PEMBAIKAN SISTEM PINJAMAN PERUMAHAN BERSEPADU (SPBB)
Hari ini merupakan dari empat bagi tahun 2019 hari ke empat juga bagi pembaikan sistem pinjaman Perumahan Bersepadu. Sudah pasti ramai yang telah cuba untuk masuk ke sistem bersepadu SPPB. Maklumlah pada tahun 2019 ini telah ada penambahbaikan dalam sekim Pembiayaan dimana tahun ini pinjaman perubahan boleh dipanjangkan daripada 360 bulan kepada 420bulan iaitu penambahan sebanyak 60 bulan. Wow banyak tu kan. Tapi mesti ada diantara anda yang gagal untuk membuat pertukaran tersebut kan?
Jika anda mengalami kesukaran untuk membuat pertukaran bagi tempoh pinjaman tersebut jangan lah anda panik. Sebab ianya adalah perkara biasa. Ok, jika sekiranya anda telah masuk ke web tersebut melalui Google Chrome dan anda gagal untuk membuat pertukaran cubalah anda perlu ke browser lain iaitu dengan menggunakan browser Fire Fox atau melalui Internet Explorer. Setelah anda menggunakan brower lain pasti anda akan berjaya. Sebelum itu ada harus memadamkan semua maklumat yang telah anda masukan sebelum terlebih dahulu. Setelah itu barulah anda masukan maklumat yang baru ke dalam sistem tersebut.
Memandangkan perubahan ini baru sahaja berkuatkuasa iaitu pada 1/1/2019 jadi bagilah ruang agar sistem tersebut boleh dijana dengan sempurna dulu. Sekurang-kurang nya untuk minggu hadapan.
Andaikata anda perlu juga untuk membuat permohonan tersebut segera anda boleh cuba untuk masuk ke web SPPB, tersebut tiada ada masaalah. Tetapi cuma anda perlu sabar sedikit kerana adakalanya terdapat sedikit masaalah teknikal. Itu adalah satu perkara yang biasa bila terdapat sesuatu perubahan dalam sistem apa jua pun.
Jikanya anda telah cuba sedaya upaya anda dan masih gagal juga untuk memasukan jumlah bayaran balik pinjaman daripada 360 bulan kepada 420 bulan anda boleh menghubungi bahagian Teknikal LPPSA untuk mendapatkan bantuan. Pihak teknikal LPPSA akan membantu anda untuk menyelesaikan masaalah anda.
Sebelum anda hubungi pihak Teknikal LPPSA anda perlu sediakan maklumat terlebih dahulu agar semasa pihak Teknikal LPPSA cuba membantu anda semua maklumat telah sedia ada dan pihak Teknikal boleh terus membantu anda tanpa membuang masa. Talian Teknikal yang boleh anda hubungi ialah 30-88802739/03-88802738. Sudah pasti anda akan dilayan dengan baik.