MEMINDAHMILIK HARTA KEPADA PASANGAN – PINJAMAN LPPSA
Menindahmilik bahagian harta yang anda beli melalui pinjaman bersama pasangan (isteri atau suami) boleh dilakukan dengan alasan yang kukuh seperti berikut
- pasangan anda sudah berhenti berkhidmat sebagai Penjawat Awam
- anda telah bercerai secara sah dengan pasangan anda
Atas alasan yang berikut sahaja yang membolehkan anda memindahmilik bahagian anda kepada pasangan anda. Beberapa prosedur perlu dilalui oleh anda dan pasangan. Sudah pasti anda tidak boleh melakukan segala proses tersebut tanpa khidmat peguam kerana terdapat beberapa dokumentasi yang perlu disediakan oleh pihak peguam untuk membolehkan pindahmilik tersebut berlaku.
Pertama anda perlu memastikan pasangan anda sanggup menyerahkan bahagiannya kepada anda manakala anda pula sanggup menerima bahagian pasangan anda. Situasi ini tidak akan menjadi masaalah bagi pasangan yang ingin meletakan jawatan tetapi kebiasaannya ini akan menjadi masaalah kepada kepada pasangan yang telah bercerai. Walau bagaimanapun bersetujuan kedua dua belah pihak adalah perlu sebagai Pemberi dan Penerima harta barulah ianya boleh dilakukan. Setelah peringkat ini selesai pihak peguam akan memohon baki hutang pasangan anda daripada pihak LPPSA untuk mendapatkan jumlah hutang yang masih tertunggak.
Sebelum mendapat kelulusan, kelayakan sebagai penerima harta tersebut akan akan diambiikira kerana ini akan melibatkan kepentingan LPPSA dan juga menilai kemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut. Jika permohonan tersebut diluluskan maka barulah pihak peguam menyediakan dokumen berkaitan untuk tujuan pindahmilik dan gadaian yang baru bagi harta tersebut.
Prosedur biasa bagi pindahmilik perlu dilalui seperti permohonan yang biasa yang lain. Misalnya permohonan Menteri Besar sekiranya ada. Borang 14A perlu ditandatangani oleh pasangan anda dan anda. Kemudian permohonan Pindahmilik akan di Ajudikasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi penentuan duti Setem. Setelah semua proses selesai barulah permohonan tersebut didaftarkan nama nama
Sebelum ini pembahagian harta tersebut adalah 1/2 bahagian, yang dibahagi sama rata, maka kini anda adalah sebagai pemilik yang tunggal kepada harta tersebut dan jika sebelum ini anda dan pasangan anda adalah pengadai kepada harta tersebut kini anda seorang sahaja yang akan menjadi pengadaian kepada harta tersebut.