LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Jika membicarakan mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ramai yang mengetahui akan fungsinya, terutamanya Penjawat Awam. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau nama singkatan nya (LPPSA) adalah sebuah institusi yang memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada Penjawat Awam yang berkelayakan yang ingin memiliki rumah mereka sendiri.
Dulunya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan(BPP). Ianya diperbadanan pada 1hb. Januari, 2016, secara resminya. Walaupun demikian ianya masih letakan dibawah pengawasan Kementerian Kewangan.
Pada peringkat awal peralihan tersebut ramai yang kuatir mereka akan hilang keistimewaan sebagai Penjawat Awam jika mereka ingin membuat pinjaman perumahan. Risau akan kenaikan kadar keuntungan, sukar mendapat pinjaman dan berbagai bagai spekulasi yang lain. Namun kini Penjawat Awam kini boleh menarik nafas lega apabila kadar keuntungan pinjaman masih dikekalkan sebanyak 4% setahun seperti sebelumnya. Namun demikian Lembaga Pembiayaan Perumahan Awam (LPPSA) kini agak tegas dalam meluluskan pinjaman. Pinjaman hanya akan diberi kepada mereka yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk membayar balik diberi pinjaman mengikut kelayakan masing-masing.
Tidak dinafikan semasa awal peralihan tersebut terdapat masaalah yang tidak dapat dielakan dimana dokumentasi gadaian tidak dapat diproses dan ditandatangi oleh pegawai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kerana ianya melibatkan Akta Kanun Negara. Ini adalah satu perkara yang biasa bagi setiap perubahan dasar.
Namun perkara tersebut telah dapat diatasi dan perkhidmatan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah bertambah baik dari masa ke semasa. Banyak perubahan telah berlaku daripada dokumentasi yang tebih teratur, sistem yang lebih efisyen, kelulusan yang cepat, pembayaran secara EFT yang telah tepat.
Untuk pengetahuan anda semua memang benar Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sekarang ini lebih tegas dalam memproses pinjaman. Banyak kiteria yang perlu dipenuhi. Ini adalah untuk menjaga kepentingan peminjam agar tidak mempunyai komitmen yang terlalu tinggi yang boleh mengakibat Pejawat Awam mengalami tekanan dalam menguruskan perbelanjaan. Banyak implikasi buruk yang bakal timbul kepada Penjawat Awam sekiranya mereka yang mempunyai komitment yang tinggi dan masih dibenarkan untuk membuat pinjaman perumahan sewenang- wenangnya.
Ada diantara peminjam yang muflis kerana komitmen yang terlampau tinggi akhirnya mengambil langkah untuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan lain dan kemudianya gagal untuk membuat bayaran balik dengan institusi tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan peminjam disenaraikan hitamkan dan akhirnya di mufliskan oleh institusi kewangan tersebut.
Jika keadaan ini berlaku ianya bukan sahaja melibatkan peminjam tetapi akan melibatkan Lembaga Pembiayaan Sektor Awam(LPPSA) itu sendiri sebagai penerima Gadaian.
Ini adalah mungkin antara sebab-sebab mengapa Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) perlu tegas dalam memproses dan meluluskan pinjaman pemohon.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Terima Kasih.
PINJAMAN LPPSA - PEMBELIAN TANAH UNTUK TUJUAN PEMBINAAN RUMAH - Pinjaman Perumahan LPPSA
August 31, 2018 @ 1:53 pm
[…] Ini adalah kerana ianya tidak memenuhi syarat-syarat pinjaman yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) iaitu nama peminjam perlu ada didalam […]
September 14, 2019 @ 7:39 am
Hello Staff,
Please provide me full details of requirement for home loan through LPPSA.
Regards
September 14, 2019 @ 9:31 am
Hi…l am not the staff of LPPSA but I will try to answer your question.But before l could answer your question you need to know what type of loan you want to apply because LPPSA got several type of loans that you can apply. In general the requirement needed are as follows :
1) you are a goverment servant
2) you should have the confirmation letter from your department
3) your loan does not exceed you entitlement
4) the valuation of the property that you intend to purchase should be the same value or more than the loan amount.
If you have fulfill the above requirement than you should get ready with the online application You can surf lppsa@gov.my for the application. Once you have summit the application you can download all the documentation needed. All you need is to fulfill the requirement. Before that do appoint a lawyer for them to get the purchase agreement ready…cause there is few document that should be done by the lawyer as your stakeholder…
February 2, 2021 @ 4:54 am
slm, currently i am a staff at uum. my status is ” tetap dan berpencen” but i am still new and still not confirm. can i make loan to buy a land
February 7, 2021 @ 1:59 am
You have to wait until you are confirmed. Usually those who are under probation are EPF Contributor