42 Comments

  1. Azizi Zakaria
    June 22, 2019 @ 12:59 am

    Sy sudah membeli rumah menggunakan pinjaman lppsa. Sekarang sy sudah bankrup. .sy telah pergi ke insolvensi dan mereka mengatakan rumah sy akan di lelong oleh lppsa.

    Apa yg patut sy lakukan?

    Reply

    • Admin LPPSA
      June 22, 2019 @ 4:55 am

      Tidak banyak yang tuan boleh lakukan mengenai rumah itu kerana sebagai pemegang gadaian pihak LPPSA berbuat demikian untuk mendapat balik hutang mereka.
      Sekira nya tuan ada pembeli atau saudara terdekat yang berminat untuk membeli rumah tuan tersebut tuan boleh menghubungi pihak LPPSA untuk berbincang.
      Segala baki lebihan jualan rumah tersebut akan ditadbirkan oleh pihak insovelsi untuk membayar hutang pihak tuan.

      Reply

      • Amran
        November 8, 2020 @ 12:33 pm

        Salam, soalan Saya..adakah selepas 5 tahun status bankrup boleh terhapus atau perlu semula pergi ke insolvensi untuk rayuan dan boleh kah acc 2 kwsp diambil pada umur genap 50 tahun tapi masih status bankrup

        Reply

        • Admin LPPSA
          November 9, 2020 @ 7:48 am

          Selagi hutang belum dijelaskan mengikut yang ditetapkan oleh pihak Insolvensi selagi itu status tersebut akan wujud. Pengeluaran KWSP boleh dibuat bila tuan mencapai 50 tahun

          Reply

  2. Ronny Kopit
    January 23, 2020 @ 1:51 pm

    Saya telah mendapat pinjmanan perumahan dengan LPPA dan telah mula membuat bayaran balik bulanan lebih kurang 1 tahun sebelum bersara pilihan pada bulan Mac 2018 dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun. Pada masa ini, potongan bulanan bayaran balik tersebut dibuat melalui pencen bulanan saya. Saya sedang berhadapan prosiding kebankrapan sekarang. Selepas diistiharkan bankrap dan jika mendapat kelulusan Jab. Insolvensi, bolehkah bayaran tersebut diteruskan melalui potongan pencen bulanan saya tanpa melelong rumah berkenaan.

    Reply

  3. Ronny Kopit
    January 23, 2020 @ 2:18 pm

    Saya telah mendapat pinjmanan perumahan dengan LPPA dan telah mula membuat bayaran balik bulanan lebih kurang 1 tahun sebelum bersara pilihan pada bulan Mac 2018 dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun. Pada masa ini, potongan bulanan bayaran balik tersebut dibuat melalui pencen bulanan saya. Saya sedang berhadapan prosiding kebankrapan sekarang. Selepas diistiharkan bankrap dan jika mendapat kelulusan Jab. Insolvensi, bolehkah bayaran tersebut diteruskan melalui potongan pencen bulanan saya tanpa melelong rumah berkenaan.

    Reply

    • Admin LPPSA
      January 24, 2020 @ 6:41 am

      Keputusan samaada rumah tersebut boleh dibuat pemotongan melalui pencen terserah kepada pihak LPPSA kerana LPPSA merupakan pemegang Gadaian bagi harta tersebut.

      Seorang yang diistiharkan bankrup semua harta yang dimiliki oleh beliau samaada harta alih atau harta tidak alih akan dipantau oleh Jabatan Insolvensi, walaupun individu tersebut mempunyai harta yang telah bebas hutang.

      Reply

  4. Ronny Kopit
    January 24, 2020 @ 8:29 am

    Terima kasih di atas penjelasan LPPSA itu.

    Adakah ini bermakna, saya boleh memohon kepada LPPSA dan mempunyai peluang diluluskan untuk meneruskan bayaran ansuran bulanan pinjaman tersebut melalui pencen bulanan saya.

    Jabatan Insolvensi sebagai pentadbir harta termasuk pencen bulanan saya juga harus tidak mempunyai halangan mengenai perkara ini.

    Reply

  5. Azlin
    June 30, 2020 @ 9:59 am

    Tuan, mohon bantuan. Suami saya seorang bankrupt dan mempunyai kwsp dan saya pula seorang suri rumah. Saya ada baca yang kita boleh keluarkan KWSP acc 2 untuk pembelian rumah. Adakah boleh seorang bankrupt menggunakan acc2 kwsp utk membeli rumah kepada isteri dan anak-anaknya.?.Mohon bantuan tuan untuk menjawab. T. Kasih

    Reply

    • Admin LPPSA
      June 30, 2020 @ 2:22 pm

      Pengeluaran akaun 2 KWSP adalah dibenarkan apabila syarat-syarat dipenuhi. Salah satu syarat untuk melayakan pinjaman ialah nama pemilih akaun KWSP perlu ada dalam geran.
      Memandangkan suami puan adalah seorang yang muflis sebagaimana yang puan maklumkan maka suami puan tidak layak untuk memiliki harta dan ini bermakna suami puan tidak layak untuk membuat pengeluaran KWSP.

      Reply

  6. Siti
    July 4, 2020 @ 9:12 am

    Suami merupakan penama kedua rumah tetapi bayaran bulanan rumah adalah potongan gaji isteri.. jika suami diisytiharkan bankrup adakah rumah akan dilelong..

    Reply

    • Admin LPPSA
      July 20, 2020 @ 1:12 pm

      Seorang yang diistiharkan bangkrap segala harta yang dimilikinya akan dibekukan oleh Jabatan Insolvensi. Harta dibawah nama seorang bangkrap tidak boleh dipindahmilikan tanpa mendapat persetujuan dari pihak insolvensi. Sekiranya puan telah telah membayar sepenuhnya pinjaman sekalipun, nama suami puan masih ada dalam geran tersebut. Sekiranya suami puan masih berstatus bangkrap beliau tidak layak menjadi pemilik kepada harta tersebut walaupun geran nama beliau. Puan perlu membeli bahagian suami puan mengikut harga pasaran dan bayaran tersebut perlu dibayar kepada pihak Insolvensi.

      Reply

      • Noorhany Binti Sani@Senin
        September 1, 2021 @ 4:28 pm

        Salam admin LPPSA, kes saya sama seperti Puan Siti. Saya yg mmbyr pinjmn perumhn tersebut dan geran terdpt nama bekas suami yg bankrupt. Bagaimana cara sy untuk hbgi pihak insolvensi sekiranya terpaksa membayar n mmbeli bhgian bekas suami?

        Reply

        • Admin LPPSA
          September 3, 2021 @ 4:24 am

          Puan boleh hubungi insolvensi yang paling hampir dengan kediaman puan pihak insolvensi akan memberi maklumat yang dikehendaki

          Reply

  7. salwa
    September 17, 2020 @ 3:02 pm

    Aslkum. Mohon pertanyaan, sy ad membeli tanah dr penjual menerusi surat aku janji jual beli dan juga penyaksian telah dibuat di pejabat tanah pada tahun 2016. Namun sy tidak berkesempatan untuk memindah milik kerana geran tersebut telah di dapati hilang (dlm simpanan peguam) dan baru2 ini geran tersebut telah di jumpai dan sy mahu memindah milik nama tetapi telah disekat (kaveat insolvensi) di dapati penjual tersebut baru sahaja didapati bangkrap pada tahun ini.
    Persoalan. Adakah peluang saya dpt memiliki tanah tersebut? Kerana penyaksian dan surat aku janji telah dibuat pada 2016(4 tahun lepas sebelum penjual bangkrap)

    Reply

    • Admin LPPSA
      September 20, 2020 @ 2:59 am

      Waalaikumsalam….Adakah puan telah membayar keseluruhan harga jualbeli kepada penjual tersebut. Sekiranya semua bayaran telah dibuat, puan boleh merujuk kepada pihak Insolvensi dan kemukakan bukti kepada pihak Insolvesi.

      Sekiranya puan belum membuat bayaran sepenuhnya puan juga boleh berjumpa dengan pihak insolvensi maklumkan hasrat puan untuk membeli tanah tersebut kerana penjual kini tidak hak lagi terhadap tanah tersebut kerana semua urusan yang melibatkan harta mereka yang muflis ini di urustakbir oleh Jabatan Insolvensi.

      Peluang puan untuk mendapatkan tanah tersebut mungkin ada sekiranya puan dapat meyakinkan pihak Insolvesi dalam perkara ini.

      Reply

  8. timah
    October 1, 2020 @ 4:25 am

    sekiranya pernah muflis tapi nama telah clear dari status muflis, boleh ke seseorang itu membeli rumah di bawah LPPSA.

    Reply

    • Admin LPPSA
      October 7, 2020 @ 8:01 am

      Jika nama telah bersih maka anda layak untuk membuat pinjaman LPPSA

      Reply

  9. Nolie
    October 17, 2020 @ 5:32 am

    Saya dan bekas suami ada membeli rumah pinjaman lppsa ( join loan). Bekas suami tidak bayar dan kini Saya dalam proses mengambil alih rumah tersebut .. pihak peguam ada menyatakan seseorang yang bankrap xboleh jual rumah. Dalam isu ini saya sebagai bekas isteri Ingin mengambil bahagian loannya itu. Bekas suami pun bersetuju kerana dia kini tidak bekerja dan tidak ada punca pendapatan . Bekas suami Saya tidak bekerja dan tidak mampu untuk membayar balik pinjaman bank (pinjaman peribadi) yg menyebabkan dia bankrap. Pihak peguam menyatakan Saya perlu selesaikan hutang pinjaman bank yang menyebabkan bekas suami bankrap namun bagi saya tidak wajar jika Saya yang perlu selesaikan pinjaman peribadi bekas suami Saya itu . Mohon panduan dan nasihat Apa cara untuk Saya ambil alih rumah tersebut kerana Saya dah Cuba jual rumah tersebut namun Apabila pembeli tahu status bekas suami banrap, mereka x jadi beli . Kini rumah tersebut dalam proses lelong lppsa namun masih tiada pembeli . Saya buat keputusan untuk mengambil bahagian bekas suami .

    Bolehkah seseorang yang bankrap Menandatangani S&P (untuk menjual bahagian loannya) jika Saya mengambil alih bahagian pinjaman rumah Memandangkan rumah kini dilelong oleh pihak lppsa.

    Reply

    • Admin LPPSA
      October 19, 2020 @ 1:09 pm

      Memang benar seorang yang bankrup tidak boleh menjual rumah. Namum sekiranya pembelian atau penjualan dibuat dengan kebenaran Insolvensi ianya tiada masaalah. Puan boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi untuk tujuan pembelian tersebut. Insolvensi yang mentadbir serta mengurus segala harta yang dimiliki oleh mereka yang bankrup. Puan perlu membeli bahagian bekas suami puan mengikut harga semasa kini dengan kebenaran dari pihak Insolvensi dan wang perolehan tersebut akan diserahkan kepada pihak Insolvensi

      Reply

  10. Anah
    December 22, 2020 @ 11:19 am

    Saya dan bekas suami mempunyai pinjaman dengan LPPSA (join loan, saya 60% & bekas suami 40%). Saya telah memohon untuk mengambil alih pinjaman bekas suami memandangkan dia suda tidak bekerja dgn kerajaan(di berhentikan) dan permohonan saya telah diluluskan pada bulan September, saya juga telah memperolehi perintah mahkamah (16.03.2020) hak keatas rumah tersebut. Masalah saya kini, apa bila dalam proses akhir dokumentasi oleh pihak peguam bagi pindah hak milik, peguam saya mendapati bekas suami telah di isytiharkan muflis (25.03.2020) dan pihak peguam mengatakan saya tidak boleh memindah milik rumah tersebut.
    Persoalan saya :
    1. Bagaimana dengan permohonan saya yg telah diluluskan oleh pihak LPPSA bagi pengambilalihan pinjaman bekas suami saya? Ini adalah kerana pihak peguam saya menyatakan saya x boleh meneruskan proses pengambilalihan pinjaman bekas suami.
    2. Apakah cara / yang perlu saya lakukan untuk saya mendapatkan rumah tersebut?

    Reply

    • Admin LPPSA
      December 22, 2020 @ 12:20 pm

      Apa yang perlu puan buat ialah puan berhubung dengan jabatan Insolvesi terlebih dahulu untuk perkara ini. Insyaallah jabatan Insolvensi akan membantu.

      Pada pandangan saya masaalah puan tidaklah sukar sangat dan yakin pihak akan memberi kelulusan untuk pindahmilik tersebut sebagai pemegang gadaian kerana pihak Insolvensi akan berhubung dengan LPPSA kelak.

      Reply

  11. Puan siti
    December 30, 2020 @ 4:28 am

    Suami sy beli rumah melalui pnjam lppsa
    Skrg suami sy bankup…dan rumah kami akan dilelong…tpi setiap bulan lppsa maseh potong duit rumah melalui pencen suami smpai ke hari ni…kenapa surat dari peguam lppsa yg di beri mngatakan suami sy gagal mmbayar dan myebab kan tunggakan…

    Reply

    • Admin LPPSA
      January 1, 2021 @ 12:11 pm

      Apabila seseorang telah bangkrap segala hartanya akan dibekukan. Pihak LPPSA sebagai penerima gadaian berhak untuk mengambil balik harta tersebut daripada peminjam.

      Sekiranya puan mampu untuk membeli harta tersebut puan boleh berhubung dengan pihak Insolvensi dan LPPSA tentang perkara itu.

      Reply

  12. Mr s
    February 10, 2021 @ 1:01 pm

    Assalamualaikum.. Saya berstatus bankrup.. Admin saya nak bertanya sya ada tanah pusaka dan setiap adik beradik saya mempunyai nama di geran tersebut.. Mksdnya 1 geran 4 nama.. Adik beradik yang lain ingin menjual tanah tersebut sedangkan nama saya ada di geran tersebut.. Bolehkah menjual tanah tersebut ?? Dan apakah langkah² yang perlu saya ambil sebagai seorang yang bankrup untuk membantu ahli keluarga yang lain bagi proses penjualan tanah berjalan dgn lancar.. Tq

    Reply

    • Admin LPPSA
      February 13, 2021 @ 3:29 pm

      Adik beradik tuan boleh menjual bahagian mereka. Untuk bahagian tuan, tuan perlu merujuk kepada Jabatan Insolvensi untuk tujuan penjualan dan hasil jualan bahagian tuan akan di urus takbir oleh Jabatan Insolvensi

      Reply

  13. Rose clement
    April 20, 2021 @ 12:22 pm

    Rumah pindah milik atas dasar kasih sayang drp emak.tiada melibatkan hutang dibank.dan rumahbserta tanah tersebutbadalah satu²nya rumah kediaman.Jika berlaku kebankrapan adakah rumah milik akan terjejas?

    Reply

    • Admin LPPSA
      April 20, 2021 @ 12:51 pm

      Bila berlaku kebankrupan semua harta milik mereka yang bankrup akan terjejas…ianya akan dibekukan sehingga status bankrup dibersihkan

      Reply

  14. Hamba Allah
    April 26, 2021 @ 8:58 am

    Suami saya telah membuat pinjaman lppsa pd tahun 2009 dan kini tahun 2021 beliau diistiyhar bankrup kerana gagal melunaskan pinjaman peribadi. Bolehkah anak beliau membeli rumah tersebut dengan membayar baki pinjaman perumahan sediaada atau membeli rumah tersebut mengikut kadar semasa. Tolong bantu saya kerana saya amat buntu ketika ini.

    Reply

    • Admin LPPSA
      May 17, 2021 @ 11:08 am

      Anak beliau boleh membeli rumah tersebut dengan syarat mendapat kebenaran dari LPPSA. Sekiranya pihak LPPSA membenarkan anak beliau untuk membeli rumah tersebut, anak beliau perlu membuat pinjaman lain dan tidak boleh membayar secara ansuran seperti sekarang ini.

      Reply

  15. FAUZIAH LEE
    May 4, 2021 @ 12:58 am

    Saya mempunyai pinjaman perumahan Lppsa dan saya berstatus bankrup. Baru-baru ini rumah tersebut mendapat notis akan dilelongkan. Bagaimana untuk saya mendapatkan status lelongan samada berjaya atau tidak dilelongkan. Adakah saya berhak untuk mendapatkan maklumat jumlah lelongan dan adakah baki lelongan secara automatik akan disalurkan ke pihak insolvensi?

    Reply

    • Admin LPPSA
      May 17, 2021 @ 10:51 am

      Kebiasaan nya pemilih akan dimaklumkan sekiranya harta tersebut telah berjaya mendapat pembeli. Sekiranya tuan inginkan kepastian tuan boleh menulis kepada LPPSA melalui e tiket nyatakan butiran pinjaman dan maklumkan bahawa tuan ingin mendapatkan segala maklumat penjualan tersebut.

      Reply

  16. azhar
    October 2, 2021 @ 6:08 am

    Salam Sejahtera Admin..
    saya dlm prosiding bangkrap dan belum diistihar bangkrap. Boleh kah saya menjual rumah yang masih ada loan dgn lppsa kepada seorang saudara agar hasil jualan nya boleh digunakan untuk membayar hutang. Andai nnt saya diistihar bangkrap adakah rumah yang telah bertukar milik itu di rampas oleh Jab Isolvensi.

    Reply

    • Admin LPPSA
      October 18, 2021 @ 8:23 am

      Jika ada pembeli yang betul betul berminat….tuan boleh berhubung dengan LPPSA dan maklumkan bahawa ada saudara tuan yang ingin membeli rumah tersebut. Jabatan Insolvensi akan bekukan semua harta milik tuan selagi tuan tidak membayar semua hutang yang dituntut..rumah tersebut akan dilelong untuk membqyar balik hutang tersebut… awak msg 0104043351

      Reply

  17. Azie
    October 14, 2021 @ 9:02 pm

    Tuan/puan,
    Suami sy peminjam LPPSA tp telah tamat perkhidmatan. Nama sy juga ada dlm SNP rmh tersebut tp bkn joint loan. Rumah bakal dilelong utk kali ke 3. Sy penjawat awam & masih berkhidmat. Baru membuat pinjaman LPPSA. Slps pinjaman LPPSA sy diluluskan, baru sy tau sy telah disenaraihitamkan & nama di bwh CTOS kerana loan LPPSA suami sy. Sy nk tnya, sekiranya suami diisytiharkan bankrap, adakah sy juga diisytiharkan bankrap & bagaimana dgn aset2 atas nama sy. Terima kasih..

    Reply

    • Admin LPPSA
      October 18, 2021 @ 8:11 am

      Puan tidak terlibat…harta yang dilelongkan itu sahaja yang terlibat….cuma jika ada beza hutang nanti mungkin puan akan di senarai hitamkan

      Reply

  18. Han
    November 28, 2021 @ 2:00 am

    Tuan, suami saya berstatus bangkrap sejak 6 tahun lalu. Saya pula baru saja diluluskan permohonan loan rumah LPPSA (loan atas nama saya saja). Saya bercadang ingin meletakkan nama suami sy di dalam SNP rumah bagi membolehkan sy mengeluarkan wang KWSP akaun 2 suami. Boleh kah sy melakukan perkara itu?

    Reply

    • Admin LPPSA
      November 29, 2021 @ 4:21 am

      Maaf…tak boleh tuan.

      Reply

  19. Honey
    February 13, 2022 @ 10:28 am

    Tuan,saya dan suami adalah pegawai kerajaan.Dan kami telah buat pinjaman bersama lppsa utk beli sebuah rmh yg kami duduki sejak thn 2017 utk tempoh 25 tahun.Rumah ini adalah pinjaman kedua saya,dan suami pinjaman pertama.Pada tahun 2021,suami saya telah diisytiharkan bankrap.Pada bulan Januari 2022,potongan pinjaman lppsa dlm slip gaji suami saya telah dihentikan dan belum menerima apa2 surat drpd lppsa.Bagaimanapun,potongan pinjaman lppsa dlm slip gaji saya masih sprti biasa.Dalam keadaan sekarang,ADAKAH RUMAH YG SEDANG KAMI DUDUKI INI AKAN DILELONG DISEBABKAN STATUS BANKRAP SUAMI SAYA?SEKIRANYA AKAN DILELONG, APAKAH TINDAKAN YG PERLU SAYA LAKUKAN UTK MEMASTIKAN RUMAH INI TIDAK DILELONG DAN KEKAL JADI MILIK SAYA.TOLONG SAYA.

    Reply

    • Admin LPPSA
      February 27, 2022 @ 2:54 am

      Ada tengah kes pihak lppsa akan minta rumah tersebut dikosongkan. Sebelum tindakan tersebut dibuat oleh lppsa dicadangkan pihak puan membeli bahagian suami puan sama ada secara tunai atau secara refinance melalui pinjaman bank.

      boleh WA 0104043351

      Reply

  20. Ruzita
    April 21, 2022 @ 9:56 am

    Tuan,
    Sya ada buat pinjaman rumah dngn LPPSA.Saya dan exsuami buat joint loan dngan LPPSA. Sekrg rumah itu hendak dilelong disebabkan exsuami tidak membayar pinjaman dan tidak bekerja.
    Exsuami telah diisyitihar muflis kerana byk hutang tidak berbayar.

    Masalahnya sekrg,saya hendak membeli rumah tersebut tapi exsuami tidak mahu turunkan tandatangannya dan saya mahu buat pindahmilik.

    Bagaimana cara penyelesaiannya…?
    Terima kasih

    Reply

    • Admin LPPSA
      May 17, 2022 @ 2:00 pm

      langkah yang perlu puan ambil ialah memaklumkan kepada LPPSA bahawa puan bersedia untuk membeli bahagian x puan itu. Maklumkan keenggan x puan dan kepilkan bukti dan butiran kepada LPPSA. Maklumkan melalui etiket. Untuk makluman puan sekiranya seseorang tersebut telah bankrup semua harta diatas harta yang nama beliau akan diurus selia oleh insolvensi tidak lagi x puan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *