NILAI PASARAN HARTA (PINJAMAN LPPSA)
Tahukah anda apa itu NILAI PASARAN HARTA? Nilai Pasaran adalah nilai harga semasa (pasaran) bagi sesebuah harta pada masa ianya dinilai. Bagi pinjaman LPPSA Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) telah diberi mandat untuk menilai harga pasaran bagi setiap harta yang hendak dibeli oleh peminjam.
Apa yang mempengaruhi NILAI PASARAN HARTA? Sebenarnya banyak faktor yang akan mempenyaruhi nilaian pasaran sesebuah harta. Kedudukan atau lokasi sesebuah premies, kemudahan infra struktur, pembangunan, keadaan fizikal sesebuah rumah, keluasan dan beberapa faktor lain.
Tujuan harta di nilai harga pasaran. Secara lojiknya apabila LPPSA telah dilantik bagi mengurus takbir pembiayaan pinjaman perumahan, maka adalah menjadi tanggungjawap LPPSA memastikan bahawa pembiayaan yang diberikan tidak akan merugikan pihak LPPSA. Oleh itu LPPSA akan memastikan bahawa nilaian harta yang diberi kemudahan pinjaman adalah sama nilainya atau lebih dari jumlah pinjaman yang dipohon.
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) telah diberi kuasa sepenuhnya oleh LPPSA untuk menjadi perantaraan bagi menentukan nilaian sesebuah harta yang ingin dibeli oleh peminjam dan juga menilai harga rumah bagi mereka yang ingin membuat pinjaman pembinaan.
Bagaimana sesebuah harta tersebut di NILAI HARGA PASARANYA? Peminjam perlu mengisi Boang 1 yang telah ditandatangani oleh peminjam dan disahkan oleh majikan dan menyertakan dokumen sokongan seperti Geran, Perjanjian Jualbeli dan juga pelan Pembinaan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Tempatan bagi mereka yang ingin memohon pinjaman untuk pembinaan.
Setelah pihak JPPH menerima borang permohoan peminjam, pihak JPPH akan memproses permohonan tersebut dengan melawat ke premis yang hendak dibeli bagi penjualan rumah (sub-sale) dan juga menilai pelan pembinaan yang dibekalkan bagi mereka yang ingin membuat pinjaman Pembinaan. Setelah menilai harga pasaran bagi harta tersebut, pihak JPPH akan memaklumkan kepada LPPSA nilai pasaran bagi harta yang telah dinilai.
Setelah pihak LPPSA menerima lapuran nilaian dari JPPH, LPPSA akan memproses permohonan peminjam tersebut dengan mengambil kira krateria-krateria lain seperti kelayakan pinjaman dan juga akan memastikan bahawa potongan pinjaman adalah tidak melebihi daripada 60% dari gaji peminjam. Sekiranya peminjam dapat memenuhi kesemua krateria yang tersebut diatas maka permohonan akan diluluskan.