PELEPASAN GADAIAN
Pelepasan Gadaian bermakna harta tersebut telah bebas, dari hutang samaada anda menjelaskan kesemua bagi hutang ataupun ianya dijelaskan oleh pihak ketiga. Bagi Penjawat Awam yang telah menjelaskan pinjaman perumahan mereka selepas daripada tarikh 1/1/2016 dimana harta tersebut yang di gadaikan ke Ministry Of Finance Incorporated Malaysia maka akan terdapat sedikit perubahan prosedur bagi Pelepasan Gadaian. Ada dokumen tambahan yang perlu semasa pelepasan gadaian tersebut iaitu Borang 30A. Borang 30A ini ialah borang Perletakan Hak dimana dulunya Geran tersebut dicagarkan ke Ministry of Finance Incorporated Malaysia yang kini telah diambil alih oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Pada tahun sebelumnya Pelepasan Gadaian boleh dilakukan dengan pergi terus ke Pejabat Tanah atau Pejabat Tanah Dan Galian tetapi selepas Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di ambil alih oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) terdapat sedikit perbezaan dalam penyediaan dokumen pelepasan gadaian.
Anda sebagai tuan tanah perlu mendapatkan penyaksian peguam pada borang Melepaskan Gadaian (Borang 16N) telah yang ditandatangai oleh Pegawai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan kebiasaannya anda akan dikenakan fi penyaksikan sebanyak RM100.00 hingga RM150.00 dengan syarat anda sendiri yang akan menguruskan transaksi dengan Pejabat Tanah.
Pada awal pengambil alihan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Borang 16N dikenakan bayaran setem sebanyak RM10.00 tetapi sekarang tidak lagi. Borang tersebut hanya perlu dibawa ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk diendos Pengecualian diatas Borang 16N tersebut.
Setelah Borang 16N tersebut diendors oleh Lembaga Hasil dalam Negeri anda perlu membawa Borang 16N, berserta Borang 30A dengan Geran Asal, cukai Tanah terkini yang telah dijelaskan dan Kad Pengenalan ke Pejabat Tanah dimana Geran anda hendak didaftarkan bagi tujuan Pelepasan Gadaian.
Sekiranya anda tidak berapa pasti dan anda ingin memudahkan kerja anda, setelah anda menerima Geran atau Suratan Hakmilik anda daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) anda boleh lah terus melantik peguam untuk mengurus urusan Pelepasan Gadaian anda. Jangan lah anda sangka Fi peguam masih RM100.00 ke RM150.00 lagi. Tidak mungkin kerana kos berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pejabat Tanah perlu diambil kira.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.
January 4, 2021 @ 6:39 am
Adakah Borang 30A ini perlu disetemkan/dapatkan pengecualian penyeteman dari LHDN sebagaimana Borang 16N?. Terima kasih
January 5, 2021 @ 5:10 am
Borang 30A perlu ditandangan oleh peguam sebagai penyaksian dan borang 16N perlu mendapat disetemkan di LHDN
January 5, 2021 @ 5:52 am
Maaf, tiada di mana mana bahagian untuk ditandatangan oleh peguam. Hanya pihak LPPSA sahaja. Adakah Borang 30A juga perlu disetemkan di pejabat duti setem?
January 5, 2021 @ 6:07 am
30A tak perlu disetemkan hanya 16N sahaja…maaf Borang Perletakan itu tak perlu ditandatangan oleh peguam… Peguam hanya akan mengediakan Borang 30A tersebut semasa Klien ingin membuat pelepasan gadaian untuk mempercepatkan proses
June 24, 2021 @ 9:06 am
Adakah perlu ditandatangan oleh LPPSA Dan diisi
March 22, 2022 @ 3:30 pm
Saya telah selesai mendapatkan pembatalan gadaian dengan pejabat tanah dab telah menerima geran.Saya terlupa utk buat salinan surat pemulangan dokumen hak milik dan pelepasan gadian.Apakah saya kena beri maklumbalas kpd lppsa setelah saya menerima geran tersebut atau ada apa-apa dokumen yang perlu saya kemukakan kpd lppsa utk rekod.
Terima Kasih
January 5, 2021 @ 6:15 am
Terima kasih atas makluman. Adakah Borang 30A ini masih perlu didaftarkan bersama Borang 16N sekiranya penggadai di dalam geran telah dinyatakan sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan bukannya Minister of Finance atau Kerajaan Malaysia atau lain lain selain LPPSA?
January 5, 2021 @ 6:19 am
Ya, didaftarkan sekali dengan 16N, Kad Pengenalan dan Cukai terkini yang telah dijelaskan
February 7, 2021 @ 1:41 am
Assalamualikum,
Adalah dimaklumkan bahawa pinjaman perumahan saya telah selesai sepenuhnya pada bulan Jun 2020.
Sehubungan dengan itu, sehingga kini saya masih lagi belum menerima Geran asal.
February 7, 2021 @ 1:48 am
Ada dua pilihan yang tuan boleh lakukan…menulis kepada eticket ppsa maklumkan bahawa pinjaman tuan telah selesai dan mohon pihak lppsa majukan kepada tuan untuk urusan pelepasan gadaian atau melantik peguam untuk urusan tersebut. Biasanya kos peguam dalam RM1K kebawah sahaja
March 22, 2022 @ 3:43 pm
Saya telah selesai mendapatkan pembatalan gadaian dengan pejabat tanah dab telah menerima geran.Saya terlupa utk buat salinan surat pemulangan dokumen hak milik dan pelepasan gadian.Apakah saya kena beri maklumbalas kpd lppsa setelah saya menerima geran tersebut atau ada apa-apa dokumen yang perlu saya kemukakan kpd lppsa utk rekod.
Terima Kasih
April 13, 2022 @ 8:52 am
tak perlu puan
March 18, 2021 @ 2:17 am
Saya sudah dapat Borang 30A daripada LPPSA. Adakah saya hendak menulis nama saya dan alamat saya di perenggan 3? Ada apa informasi yang perlu diisikan?
March 23, 2021 @ 4:11 pm
Tak perlu
August 11, 2021 @ 8:32 am
Merujuk perenggan 3 didalam Borang 30A, informasi apa yang perlu saya nyatakan? Atau saya perlu biarkan kosong shj dan tiada apa2 masalahkah pabila saya melakukan pendaftaran di pejabat tanah nanti? Sehubungan dgn itu, semasa ingin membuat pendaftaran adakah saya perlu sertakan Borang 3A beserta salinan Perintah LPPSA (Tarikh Peletakhakan) 2015? Sekian terima kasih
August 22, 2021 @ 8:33 am
Maaf lambat balas…perlu perletakan hak tersebut
June 24, 2021 @ 8:56 am
Hi adakah borang 30A perlu ditandatangan oleh pegawai di LPPSA atau Tidak perlu Dan hanya dilampirkan sahaja dengan 16N
June 27, 2021 @ 4:13 am
Pegawai lppsa perlu tandatangan 30A sekiranya tuan dulu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan BPP. Sekira Pemegang Gadaian ialah LPPSA maka borang 30A tidak diperlukan dan borang Melepaskan gadaian sahaja yang perlu semasa melepaskan Gadaian.
August 31, 2021 @ 4:02 am
Hi. Saya ada persoalan. Dulu saya buat pinjaman perumahan dengan BPP bagi tujuan pembiayaan pembinaan rumah di kelantan. saya telah buat penyelesaian dengan LPPSA pada bln 9 tahun 2019. Borang 16N dan Borang 30A telah didaftarkan di Pejabat Tanah pada bulan Februari 2020. Saya dikenakan bayaran. Tapi saya dimaklumkan bahawa sekarang LPPSA tidak akan bayar semula fi yang telah dibayar ke pejabat tanah. Adakah PTG Kelantan tidak mengecualikan bayaran sedangkan di rakan saya di KL tidak perlu membayar borang 30A tersebut. Terima kasih.
September 16, 2021 @ 11:31 pm
Setiap negeri berbeza jumlah bayaran dikenakan untuk setiap transaksi