MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI
Membina rumah diatas tanah sendiri atau membina rumah diatas tanah yang di masih cagarkan di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), prosedur pinjaman nya tidak banyak berubah dengan PERMOHONAN PINJAMAN yang lain.
Cuma, bagi membina rumah diatas tanah sendiri ini, peminjam perlu menyediakan dokumen dokumen tambahan adalah seperti berikut : –
- Pelan rumah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Tempatan
- Surat kelulusan dari Kerajaan tempata
- Kontraktor yang dilantik mempunyai lesen CIDB dan SSM
Dokumen dokumen seperti pelan rumah, salinan geran dan perjanjian jualbeli perlu dihantar ke Jabatan Penilaian untuk menilai jumlah pinjaman yang layak anda pinjam berdasarkan pelan rumah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Tempatan selain dari kelayakan pinjaman anda.
Setelah semua dokumentasi lengkap dan anda berjaya membuat pinjaman yang dipohon, maka pihak peguam yang telah mendaftar sebagai panel kepada LPPSA akan menguruskan semua dokumentasi pinjaman sehingga harta anda.
Proses untuk mendaftarkan LPPSA sebagai pemegang gadaian akan dilakukan oleh peguam.
Setelah proses mendaftarkan LPPSA sebagai pemegang gadaian selesai dan borang sekuriti dan borang gadaian telah diterima, pihak LPPSA akan mengeluarkan pembayaran sebanyak 10% dari jumlah pinjaman yang diluluskan. Jumlah 10% itu adalah mengikut Jadual Bayaran Berperingkat dan juga mengikut harga pembinaan yang terdapat didalam perjanjian jualbeli.
Pembayaran berikutnya pula akan dibayar oleh LPPSA mengikut tuntutan yang dibuat oleh kontraktor. Sebelum pembayaran dibuat oleh LPPSA, LPPSA akan menunggu lapuran dari Jabatan Penilaian untuk mengesahkan jumlah yang dituntut oleh kontraktor.
Jadi, bagi anda yang membuat pinjaman pembinaan, anda tidak perlu bimbang kerana bayaran berperingkat yang dibayar kepada kontraktor adalah mengikut peratusan siap yang disahkan oleh Jabatan Penilaian. Isu kegagalan menyiapkan rumah tidak akan timbul. Atau kontraktor lari tidak akan berlaku. Kerana jika berlaku anda boleh melantik kontraktor lain kerana isu terlebih bayar tidak mungkin berlaku…jika ada ianya agak terpencil.
Misalnya pihak kontraktor membuat tuntutan bahawa peratusan siap rumah tersebut adalah 95% tetapi pengikut pihak jabatan penilaian peratusan siap ialah 80% maka pihak Jabatan akan melapurkan kepada LPPSA bahawa kadar peratusan siap ialah 80% sahaja. Pihak LPPSA akan mengeluarkan pembayaran kepada kontrator melalui peguam sebanyak 80% berdasarkan lapuran penilaian dan bukan berdasar kepada jumlah peratusan yang dituntut oleh kontraktor.
Jadi pihak peminjam tidak perlu khuatir tentang terlebih bayar kepada pihak kontraktor dan kontraktor terus lesap. Sebab pembayaran dibuat mengikut Lapuran Penilaian bukan berdasarkan tuntutan dari kontrkator.
Jika anda mempunyai persoalan sila komen dibawah ini saya akan cuba membantu anda. Semoga ianya bermanafaat. Terima kasih