MEMBATALKAN PINJAMAN
Sebelum anda ingin membeli rumah dan ingin membuat pinjaman samada melalui bank atau LPPSA anda perlu fikir secara mendalam terlebih dahulu. Fikirkan kemampuan anda, keperluan anda, lokasi harta yang anda hendak beli dan ambilkira segala komitmen anda yang tidak dinyatakan di penyata gaji anda sebelum anda berhasrat untuk membeli rumah.
Kenapa anda perlu merancang semasa membeli rumah. Ini adalah kerana dengan perancangan yang teratur dan bijak anda dapat mengawal ekonomi anda dan tanpa perancangan yang teratur akan menyebabkan anda kerugian.
Ramai yang ghairah untuk memberi rumah terutama nya dari pihak pemaju. Tidak kira samada pemaju perumahan tersebut dari projek swasta atau pun rumah PRIMA. Membeli rumah adalah satu langkah yang bijak jika tetapi jika anda kurang bersedia dari segi kemampuan anda ada baiknya anda menangguh terlebih dahulu hasrat anda untuk membeli rumah. Setelah anda benar benar-benar bersedia dan berkemampuan barulah anda membeli rumah.
Kenapa anda perlu berkemampuan terlebih dahulu untuk membeli rumah ialah kerana apabila anda membeli rumah pembayaran balik hutang merupakan komitmen anda yang terpaksa anda tanggung setiap bulan tanpa kompromi. Jadi pastikan bahawa anda tidak mempunyai komitmen yang tinggi seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan lain-lain pinjaman yang tidak ditolak dari penyata gaji anda.
Apabila anda telah membeli rumah, perjanjian jualbeli telah ditandatangani dan kemudiannya pinjaman ada telah diluluskan baru anda menyedari bahawa ada tidak berkemampuan untuk memiliki rumah tesebut maka situasi inilah yang akan menyebabkan anda kerugian.
Jika pinjaman diluluskan dan anda belum menandatangani Memorandum Penerima maka anda dikira bernasib baik kerana anda tidak bersetuju dengan tawaran tersebut, sekiranya anda telah bersetuju dengan tawaran tersebut dan menandatangani Memorandum Penerimaan maka anda terpaksa membayar balik LPPSA segala kos yang telah dikeluarkan oleh pihak LPPSA seperti pembayaran kepada insuran.
Sekiranya anda berhasrat untuk membeli rumah lain melalui pinjaman dengan LPPSA pinjaman anda akan dianggap sebagai pinjaman kedua dan tempoh pinjaman juga pasti akan dipendekan.
Ada juga peminjam yang ingin membatalkan pinjaman setelah proses tukar nama selesai dan harta telah dicagarkan kepada LPPSA. Pembatalan pinjaman ingin dibuat ababila potongan gaji telah bermula. Proses ini agak lebih sukar dimana peminjam tidak boleh membatalkan pinjaman tetapi terpaksa menjual harta tersebut.
Jika anda membeli rumah lain anda tidak layak untuk mendapatkan pengecualian setem duti bagi Pindahmilik. Ini bermakna anda terpaksa menanggung kos setem Duti yang akan dikenakan semasa pindahmilik ketika anda berhasrat membeli rumah lain nanti.
Andai kata anda membeli rumah yang bernilai RM 300,000.00 jadi Duti Setem bagi pindahmilik ialah 1% bagi RM100,000.00 yang pertama dan 2% bagi RM200,000.00 berikutnya. Jadi jumlah suti setem yang dikenakan ialah RM5,000.00. Ini tidak termasuk kos peguam yang akan dikenakan pada anda ketika pembelian rumah tersebut.
Jadi adalah penting untuk merancang sebelum membeli rumah.
December 22, 2019 @ 1:13 pm
Tuan, saya telah bersetuju membuat pinjaman LPPSA untuk membeli perumahan PRIMA.. namun didapati kawasan tu banjir. Saya juga telah membuat pembatalan pinjaman dan dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak rm6677 + kos peguam rm700. Kenapa sampai rm6k lebih sedangkan apa-apa pemotongan belum dibuat lg.. dan pembatalan dibuat pada tahun yang sama. Apa yg harus saya buat? Sekarang saya berhasrat untuk membeli tanah & rumah di kawasan lain.