MENGISI BORANG LMS (ONLINE LPPSA)
Sistem permohonan online LPPSA SPBB telah ditutup secara resminya pada 1/4/2019 dan ianya digantikan oleh sistem LMS yang bertujuan untuk mempercepatkan pemprosesan pinjaman pemohon. Sebenarnya tidak terdapat banyak perubahan bagi sistem ini berbanding dengan sistem SPBB yang lalu. Dimana permohon masih perlu mengisi butiran peribadi, maklumat keluarga, butiran harta dan juga pemilihan insuran.
Sistem LMS ini lebih menitik beratkan kepada maklumat sulit atau peribadi peminjam agar tidak disalah gunakan oleh pihak ketiga. Hanya peminjam yang berdaftar sahaja yang boleh akses ke sistem ini. Terdapat ciri-ciri keselamatan pada sistem ini , peminjam perlu mendapatkan no OTP yang akan dihantarkan ke nombor talipon yang telah didaftarkan dengan LMS. Peminjam juga perlu menggunakan email anda sendiri anda TIDAK boleh berkongsi email dengan orang lain dimana alamat email anda hanya boleh di daftarkan sekali sahaja dalam sistem LMS ini.
Walaupun sekarang kita telah didedahkan dengan teknologi terkini masih ramai yang tidak mempunyai alamat email sendiri. Jika ada yang mempunyai email sendiri ramai yang telah lupa akan kata laluan nya dan ini menyebabkan email tersebut tidak boleh digunapakai. Bila ini berlaku perkara ini akan menimbulkan masaalah kerana anda tidak boleh membuka akaun email anda. Oleh itu jadi adalah dinasihatkan anda supaya mencipta alamat email anda sendiri dan jangan sesekali anda lupa akan kata laluan nya. Ianya amat berguna pada masa yang akan datang kerana dokumentasi sekarang ini semuanya adalah melalui pautan email. Ramai yang mempunyai email tetapi lupa akan password kerana ianya hanya digunakan untuk membuka akaun Facebook, Instagram, Twitter dan lain lain dan tidak dimanafaatkan untuk tujuan komunikasi dan maklumat.
Kini anda tidak boleh memberi alasan anda tidak mempunyai alamat email atau anda sudah lupa akan kata laluan email anda jika anda ingin membuat pinjaman dengan LPPSA. Anda perlu mencipta email yang baru dan pastikan anda menghafal akan alamat email anda INGAT akan ID dan kata laluan anda….perkara ini adalah wajib untuk anda akses ke akaun email anda.
Ok….setelah anda mendaftar dengan LMS dan baru lah anda boleh untuk akses ke sistem LMS. Anda perlu mengisi segala butiran yang lengkap untuk membolehkan anda menghantar borang LMS tersebut. Untuk mengetahui mengetahui lebih lanjut bagaimana cara untuk mengisi borang LMS tersebut anda boleh melayari pautan berikut http://www.lppsa.gov.my/v2/video-tutorial-lms/
Anda akan dibawa ke Laman LPPSA dan anda perlu klik disebelah kiri anda untuk membuka panduan video tersebut. Terima kasih LPPSA!!!!!