LAYAKAH SAYA MENDAPAT KESEMUA HARGA JUALAN HARTA JIKA …….
Saya telah membeli rumah melalui pinjaman kerajaan (LPPSA) dan rumah tersebut didaftarkan atas nama saya dan suami. Memandangkan suami saya bukan seorang kakitangan kerajaan maka hanya saya seorang yang menjadi peminjam (Third Party Charge). Pada setiap bulan saya yang membayar pinjaman tersebut tanpa sumbangan lansung dari suami saya. Pembayaran bulanan bagi harta tersebut adalah melalui potongan gaji saya.
Soalan: Bolehkah saya menjual harta yang dibeli melalui Pinjaman LPPSA saya dan mendapat kesemua hasil jualan saya tanpa memberi hasil jualan kepada suami saya itu. Saya dan suami pada masa ini dalam proses bercerai dan saya ingin menjual harta tersebut dan bercadang untuk membeli rumah lain.
JAWAPAN NYA : TIDAK BOLEH kerana pasangan anda itu adalah pemilih yang sah bagi harta tersebut walaupun anda membuat pinjaman secara bersaorangan dan membuat bayaran bulanan tanpa sembarang sumbangan dari pasangan anda.
Pasangan anda tetap akan mendapat hak yang sama diatas harta tersebut dan hasil jualan nya wajib diberi sama rata mengikut pembahagian didalam geran setelah ditolak segala kos yang terlibat dalam tempoh penjualan seperti Cukai Tanah, Cukai Pintu, dan kos guaman.
Anda hanya layak menerima kesemua harga jualan tersebut sekiranya pasangan anda memberi kebenaran secara bertulis bahawa beliau menolak hak kepentingan beliau keatas penjualan harta tersebut.
Walaupun pasangan anda tidak membuat pinjaman namun nama beliau yang terdapat dalam geran sudah cukup kuat untuk membuktikan bahawa beliau layak diatas harta tersebut.
Sebelum anda ingin menjual harta tersebut anda juga perlu mendapat persetujuan dari suami anda sekiranya ada hendak menjual harta tersebut. Anda tidak boleh menjual harta tersebut TANPA bersetujuan beliau kerana beliau terpaksa menandatangani dokumen perjanjian jualbeli dan dokumen Pindahmilik 14A serta beberapa dokuemn lain.
Dalam permasaalah ini sebaiknya anda perlu berbincang terlebih dahulu untuk menggelak sebarang perbalahan kelak.
Jadi sebelum apa apa keputusan dibuat dalam melibatkan pembelian harta anda perlu tahu proses dan sedikit sebanyak prosedur tentang perkara ini supaya anda lebih jelas dan bersedia jika berlakunya sebarang kemungkinan.
Jika anda ada sebarang kemusykilan sila komen dibawah saya cuba akan menjawap persoalan anda dengan secepat mungkin.
Semuga ianya memberi manafaat pada anda