga telah tandatangan surat setuju terima bersama peguam dan status pinjaman saya ialah Pihak peguam dalam proses penyediaan surat nasihat pertama untuk pengeluaran wang pembiayaan/ pinjaman.
Soalan saya ialah bolehkah saya memohon pinjaman peribadi bersama bank swasta sekarang semasa sebelum slip gaji saya mula dipotong pembiayaan perumahan,adakah akan ada apa-apa kesan pada pinjaman lppsa saya sekiranya saya memohon pinjaman peribadi? untuk makluman admin jika saya memohon pinjaman peribadi gaji saya akan ada kesan
December 17, 2019 @ 2:58 am
Tuan boleh membuat pinjaman peribadi dgn mana mana institusi kewangan walau bagaimana pun Kelulusan pinjaman tuan tertakluk kepada kelayakan pihak tuan oleh pihak bank.
December 22, 2019 @ 1:04 pm
Tuan, saya telah bersetuju membuat pinjaman LPPSA untuk membeli perumahan PRIMA.. namun didapati kawasan tu banjir. Saya juga telah membuat pembatalan pinjaman dan dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak rm6677 + kos peguam rm700. Kenapa sampai rm6k lebih sedangkan apa-apa pemotongan belum dibuat lg.. dan pembatalan dibuat pada tahun yang sama. Apa yg harus saya buat? Sekarang saya berhasrat untuk membeli tanah & rumah di kawasan lain.
December 22, 2019 @ 3:04 pm
Berkemungkinan pihak LPPSA telah mengeluarkan pembayaran insuran tuan. Untuk mengetahui kedudukan yang sebenar tuan boleh menalipon LPPSA ditalian 03-88801600.
February 22, 2020 @ 9:24 am
mudahh je kn..die org ni …bab nk mkn duit hbs duk tarik undang2…tengok la kesusahan org..org tolak pemohonan bukan tak bersebab…beri muka la skit
February 23, 2020 @ 3:03 pm
sekiranya ada bayaran dikeluarkan maka pihak LPPSA akan menuntut balik jumlah tersebut. Jika sekiranya pihak LPPSA tidak mengeluar sebarang bayaran pihak sudah pasti tidak akan menuntut bayaran tersebut
January 13, 2020 @ 11:06 am
Salam tuan,sebulan lalu da buat mohon lppsa ..ttp surat tanda terima belum sign,dan blm bawa apa2 pon dokumen ke mindef utk pengesahan..ttp baru2 ni urusan sya dgn koperasi tidak berjaya,katanya nama dh masuk dlm sistem lppsa…..jadi apa sepatutnya dibuat tuan..kerani koperasi mnta cancel urusan lppsa baru dpt proses permohonan koperasi…..harap dapat pencerahan drpd pihak tuan yg arif…jazakallahu khaira. ….
January 13, 2020 @ 11:40 am
Permohonan LPPSA bagi anggota tentera agak ketat. Jadi dia makan masa yang agak lama sedikit untuk ke mindef dan kena pastikan kelayakan permohonan tuan. Mengikut maklumat yang tuan bagi rasanya permohonan tuan belum baru dihantar secara online sahaja dan belum di proses oleh LPPSA lagi kerana untuk memproses pinjaman, tuan perlu ke mindef/sel perumahan terlebih dahulu.
Sekiranya tuan ingin memohon pinjaman koperasi tuan perlu membatalkan hasrat tuan untuk membeli rumah terlebih dahulu kerana kelayakan tuan akan terjejas apabila tuan memohon untuk kedua dua pinjaman ini…
July 30, 2021 @ 2:08 am
Peminjam telah membatalkan Pembiayaan Pinjaman Perumahan . Jadi peguam menyediakan “Deed of Revocation of Power Attorney” untuk ditandatangani oleh LPPSA.
Kenapa LPPSA sediakan “Release & Reassignment ” semasa memulangkan kesemua Sekuriti dokumen untuk tindakan kami?
Soalan saya Peminjam membuat pembatalan pinjaman bukan menyelesaian pembiayaan Peminjam. Kenapa LPPSA sediakan “Release and Reassignment “?
Yang mana untuk revoke Power Attorney di Mahkamah?
February 22, 2020 @ 9:28 am
salmmm..kes bro sama mcm sy la…so menda ni kita nk merujuk dekat sapa ye…selagi name dlm lppsa xclear..selagi tu x bolh buat koperasi loun..ganggu je kn…arap pihak lppsa bolh beri cadangan dan jalan yg baek kepada pihak kami..tq
January 13, 2020 @ 6:22 pm
Salam tuan….berbalik kpd soalan diatas..utk mmbatalkan hasrat beli rumah tu…dgn siapakah sya harus berurusan..dan mngambil masa lamakah proses pmbatalan tersebut…mohon pencerahan tuan…sya amat2 mngharapkan pmbatalan dgn segera kerana masalah peribadi yg amat prrlu disegerakan…semoga tuan dpt mmbntu sya dlm hal ini..dan rujukkan kpd saya..pegawai yg blh mmbntu dlm masalah ini……jzk
January 13, 2020 @ 6:25 pm
Tuan boleh hubungi LPPSA ditalian 03-88801600 untuk pembatalan.
January 28, 2020 @ 10:18 pm
Assalamualaikum tuan.. sy nak tnya.. sy dah sign s&p tp belum dpt kelulusan permohonan dari lppsa.. boleh ke saya cancel pembelian rumah tu? Sy kena denda atau tindakan ke?
February 22, 2020 @ 9:30 am
salmmm..kes bro sama mcm sy la…so menda ni kita nk merujuk dekat sapa ye…selagi name dlm lppsa xclear..selagi tu x bolh buat koperasi loun..ganggu je kn…arap pihak lppsa bolh beri cadangan dan jalan yg baek kepada pihak kami..tq
February 23, 2020 @ 2:59 pm
Maaf bertanya, tuan ada membatalkan pinjaman ke? sehingga tuan terpaksa membayar balik pinjaman tersebut
February 24, 2020 @ 9:23 am
Salam, sy telah mendapat kelulusan pinjaman dari LPPSA, untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri. Pembinaan terpaksan dibatalkan kerana struktur tanah telah menjadi curam dan tidak selamat untuk membina rumah. Bayaran 10% telah dikeluarkan kepada laywer utk pihak kontraktor. Perkara ini telah berlarutan selama 2 tahun. Saya dalam usaha untuk merendahkan tanah dan masih dalam perbincangan dgn pihak PDTSepang dan MPSepang. Saya ada kemukankan rayuan agak tempoh bayaran balik ditangguhkan sehingga kerja tanah selesai dan rumah dapat dibina tapi ditolak oleh pihak LPPSA. Saya terpaksa bayar kos keseluruhan iaitu 350k lebih kuran 2k setiap bulan dan telah mula dipotong pada bulan Januari 2020, sedangkan duit yg dikeluarkan dari pihak LPPSA sebanyak 10% lebih kurang 30k. Ada kemungkinan pihak LPPSA boleh mempertimbangan perkara ini supaya bayaran bulanan dikurangkan mengikut 10% yang telah dikeluarkan. Setelah kerja tanah selesai dan rumah dapat dibina barulah bayaran pernuh dikenakan. Sekarang saya terpaksa menanggung beban bayaran bulanan ke atas rumah yang belum ada.
April 5, 2020 @ 7:50 am
bagaimana cara buat surat pembatalan pinjaman peribadi
April 9, 2020 @ 2:09 pm
Sudahkah permohonan tuan diluluskan. Jika diluluskan anda tidak perlu menandatangani Acceptance Letter dan malumkan kepada pihak bank hasrat tuan untuk membatalkan pinjaman tersebut.
July 1, 2020 @ 4:00 am
Mcm mane nak batalkan pinjaman perumahan lppsa,,, gaji tidak mencukupi untk pembayaran bulanan,,,
July 1, 2020 @ 4:03 am
Mcm mana nak batalkan pinjaman lppsa yg telah lulus,,, gaji tdk cukup utk bayaran bulanan
July 3, 2020 @ 3:18 am
Permohonan tuan sudah diluluskan ke belum. Jika belum tuan boleh tunggu kelulusan dan menolak ketika kelulusan diterima. Jangan terima kelulusan tersebut ianya boleh dilakukan didalam sistem saya
July 20, 2020 @ 11:31 am
Sy dh sign s&p setahun yg lepas..tp rumah masih belum siap..jd sy nk batalkan semula boleh ke? Apa kerugian sy nnti?
July 20, 2020 @ 12:50 pm
Adakah tuan membeli rumah dalam pembinanan. Kebiasaan nya rumah yang dalam pembinaan ada tarikh siapnya yang tuan boleh rujuk dalam perjanjian jualbeli. kerugian yang terpaksa tuan tanggung ialah deposit hilang, kos peguam dan segala kos yang telah dikeluarkan oleh lppsa
August 17, 2020 @ 5:05 am
assalamualaikum tuan..saya ada satu soalan..pinjaman lppsa saya telah lulus, potongan bulanan gaji telah dibuat walaupun kunci rumah belum diserah disebabkan bayaran guaman belum diselesaikan..boleh kah saya membatalkan pinjaman lppsa kerana masalah kewangan yang dialami dan membatalkan pembelian rumah tersebut.. apakah kesan terhadap saya..mohon nasihat dari tuan.. terima kasih..
August 20, 2020 @ 7:24 am
Tuan akan terpaksa menanggung kos yang lebih besar kesan dari pembatalan tersebut. Kerana tuan perlu membayar segala kos seperti insuran dan pinjaman tuan tidak lagi dianggap sebagai pinjaman pertama jika tuan membatalkan pinjaman tuan kelak. Kelulusan pembatalan adalah terletak kepada pihak LPPSA sendiri, dan sekiranya tuan tidak dibenarkan membatalkan permohonan tersebut maka tuan perlu menjual rumah tersebut kepada pihak lain sebagai alternatif
August 17, 2020 @ 5:37 am
Boleh kah saya batalkan pembelian rumah sedangkan potongan gaji sudah dibuat tetapi belum menerima kunci disebabkan belum membayar yuran guaman?
August 20, 2020 @ 7:15 am
Tuan akan menanggung kos yang lebih besar kesan dari pembatalan tersebut. Kerana tuan perlu membayar segala kos seperti insuran dan pinjaman tuan tidak lagi dianggap sebagai pinjamn pertama jika tuan membatalkan pinjaman tuan kelak. Kelulusan pembatalan adalah terletak kepada pihak LPPSA sendiri atau tuan perlu menjual rumah tersebut kepada pihak lain
September 16, 2020 @ 12:51 pm
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Permohonan saya telah pun diluluskan hujung tahun lepas. Nama pada febuari lepas, Pihak pemaju telah menghantar surat kepada saya dan memaklumkan projek tidak dapat diteruskan atas faktor teknikal. Di dalam surat tersebut menyatakan akan membuat “refund” bagi bayaran “booking” dan 10% yang telah dikeluarkan LPPSA. Namun sampai ke hari ini belum ada tindakan dari pemaju walaupun surat telah dikeluarkan. Untuk makluman juga projek tidak ada dalam senarai projek sakit/terbengkalai di dalam data KPKT. Saya sedia maklum bahawa projek terbatal dan terbengkalai adalah dua perkara berbeza.
Jadi saya ada beberapa soalan harap admin boleh membantu jawab dengan lengkap dan profesional selain jawapan “sila rujuk”kepada pemaju dan peguam. Saya sudah lakukan semua itu namun tiada jalan penyelesaiaan. Jadi soalan saya adalah:
1.) Jikalau saya mohon pembatalan menggunakan surat pemaju sahaja adakah saya layak mendapat keistimewaan pertama?
2.) Adakah saya perlu membayar mrta@insurance sedangkan rumah belum dibina?
3.) Adakah potongan gaji masih berjalan walaupun projek dibatal oleh pemaju?
Diharap dapat menjawab soalan saya dengan lengkap. Kerana sudah banyak pihak sudah “melepas tangan”. Jadilah pihak yang bertanggungjawab bagi membantu masalah yang kami hadapi.
Sekian,
Terima Kasih
September 17, 2020 @ 3:27 am
Pada pandangan saya puan perlu batalkan dahulu pinjaman dan sertakan surat dari Pemaju kepada LPPSA. Kelayakan untuk mendapat keistimewaan untuk pinjaman pertama adalah diatas budi bicara LPPSA kerana pembelian sesebuah harta tersebut adalah tanggungjawap individu. Kerana sebelum pembelian seseorang individu diminta untuk menyiasat latar belakang sesebuah syarikat atau penjual.
Sekiranya pihak LPPSA telah membayar jumlah tersebut kepada LPPSA jadi adalah tanggungjawap tuan untuk membayar balik jumlah tersebut. Walau bagaimana pun tuan boleh claim lebihan bayaran MRTA daripada pihak Takaful/Insuran.
Sekiraya tuan masih ada hutang dengan LPPSA potongan gaji akan terus dibuat
September 20, 2020 @ 3:27 am
Slm tuan admin.
Situasi saya mcm nie….saya telah terima tawaran LPSSA dan potongan gaji telah dibuat selama 2 tahun…isu sekarang rumah yang developer buat belum siap..kalau ikut dlm agreement rumah siap pada ogos 2018…tetapi smpai skrg rumah tak siap lg sampai tahun 2020..walupun ada progress. Boleh dikatakan progress telalu lambat….soalan saya:
1. Apakah tindakan yg perlu saya lakukan?
2. Bolehkh saya membuat pembatalan pinjaman LPPSA dan apakah kesan Pembatalan?
September 20, 2020 @ 4:42 am
Pertama, Tuan boleh menunggu sehingga projek tersebut siap (tak tahu bila) kedua tuan boleh cuba membatalkan pinjaman dengan pihak LPPSA dengan alasan yang kukuh.
Sekiranya tuan membatalkan pinjaman dengan LPPSA pertama tuan perlu membayar balik segala kos yang telah dikeluarkan oleh LPPSA, misalnya Takaful MRTA, Bayaran berperingkat kepada pemaju jika ada dan juga sekiranya tuan ingin membuat pinjaman dengan LPPSA maka tuan tidak lagi mendapat keistimewaan untuk pinjaman pertama terbatal
Kebiasaan sekiranya pemaju gagal menyiapkan rumah seperti yang dinyatakan dalam perjanjian maka pembeli layak untuk mendapatkan gantirugi diatas kelewatan daripada pemaju tersebut. Tuan boleh rujuk kepada Sechedule I dalam perjanjian Jualbeli tuan ini.
September 22, 2020 @ 2:15 am
Salam Tn,
Permohonan pinjaman perumahan pertama saya telah diluluskan oleh pihak LPPSA. Saya baru menandatangani perjanjian beli rumah dengan pihak peguam pemaju dalam bulan Ogos 2020. Saya dibagitahu bahawa rumah yang saya beli itu dijangka siap pada June/ Julai 2021. Saya baru dimaklumkan yang saya akan ditukarkan ke negeri lain atas faktor keperluan kepakaran.
Saya telah membayar sebanyak rm1000 sebagai duit tempahan rumah dengan pemaju,
Persoalan saya:
1. Bolehkah saya membatalkan perjanjian jualbeli rumah tersebut?
2. Apakah implikasi pembatalan saya dengan pihak LPPSA?
Mohon penjelasan. Terima kasih
September 24, 2020 @ 3:27 am
Apabila perjanjian telah dimeterai, kemudian pembatalan hendak dibuat maka ianya perlu persetujuan kedua belah pihak sebenarnya. Kebiasaan jika permohonan masih dalam peringkat awal pemaju boleh mempertimbangkan. Cuma segala pembayaran deposit yang telah dibuat tidak akan dibayar balik.
Jika pembatalan pinjaman dibuat, tuan perlu mambayar segala kos yang telah dikeluarkan oleh LPPSA, dan sekiranya tuan membuat pinjaman dimasa hadapan pinjaman tuan akan dikatogeri sebagai pinjaman kedua.
September 23, 2020 @ 9:25 am
Assalamualaikum, maaf bertanya saya telah menandatangani pinjaman LPPSA serta pembelian rumah PR1MA pada tahun 2018, selepas tandatangan dibuat saya tidak menerima apa-apa emel atau mesej mengenai projek tersebut. Pada Ogos 2020, penolakan telah dibuat dari akaun bank dan slip gaji saya, tetapi kunci rumah belum diterima dan projek tersebut hanya 25% dalam perkiraan saya. Macam mana saya nak batalkan perjanjian tersebut supaya pinjaman LPPSA saya untuk pembelian rumah lain diluluskan? Apakah dokumen yang diperlukan dan macam mana cara untuk membatalkan rumah PR1MA tersebut? Saya ada menghantar emel kepada PR1MA dan LPPSA tetapi mereka memerlukan surat daripada KPKT, dan KPKT tidak dapat mengeluarkan surat berkenaan kerana projek masih berjalan sedangkan projek tersebut sepatutnya siap Julai 2020. Harap pihak tuan / puan dapat membantu. Terima kasih
September 24, 2020 @ 3:08 am
Sekiranya pihak tuan membatalkan pinjaman pihak tuan perlu membayar segala kos yang telah dikeluarkan oleh LPPSA. Tuan boleh menyemak jumlah yang telah dibuat oleh LPPSA di dalam Juris yang tuan daftar kan sebelum ini semasa permohonan pinjaman. LPPSA memang akan memotong gaji peminjam apabila tempohnya telah sampai tidak kira samaada rumah itu siap atau tidak.
Jika tuan ingin membatalkan pinjaman proses nya agak sukar kerana 2 tahun telah berlalu dan sejauh mana pihak peguam telah memproses dokumen tuan. Adakah proses pindahmilik telah dijalankan. Jika proses pindahmilik telah dibuat maka adalah sukar untuk membatalkan pinjaman tuan kecuali ada pihak lain membeli rumah tersebut.
September 24, 2020 @ 3:25 am
Berapakah anggaran bayaran yang perlu saya jelaskan sekiranya ingin membatalkan pinjaman tersebut?
September 24, 2020 @ 4:40 am
Tuan, rumah itu dijangka siap pada June 2021.
1. Adakah pihak LPPSA telah mengeluarkan kos ?
2. Jika ada bagaimana dan di mana saya boleh merujuk pihak LPPSA untuk mengetahui jumlah tersebut dan apakah prosesnya untuk saya menyelesaikan dengan pihak LPPSA?
3.Jika tiada kos dikeluarkan lagi, adakah saya masih akan dikategorikan sebagai pinjaman kedua juga di masa hadapan?
Sekian terima kasih.
September 24, 2020 @ 1:36 pm
Pada pandangan saya tuan membeli rumah didalam pembinaan. Jika tuan rujuk perjanjian jualbeli pasti akan terdapat jadual bayaran yang telah dipersetujui. Tidak mustahil jika ada pembayaran yang dibuat oleh LPPSA (pembayaran biasanya dibuat apabila pihak peguam telah menyediakan dokumen gadaian dengan lengkap) dan juga bayaran kepada pihak insuran
Untuk mengetahui kedudukan sebenar pihak tuan tuan boleh menghantar pertanyaan puan kepada https://etiket.lppsa.gov.my/
December 4, 2020 @ 12:56 am
ruamah pertama saya dah hampir siap dan kunci rumah akan dapat pada january 2021. Pada masa yang sama saya ade beli rumah kedua tahun lepas, tapi disebabkan pendemic. Saya dikenakan potongan allowance dan menghadapi masalah untuk meneruskan rumah kedua. Load agreement dah sign. Lawyer fees developer dan bank lawyer dah pun bayar separuh. Saya nak minta nasihat dan cara nak cancel pembiyaan rumah kedua saya….ataupun cara lain yang boleh menyelesaikan masalah yg hadapi ini….
December 8, 2020 @ 3:05 pm
Maaf tuan buat pinjaman dengan bank atau LPPSA. LPPSA hanya layak memberi 1 pinjaman dalam satu masa. Sekiranya pinjaman dibuat dengan pihak bank tuan boleh berhubung dengan pegawai bank tersebut dan minta nasihat pasti tuan akan dibantu.
March 3, 2021 @ 4:22 pm
Salam. Saya telah tandatangan s&p pada sept 2019. Rumah masih belum siap tetapi pembayaran berperingkat lppsa kepada developer telah bermula.
Atas sebab peribadi, saya terpaksa berhenti berkhidmat sebagai penjawat awam. Kini dilanda masalah kewangan dan saya jujur tidak mampu untuk menanggung bayaran balik sekaligus pada profit rate 7%.
Adakah pembatalan pinjaman pada tahap ini merupakan jalan yang terbaik ataupun ada pilihan lain? Mohon bantuan nasihat
March 3, 2021 @ 10:40 pm
Projek tersebut masih belum siap dalam pembinaan ke….Berapa peratus rumah tersebut telah siap…Pandangan peribadi saya sekiranya peratusan siapnya tuan itu masih rendah tuan boleh batalkan pinjaman tersebut namun tuan perlu menjelaskan jumlah bayaran yang telah dikeluarkan oleh kepada LPPSA kepada pihak pemaju.
Sekiranya rumah tuan telah siap tuan perlu menjualkan rumah tersebut bagi mengelakan masaalah kewangan tuan
March 15, 2021 @ 6:30 am
Salam, saya telah menandatangani pinjaman LPPSA.. pemotongan gaji bayaran bulanan telah dilakukan pada januari, kunci rumah masih belum diterima dan rumah tersebut masih dalam proses pembinaan. Bolehkah saya menjual kembali atau tuan dapat mencadangkan apa2 jln yg bole sy lakukan utk menolok atau menjual rumah tersebut disebabkan sy tidak mampu membayar bayaran bulanan. Mcm mana nak batalkan pinjaman lppsa yg telah lulus,,
March 15, 2021 @ 7:07 am
Sekiranya pemotongan pinjaman telah dibuat bermakna permohonan adalah hampir atau melebihi dari 2 tahun. Sukar tuan nak menjual rumah yang masih dalam pembinaan kecuali tuan membatalkan pembelian dengan pemaju. Tetapi ini juga akan melihatkan kos yang tinggi kerana tuan perlu menjelaskan semua bayaran yang telah dikeluarkan oleh LPPSA
March 15, 2021 @ 7:11 am
Berapakah kos yang perlu sy tanggung jika sy ingin membatalkan pinjaman lppsa?
March 15, 2021 @ 7:23 am
Kos nya bergantung jumlah pembayaran yang telah dikeluarkan oleh lppsa, kos peguam dan pemaju jika ada
March 17, 2021 @ 8:34 pm
Salam. Boleh kah saya panjangkan tempoh pinjaman saya sebelum ni 30 tahun kepada 35 tahun? Adakah banyak perbezaan dari segi bayaran balik pinjaman bulanan? Sebab sy nak panjangkan tempoh pinjaman adalah untuk menaikkan baki gaji saya setiap bulan. Pinjaman saya sekarang baru 1 tahun 3 bulan. Pinjaman lppsa saya sebanyak 360k. Mohon pendapat daripada tuan/puan
March 18, 2021 @ 3:59 am
Setelah LPPSA meluluskan pinjaman dan surat tawaran dikeluarkan maka segala terma adalah mengikut Surat Tawaran sahaja
March 18, 2021 @ 11:56 am
Salam. Boleh ke saya nak mohon panjangkan loan daripada 30 tahun ke 35 tahun? Saya baru start pemotongan bermula Dis 2019. Adakah banyak perbezaan kalau saya panjangkan loan atau pun perbezaan bayaran bulanan hanya sedikit dan tidak berbaloi??
March 25, 2021 @ 8:58 am
maaf ingin bertanya, kalau saya dh bayar full payment utk tanah lot tpi sye blom tanda tangan sbrg pnjanjian, then saya nk cancel kan xjdi beli atas sebab keteragan sesme saya ingin sign document bercangah, boleh sye cancel dan mintak balik full payment sye ?
April 2, 2021 @ 4:19 pm
Pembayaran dibuat kepada siapa. Terpulang kepada pihak tersebut samaada bersetuju untuk mengembalikan wang atau tidak
June 2, 2021 @ 8:42 am
Tuan. Saya telah mendapat surat tawaran pinjaman lppsa. Tapi saya belum tandatangan surat sutuju terima. Boleh ke saya membuat pembatalan? Kawasan rumah yang saya nk beli tu ada lah kawasan banjir & saya mendapat tawaran rumah yang lebih baik. Apa kos yg terlibat perlu saya bayar?
Adakah saya perlu hantar surat pembatalan atau surat tawaran itu akan terbatal sendiri selepas tempoh 30 hari?
June 3, 2021 @ 7:39 am
Selagi tuan belum menerima tawaran maka tuan boleh membatalkannya. Soal bayaran tuan perlu rujuk kepada peguam dan pemaju sekiranya tuan membeli dengan pemaju. Kebiasaannya segala apa bayaran yang telah dibuat ianya dikira hangus
June 27, 2021 @ 4:25 am
Jika tuan tidak setuju untuk menerima tawaran tersebut tuan boleh menolak dalam sistem..
Benar selepas 30 hari kelulusan tuan akan terbatal dalam sistem.
Tiada caj dikenakan oleh LPPSA tapi mungkin ada caj dari pihak peguam kerana ada kos yang terlibat semasa permohonan pinjaman tersebut
June 2, 2021 @ 8:47 am
Tuan. Saya telah mendapat surat tawaran pinjaman lppsa. Tapi saya belum tandatangan surat sutuju terima dan apa2 dokumen. Boleh ke saya membuat pembatalan? Memandang pinjaman yang diluluskan bukan 100% dan saya tak mampu untuk menambah lebihan bayaran yang diperlukan kepada pemaju..Apa kos yg terlibat perlu saya bayar?
Adakah saya perlu menghantar surat pembatalan atau surat tawaran itu akan terbatal sendiri selepas tempoh 30 hari?
August 11, 2021 @ 6:03 am
Assalamualaikum..
saya telah mendapat email daripada LPPSA berkenaan permohonan pinjaman perumahan saya telah terbatal… disebabkan ada dokumen daripada pemaju tidak lengkap ..dan sekarang pemaju meminta saya untuk memohon semula pinjaman tersebut.. saya telah memaklumkan kpd pemaju untuk tidak mahu untuk meneruskan pinjaman tersebut… Pihak pemaju memaklumkan sekiranya saya buat pemabtalan saya di minta utk membayar penalti 10% daripada harga jualan sebab suda sain S&P..? Mohon pencerahan
August 22, 2021 @ 8:34 am
Tuan perlu berbincang dengan pemaju tentang masaalah ni…
August 22, 2021 @ 7:43 am
Saya baru beli rumah 2tahun..dan potongan lppsa pun berjalan baru 2thn..adakh sy boleh menjual rumah sy dengan hanya baru membayar 2thn pinjaman?rumah sy 350k dan tempoh bayaran balik 30thn
August 22, 2021 @ 7:43 am
Saya baru beli rumah 2tahun..dan potongan lppsa pun berjalan baru 2thn..adakh sy boleh menjual rumah sy dengan hanya baru membayar 2thn pinjaman?rumah sy 350k dan tempoh bayaran balik 30thn
August 22, 2021 @ 8:31 am
Boleh, tapi sekiranya hutang tuan lagi banyak dari harga jualbeli tuan perlu membayar lebihan itu…
December 17, 2021 @ 7:59 am
Saya ada membuat loan LPPSA utk buat rumah sebanyak Rm 300K..contractor sudah claim sebanyak Rm 150K.
Persoalan nya contractor sudah tertangguh projek selama 11 bulan dan saya juga tidak berpuas hati atas hasil kerja contractoc tersebut.. Saya bercadang ingin menukar contractor..Adakah saya boleh untuk menukar contractor ? Jika boleh bagaimana cara nya..
Dan jika boleh, bagaimana pula jika contractor lama berdegil juga tidak mahu serah kerja kepada contractor baru?
December 23, 2021 @ 2:17 pm
Pertama tuan perlu maklumkan kepada peguam tuan mengenai perkara tersebut. Maklumkan kepada pihak peguam bahawa tuan bercadang untuk menukar kontraktor dan berikan alasan kenapa. Dalam masa yang sama cuba pihak tuan maklumkan kepada LPPSA tentang hasrat tuan untuk melantik kontraktor yang baru dan sertakan alasan tuan sekali. Tuan boleh maklumkan kepada lppsa melalui etiket.lppsa
March 10, 2022 @ 2:04 am
Salam, boleh ke tolong kira kan berapa kos lppsa yg perlu saya bayar jika saya membatalkan pinjaman perumahan. Ruj : 00029266/2021/B7. Terima Kasih
April 13, 2022 @ 9:06 am
Saya tidak dapat membantu tuan untuk mengira kos yang perlu dibayar kepada lppsa. Apa yang pasti tuan kira balik apa kos yang telah pihak lppsa keluarkan bagi pinjaman tuan kerana setiap pembayaran yang dibuat kepada pihak tuan/peguam/pemaju akan dimaklumkan melalui email tuan yang tuan daftarkan semasa pinjaman dibuat.
Tuan boleh berhubung dan lppsa melalui etiket lppsa untuk lebih butiran lanjut.
May 12, 2022 @ 2:57 pm
Pinjaman saya telah diluluskan dan surat setuju terima telah ditandatangani..sy nak buat pembatalan pembiayaan kerana ada masalah dengan kontraktor ..pemotongan gaji masih belum dibuat sebab tiada tuntutan apa2 dari pihak kontraktor.serta kerja2 pembinaan rumah masih belum bermula.apakah kos2 yang perlu saya tanggung.?
May 17, 2022 @ 2:01 pm
jika lppsa belum keluar sebarang bayaran maka puan tidak perlu bayar apa apa kepada lppsa…cuma mungkin puan perlu bayar kepada peguam diatas segala urusan dokumentasi yang telah dibuat