Memiliki rumah sendiri menjadi idaman setiap individu yang berkemampuan. Apakah maklumat yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah. Pertama anda pilihlah rumah yang memenuhi citarasa anda. Iaitu dari segi rekabentuk dan lokasinya kerana anda yang akan tinggal lama disini dan sudahpasti anda inginkan kelelesaan dan kemudahan pada diri anda.
Dalam pada masa itu juga anda harus mengambil tahu akan nilaian rumah tersebut kerana faktor inilah yang akan menentukan kelayakan pinjaman anda. Jangan anda membeli rumah melebihi dari nilaian harga semasa kerana anda perlu menambah dari wang poket anda untuk pembayaran wang beza kelak. Namun sekiranya anda bersedia untuk membayar lebihan tersebut ianya tidak menjadi masaalah.
Disebabkan kekangngan masa ramai diantara kita yang melantik pihak ketiga untuk membeli rumah. Sekiranya demikian anda adalah digalakan untuk melantik agen yang berdaftar untuk memberi perkhidmatan untuk anda. Samaada untuk membeli rumah dan juga untuk menjual rumah anda.
Kenapa anda disarankan untuk berbuat demikian antaranya ialah mereka ini dikawal selia oleh Lembaga Penilai, Penaksir dan Ajen Hartanah dibawah Kementerian Kewangan dan segala salahlaku akan dipantau dan ini akan mengelakan anda dari ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.
Ramai yang kurang mengunakan khidmat REN – Real Estate Negotiator (Perunding Hartanah) mungkin kerana fi yang dikenakan sebanyak 3.18%. Cuba bayangkan dengan kadar bayaran yang minima anda boleh mengelakan dari sebarang masaalah…dan sekiranya berlaku anda akan di bela…
Pernahkah sahabat anda atau kawan kepada sahabat anda ditipu oleh Ajen yang tidak berdaftar…Apa tindakan yang boleh mereka lakukan terhadap individu tersebut!…tapi sekiranya anda berurusan dengan – Real Estate Negotiator (Perunding Hartanah) yang berdaftar sudah pasti anda boleh berbuat sesuatu….dan pasti anda akan dibela
Untuk menjadi REN mereka perlu menghadiri kursus secara intensif. Setelah menjalani kursus ini mereka perlu bernaung dibawah Agency yang berdaftar. Disini Agency ini memainkan peranan yang besar untuk membentuk REN menjadi hebat, memberi khidmat kelas pertama kepada pelanggan kerana kebiasaan REN ini akan mengadakan perjumpaan, diberi tunjuk ajar bukan sekadar mencari wang tetapi memberi khidmat yang terbaik buat pelanggan.
Walau bagaimanapun semua pilihan terletak ditangan anda. Bertindaklah dengan bijak kerana kebiasaanya pembelian harta dibuat hanya sekali seumur hidup bagi kebanyakan orang.