MEMASUKAN KAVEAT
Apa itu Kaveat? Kaveat bermaksud sebarang transaksi diatas harta anda dimana anda tidak akan dapat dibuat tanpa mendapat persetujuan daripada orang yang memasukan Kaveat.
Kaveat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak ketiga yang sah pernah berurusan dengan anda. Kebiasaan nya jika ada pihak individu yang memasukan kaveat diatas harta anda ini bermakna anda ada mempunyai hutang dengan pihak tersebut, dan pihak tersebut dapat membuktikan bahawa kenyataan itu benar. Selain dari itu ianya juga boleh dibuat oleh pihak ketiga yang lain sekiranya memang sah dan nyata dia mempunyai hak diatas harta anda.
Apabila Kaveat telah dimasukan diatas harta anda dan ianya telah didaftarkan di Pejabat Tanah, maka selagi anda tidak mendapat kebenaran dari pada pihak ketiga tersebut selagi itulah sebarang urusan pindahmilik tidak akan dapat dilakukan. Pihak ketiga boleh menarik balik Kaveat tersebut jika mereka bersetuju untuk berbuat demikian, setelah anda memenuhi kehendak pihak ketiga dengan memenuhi tuntutan yang dibuat seperti yang dinyatakan dalam surat akuan bersumpah yang difailkan..
Keduanya ialah pihak bank yang bakal membiayai pinjaman perumahan pembeli, sekiranya anda ingin menjual harta anda, dan anda masih mempunyai hutang dengan bank. Jika pembeli membuat pinjaman dengan bank yang berbeza dengan pemegang gadaian anda iaiatu dengan bank yang anda pinjaman dulu, maka pihak bank tersebut akan memasukan kaveat diatas harta anda untuk melindungi pihak bank. Pihak Bank berbuat demikian kerana sebelum urusan pindahmilik dibuat, pihak bank peminjam akan melangsaikan pinjaman anda terlebih dahulu untuk mendapatkan geran dari pemegang gadaian anda.
Buat masa ini pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak mengamalkan proses memasukan kaveat diatas harta yang hendak di biayai pinjaman.
Syarat untuk Memasukan Kaveat agak ketat. Anda tidak boleh sewenang wenangnya masukan kaveat ke atas harta orang lain tanpa alasan yang kukuh dan munasabah. Kebiasaan nya kaveat boleh dimasukan sekiranya pihak ketiga dapat membuktikan bahawa anda benar-benar berhutang dengan nya. Kaveat juga boleh dimasukan oleh pihak bank untuk memastikan kepentingan mereka sebagai pemberi pembiayaan. Jadi untuk membuktikan bahawa tuntutan pihak ketiga itu benar, maka surat akaun bersumpah perlu dibuat dan bukti yang kukuh perlu di kemukakan kepada pihak Pejabat Tanah bagi membolehkan pihak ketiga memasukan kaveat diatas harta anda. Borang 19G dan wang perdaftaran juga akan dikenakan. Jumlah wang pendaftaran memasukan Kaveat berbeza bagi setiap Negeri, individu dan juga syarikat. Di Negeri Perak Pendaftaran bagi Memasukan Kaveat ialah RM150.00 bagi individu manakala bagi Syarikat pula ialah sebanyak RM 200.00