Untuk kemudahan peminjam yang membuat pinjaman dengan LPPSA tahu kah anda bahawa anda boleh menyemak butiran pinjaman anda melalui telefon pintar anda. Caranya adalah mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuka Aplikasi Playstore Android anda kemudian anda perlu membuat carian LPPSA My Financing
Langkah yang pertama, pergi ke google apps store dan muat turun aplikasi MyFinancing


Anda boleh mendaftar seperti biasa di Aplikasi ini untuk memudahkan anda menyemak akaun anda. Anda akan mendapat maklumat status pembayaran yang telah dikeluarkan sekiranya terdapat pembayaran daripada LPPSA kepada pemaju atau kepada pihak peguam.
Setiap pembayaran yang dikeluarkan sudah pasti anda akan dapat maklumat melalui Aplikasi ini. Bukan itu sahaja banyak lagi maklumat yang anda boleh perolehi.