Melantik peguam panel LPPSA adalah perkara utama yang perlu dilakukan peminjam sebelum memulakan permohonan pinjaman. Melantik peguam kini boleh dilakukan didalam talian dengan memilih senarai yang terdapat dalam link berikut http://www.lppsa.gov.my/v2/senarai-peguam-berdaftar/
Jadi tidak menjadi masaalah kepada peminjam untuk memilih peguam panel yang berpengalaman dan mahir kerana peguam yang tersenarai merupakan firma guaman dari seluruh Malaysia yang telah dikenal pasti oleh LPPSA yang mampu untuk menguruskan segala dokumentasi LPPSA. Sudah pasti mereka yang tersenarai ini merupakan firma guaman yang berpengalaman dan mahir dalam urusan pembiayaan.
Salah satu sebab mengapa pihak LPPSA melantik panel peguan untuk urusan penyediaan dokumen adalah untuk mengelak pihak peguam yang kurang mahir dalam menguruskan dokuemntasi dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Dimana permohonan peminjam mengalami kelambatan dalam kelulusan kerana dokumentasi yang tidak lengkap, kerana semua sedia maklum bahawa setiap jenis pinjaman memerlukan dokumen serta syarat permohonan dan prosedur yang berbeza.
Antara perkara yang akan dilakukan oleh pihak peguam ialah
- Memberi nasihat mengenai perundangan kepada anak guam
- Menyediakan perjanjian jual beli dan dokumentasi pindahmilik
- Memastikan perjanjian jual beli melindungi kepentingan anak guam
- Memastikan semua dokumen mengikut prosedur sebelum perjanjian ditandatangani
- Menguruskan urusan permohonan kebenaran pindah milik dan kebenaran gadaian jika ada
- Menguruskan proses pelepasan gadaian jika ada
- Menguruskan urusan pindah milik hartanah daripada penjual kepada pembeli
- Menguruskan pinjaman
- Memberi nasihat mengenai dengan urusan pinjaman dan gadaian
- Menguruskan urusan gadaian
- Menguruskan urusan adjudikasi
- Memastikan harga jual beli adalah seperti di dalam perjanjian jual beli
- Memastikan penyerahan hakmilik seperti yang terdapat di dalam perjanjian jual beli
- Mamastikan bayaran harga jual beli yang dibuat oleh sepenuhnya sebelum boleh pindahmilik harta dilakukan
- Dan lain-lain kerja yang berkaitan dan bersangkutan dengan urusan jual beli sesuatu hartanah
Jadi peminjam tidak perlu ragu sekiranya anda perurusan dengan peguam kerana mereka telah di kenalpasti mampu untuk memberi khdimat yang terbaik kepada anda.
Sekiranya anda ingin sedang mencari rumah anda boleh klik link ini https://listing.pinjamanperumahanlppsa.com