MEMBELI RUMAH DALAM PEMBINAAN
Membeli rumah dalam pembinaan bermaksud pembelian rumah yang dibuat dengan pemaju dan rumah tersebut masih dalam pembinaan.
Ada beberapa kebaikan jika anda membeli rumah yang masih dalam pembinaan. Antaranya adalah seperti berikut :
Kebiasaanya rumah yang dalam pembinaan akan siap dalam tempoh dua atau tiga tahun mengikut syarat yang terdapat dalam perjanjian jualbeli. Jika anda membuat pinjaman dengan LPPSA gaji anda tidak akan dipotong oleh LPPSA dalam tempoh yang terdekat. Sekiranya anda membuat pinjaman dengan bank pula, anda hanya akan membayar faedah sahaja mengikut jumlah bayaran berperingkat yang telah dikeluarkan oleh pihak bank. Ini adalah kelebihan yang anda akan perolehi.
Dalam tempoh 2 atau 3 tahun, nilai rumah anda akan terus meningkat, lebih strategik lokasi rumah anda maka lebih tinggilah nilai rumah anda. Bayangkan lah dalam tempoh ni anda tidak perlu membayar bayaran bulan tetapi nilai rumah anda akan terus meningkat. Tidak kah ini menguntungkan anda.
Bagi rumah yang dalam pembinaan bagi pembeli yang awal mereka akan mendapat rebet dari pihak pemaju. Perlu diingatkan bukan semua pemaju memberi rebet bergantung dengan pemaju mana yang anda membeli rumah.
Ada juga berkemungkinan anda akan ditawarkan fi peguam secara percuma untuk pinjaman dan pindahmilik. Juga diingatkan bukan semua pemaju memberi khidmat ini. Ni akan berlaku sekiranya mereka melantik panel peguam untuk menguruskan proses pinjaman dan pindahmilik.
Sekiranya rumah anda telah siap 100% anda boleh membuat aduan dengan pemaju jika terdapat kerosakan pada rumah anda. Anda boleh membuat tuntutan kerosakan selepas penyerahan kunci kerana 5% daripada harga jualan akan di tahan oleh pihak peguam sebagai wang pertaruhan dan wang tahanan tersebut yang akan digunakan oleh pemaju sekiranya terdapat aduan dari pembeli tentang sebarang kerosakan yang terhadap pada rumah anda, seperti seperti kebocoran, cat tidak sekata, pemasangan jubin yang tidak rasa dan lain lain. Ini tidak dapat dibuat sekiranya anda membeli rumah second hand. Atau pembelian secara sub-sale.
Oleh itu pastikan anda membuat pemeriksaan rumah anda dengan teliti dan buat tuntutan anda dengan segera agar tempoh matang tuntutan tidak tamat. Anda harus bijak mengunakan kuasa anda sebagai pembeli.