MENARIK BALIK KAVEAT
Menarik balik kaveat Persendirian ialah proses melepaskan segala sekatan kepentingan atau halangan yang telah dimasukan oleh pengkaveat. Menarik balik kaveat Persendirian perlu dilakukan sekiranya kepentingan anda dan segala tuntutan anda telah dipenuhi atau selesai. Dengan itu pemilik hartanah tersebut bebas untuk memindahmilik hartanya kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang halangan.
Dalam entri yang TERDAHULU telah diterangkan situasi bagaimanakah kaveat boleh dimasukan.
Untuk menarik balik Kaveat Persendirian ini amatlah mudah. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan hanya mengisikan Borang 19G dengan sempurna. Borang 19G tersebut perlu diisi dengan jelas dan lengkap dan ianya perlu disaksikan oleh mereka yang layak. Antara mereka yang layak adalah yang dinyatakan seperti dibawah ini :-
- Penguambela & Peguamcara
- Pengarah Tanah Galian/Pentadbir Tanah/Pendaftar Hakmilik
- Majisteret
- Penyaksi Awam
Setelah semuanya lengkap maka pendaftaran untuk menarik balik kaveat Persendirian boleh dibuat. Ianya boleh dibuat dengan mendaftarkan penarikan balik Kaveat Persendirian ditempat dimana Kaveat Persendirian dimasukan dahulu.
Untuk pendaftaran Menarik balik Kaveat Persendirian bayaran sebanyak RM200.00 akan dikenakan (ini untuk di Negeri Perak di negeri lain mungkin caj nya akan berbeza) jika terdapatnya Surat Kuasa Wakil tambahan bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan.
Setelah Menarik Balik Kaveat Persendirian didaftarkan maka segala halangan yang terdapat pada hartanah tersebut terbatal. Pemilik boleh meneruskan sebarang transaksi yang melibatkan hartanah tersebut misalnya urusan jualbeli.
Walaupun demikian, Kaveat Pensendirian ini mempunyai tarikh luputnya. Keveat Persendirian akan luput dalam tempoh Lima tahun. Sekiranya ianya tidak perbaharui dalam tempoh tersebut maka segala sekatan akan terbatal dengan sendirinya.
Apabila cukup tempoh matang selama lima tahun dan anda tidak ingin untuk memperbaharui Kaveat Persendirian itu semula jadi tidak perlulah untuk Menarik Balik Kaveat Persendirian tersebut. Ianya akan terbatal dengan sendirinya. Oleh itu sebelum tamat tempoh matang lima tahun tersebut anda perlu memastikan bahawa bahawa kepentingan telah terjamin.
Jika sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila komen dibawah dan saya akan cuba untuk menjawap persoalan anda tersebut. Terima kasih.