PEMAJU YANG TELAH MUFLIS
Pemaju yang telah muflis ialah pemaju yang gagal untuk menyiapkan projek yang diusahakan dan syarikat mempunyai hutang yang banyak sehingga gagal untuk menjelaskan hutang-hutang dan pihak mahkamah terpaksa menggulungkan Syarikat.
Apabila Pemaju Muflis maka sudah pasti projek yang diusahakan dahulu terbengkalai dan yang menjadi mangsa keadaan adalah pembeli. Ramai pembeli yang terpaksa membayar balik pinjaman walaupun rumah mereka tidak siap sepenuhnya atau terbengkalai. Perkara ini berlaku kerana pihak institusi kewangan atau pihak LPPSA telah mengeluarkan bayaran berperingkat kepada pemaju kerana Pendaftaran Hakmilik atau Surat Kuasa Wakil telah didaftarkan atas nama pembeli.
Apabila berlakunya keadaan ini kebiasaan pihak Kerajaan akan mengambil alih projek tersebut dan melantik pemaju yang perpotentsi dan berkemampuan untuk menyiapkan projek tersebut. Tapi sudah pasti, ianya akan memakan masa yang panjang kerana segala harta atau geran yang masih diatas nama Pemaju yang bermasaalah akan diurus takbir oleh Liquidator yang telah dilantik oleh pihak Mahkamah untuk menguruskan segala harta yang masih diatas nama pemaju yang muflis.
Urusan ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Liquidator akan melantik peguam untuk menguruskan segala dokumentasi bagi urusan pertukaran nama keatas pembeli. Sekiranya nama pembeli masih belum didaftarkan diatas Geran tersebut maka segala kos akan ditanggung oleh anda samaada kos yang dikenakan oleh peguam mahu pun pihak Liquidator.
Kebanyakan projek yang dimajukan oleh Pemaju ianya adalah diatas Geran Induk (Geran Besar) yang masih belum dipecahkan atas lot individu (Geran Strata). Jadi sekiranya pemaju itu muflis kesemua Geran yang telah di pecahkan kepada Geran Individu akan didaftarkan atas nama pemaju yang muflis terlebih dahulu.
Jadi pembeli terpaksa membuat urusan pindahmilik daripada Pemaju yang muflis. Sekiranya pembeli masih mempunyai hutang yang berbaki dengan bank maka proses Gadaian dengan pihak Bank pula perlu dilakukan. Prosesnya adalah sedikit rumit berbanding dengan pindahmilik yang biasa. Liquidator terpaksa mengambil alih tugas Syarikat yang muflis untuk menandatangani Borang 14A. Disini anda akan dikenakan Fi dan terpaksa membayar segala kos kos yang berkaitan kepada LIquidator. Pihak peguam juga akan mengenakan kos kepada anda iaitu kos perkhidmatan bagi Pindahmilik dan juga kos Gadaian jika anda masih mempunyai hutang dengan pihak bank.
Urusan akan menjadi lancar sekiranya segala dokumen lengkap, jika dokumen tidak lengkap misalnya Geran telah hilang maka urusan akan menjadi lebih sukar dan memakan masa yang lebih lama.