KOS PEGUAM BAGI PINJAMAN LPPSA
Berapakah KOS PEGUAM BAGI PINJAMAN LPPSA secara umumnya?
Bagi penyediaan dokumen perjanjian jualbeli dan urusan pinjaman perumahan, peguam akan mengenakan bayaran perkhidmatan kepada anda. Fi yang dikenakan adalah berdasarkan harga pembelian rumah atau tanah dan juga jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada anda.
Disini saya membicarakan tentang pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA) sahaja, dan tidak dengan institusi kewangan yang lain. Kos guaman bagi pinjaman bank adalah berbeza dengan kos guaman bagi pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA). Kebiasaan pinjaman yang dibuat dengan pihak bank fi perkhidmatannya adalah lebih tinggi lebih tinggi.
Fi peguam adalah sebanyak 1% daripada harga pembelian rumah atau tanah dan 1% daripada harga pinjaman yang dibuat oleh peminjam. Peminjam juga akan dikenakan caj atas beberapa perkhidmatan lain seperti menfailkan CKHT (Cukai Keuntungan Harta), Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Memasukan Borang I dan lain-lain perkhidmatan jika ada. Untuk makluman anda semua mulai 1hb. September, 2018 Caj Perkhidmatan sebanyak 10% akan dikenakan.
BACA JUGA : ALIRAN PROSES PINJAMAN
Untuk rujukan anda dibawah ini di Lampirkan anggaran Fi Peguam dan Disbursement yang dikenakan bagi harga rumah yang bernilai RM200,000.00 dan pinjaman sebanyak RM200,000-00. Ini hanyalah sebagai garis panduan sahaja kepada anda. Kos guaman mungkin akan berbeza antara satu dan yang lain. Kadar yang kenakan oleh pihak peguam adalah mengikut perkhidmatan yang diberikan, kerana jalan cerita bagi setiap Geran itu adalah berbeza.
KOS PEGUAM BAGI PINJAMAN LPPSA – DUTI SETEM PINDAHMILIK DIKECUALIKAN
Lampiran diatas menunjukan bahawa diatas Cukai Pindahmilik yang TIDAK dikenakan. Mulai tahun 2017, mengikut belanjawan Negara, Notis Pindahmilik adalah dikecualikan bagi pembelian rumah pertama yang nilaiannya tidak melebihi daripada Rm500,000-00. Jadi jika termasuk dalam ketogeri ini anda kira layak untuk mendapat pengecualian cukai Pindahmilik. Disini anda telah dapat mengurangkan kos Notis Pindahmilik tersebut sebanyak 1%-2% daripada harga rumah.
Untuk melayakan anda mendapatkan pengecualian cukai tersebut maka anda terpaksa membuat Akaun Secara Sumpah dan disaksikan oleh Persuruhjaya Sumpah. Jangan sekali-kali anda membuat Akaun palsu ini akan menyebabkan anda akan didakwa. Setiap transaksi pembelian anda pasti akan dapat dikesan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.
BACA JUGA : PERJANJIAN JUALBELI
Untuk pengetahuan anda pengecualian cukai hanya dibenarkan untuk pembelian rumah kediaman sahaja. Selain daripada itu anda tidak layak untuk mendapat pengecualian cukai bagi pindahmilik tersebut. Sekiranya anda membeli tanah kosong maka anda akan dikenakan cukai pindahmilik sebanyak 1% bagi nilai RM100,000.00 yang pertama dan 2% bagi nilaian tanah lebih dari RM100,000.00 keatas sehingga ke RM500,000-00. Jika nilaian tanah lebih dari RM500,000-00 ada formula lain yang akan diguna pakai.
Dibawah ini di Lampirkan anggaran Fi Peguam dan Disbursement yang dikenakan bagi harga rumah yang bernilai RM200,000.00
KOS PEGUAM BAGI PINJAMAN LPPSA – DUTI SETEM PINDAHMILIK TIDAK DIKECUALIKAN
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya DISINI.
Boleh juga ke channel YOUTUBE saya untuk tengok video terkini. Jangan lupa SUBSCRIBE ye.