SOALAN : PEGUAM YANG DILANTIK PEMAJU BELUM MENJADI PENAL LPPSA
Tidak menjadi masaalah jika sekiranya Peguam yang dilantik Pemaju belum menjadi Penal LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) kerana
- Berkemungkinan permohonan sebagai panel telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hanya belum mendapat perlantikan secara resmi sahaja.
- Jika anda membeli rumah dengan pihak pemaju dan pemaju itu sendiri yang melantik peguam ini bermakna pemaju telah tahu akan status peguam tersebut. Pada pendapat saya pemaju tidak akan melantik peguam yang tidak dikenali atau yang tidak biasa berurusan dan pihaknya untuk menjadi peguam mereka. Jadi anda tidak perlu khuatir.
Sebagai Pemaju, sudah pasti mereka ingin mendapat bayaran dari penjualan harta dengan segera untuk menampung kos mereka. Jika lambat pinjaman diproses maka lambatlah mereka menerima bayaran. Sekiranya memang benar pemaju yang melantik peguam tersebut maka anda tidak perlu risau kerana masaalah ini timbul bukan dari pihak anda.
Apa yang anda harus pastikan ialah bilakah dokumentasi anda diproses. Catit akan tarikhnya. Supaya anda tidak dikenakan diatas sebarang denda kelewatan, kerana kelewatan ini bukan dari pihak anda. Walaubagaimana pun jika pihak pemaju yang membayar kos peguam bagi pindahmilik dan pinjaman maka anda tidak perlu risau tentang sebarang kelewatan.
Diatas, saya ada nyatakan tentang kos peguam bagi urusan pindakmilik dan kos peguam untuk pinjaman. Bagi tujuan pembelian rumah atau harta ada dua urusan yang perlu dilengkapkan oleh peguam. Iaitu urusan pindahmilik dan pinjaman. Sekarang saya terangkan apa dia kos pindahmilik. Kos pindahmilik adalah urusan yang berkisar mengenai pindahmilik tanah seperti yang nyatanyakan dibawah ini :
i) menyediakan perjanjian jualbeli dan penyeteman perjanjian jualbeli, menguruskan kebenaran pindahmilik (MB Consent)
ii) menyediakan borang pindahmilik 14A dan membuat Ajudikasi dengan pihak Lembaga Hasil dalam Negeri
iii) mendaftarkan nama anda sebagai pemilik yang baru bagi harta tersebut di Pejabat Tanah
Manakala kos peguam bagi pinjaman pula adalah melibatkan urusan seperti berikut :-
i) menguruskan pinjaman pembeli, menyediakan dokumen pinjaman samaada pemebli membuat pinjaman dengan bank atau pun dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
ii) menyediakan dokumen sekuriti dan gadaian untuk di Ajudikasi di Lembaga Hasil dalam Negeri
Teruskan membaca enteri saya yang seterusnya untuk mendapat gambaran serta maklumat serba sedikit tentang proses penjualan/pembelian harta anda.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan sila komen diruangan komen, saya akan cuba menjawap soalan anda dengan segera. Terima kasih semuga memberi manafaat.
October 10, 2021 @ 8:04 pm
Pada tahun 2012, arwah suami saya telah membeli 1 unit pangsapuri di JB. Rumah tersebut dibayar secara berperingkat (4X Bayar) telah dipersetujui kedua pihak tetapi arwah suami saya hanya dapat membuat bayaran utk pembayaran yg pertama shj. Setelah itu arwah suami saya meninggal dunia. Utk pengetahuan projek rumah tersebut didapati terbengkalai selama 6 tahun. Jadi soalan saya, apa yg perlu saya lakukan utk mendapatkan rumah tersebut & adakah saya dikenakan bayaran utk rumah tersebut?? Sila jelaskan & terangkan. Terima kasih
October 18, 2021 @ 8:43 am
Ada kan suami puan membuat pinjaman perumahan dengan mana mana pihak. Kalau sekiranya ada puan dapatkan kelulusan pinjaman tersebut. Jika tidak puan perlu dapatkan Perjanjian Jualbeli untuk membuktikan bahawa ada pembelian dibuat dan jugak dapatkan resit bayaran kepada pihak yang berkenaan. Jika semua tersebut ada puan boleh berjumpa dengan dengan peguam yang menguruskan pembelian tersebut