MEMBELI TANAH UNTUK MEMBINA RUMAH
Ramai yang salah faham tentang pinjaman yang ditawarkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) terutamanya dalam pembelian tanah. Ramai yang menganggap bahawa setelah membuat pinjaman LPPSA untuk pembelian tanah maka dia tidak layak meminjam untuk tujuan membina rumah. Jadi ada kakitangan awam yang membuat pinjaman dengan bank bagi urusan pembelian tanah kerana khuatir beliau tidak layak untuk membuat pinjaman pembinaan rumah kerana menganggap beli tanah itu adalah pinjaman pertama manakala pinjaman untuk membina rumah adalah pinjaman kedua.
Ini adalah ditidak benar, sebenarnya anda layak untuk membuat pinjaman dengan LPPSA untuk membeli tanah dan membina rumah. Dengan syarat anda tidak membuat permohonan pinjaman itu serentak, anda tidak boleh membuat permohonan untuk membeli tanah dan membina rumah dalam satu permohonan pinjaman.
Apa yang perlu anda buat ialah anda perlu membeli tanah terlebih dahulu, dan setelah semua proses selesai dan tanah tersebut telah digadaikan ke LPPSA maka baru lah anda layak untuk membuat permohonan pinjaman untuk membina rumah.
Untuk syarat dan kelayakan pinjaman, anda boleh rujuk dengan entri yang sebelum ini. Salah satu daripada syarat untuk membuat pinjaman membina rumah ialah anda perlu ada pelan rumah yang telah diluluskan oleh Majlis Tempatan. Untuk tujuan tersebut kebiasaannya pelukis pelan perlukan salinan geran yang tertera nama anda didalamnya sebagai pemilik sebelum mereka memulakan lakaran pelan untuk rumah anda.
Untuk mendapatkan salinan geran tersebut anda perlu berhubung dengan pejabat peguam untuk mendapatkan salinan geran tersebut sebaik sahaja nama anda telah didaftarkan sebagai pembeli. Anda tidak perlu tunggu sehingga wang pembelian tanah dikeluarkan oleh pihak LPPSA untuk mendapatkan geran anda.
Bila saja nama anda telah didaftarkan didalam geran maka anda boleh terus majukan salinan geran tersebut kepada pelukis pelan untuk pelukis pelan memulakan lakaran untuk rumah anda. Pastikan pelan yang dibuat mengikut citarasa anda dalam masa yang sama pastikan segala poin-poin lampu dan sius mencukupi. Jika penambahan dibuat setelah rumah siap ini akan mencacat cela kan rumah baru anda.