KOS GUAMAN DIMASUKAN DALAM PINJAMAN
Mulai 1hb. Januari 2018 pihak LPPSA telah memberi kemudahan kepada penjawat awam yang layak dan yang ingin membeli rumah membuat pinjaman perumahan. Kos guaman Kini boleh dimasukan kedalam pinjaman anda. Ini bermakna segala kos guaman yang berkaitan dengan pinjaman akan diberi pembiayaan oleh pihak LPPSA. Walaubagaimanapun pihak LPPSA hanya menanggung kos bagi urusan pinjaman sahaja dan tidak akan menanggung kos pindahmilik dan penyediaan Perjanjian Jualbeli kerana urusan tersebut tidak melibatkan proses pinjaman dengan LPPSA.
Antara proses yang tidak akan beri pembiayaan oleh pihak LPPSA adalah seperti berikut :
- Yuran bagi proses untuk tujuan pindahmilik dan Perjanjian jualbeli
- Kos pendaftaran Pindahmilik yang dikenakan oleh Pejabat Tanah atau Pejabat Tanah dan Galian
- Pendaftaran dan kos bagi Masuk Kaveat atau Menarik balik caveat
- Setem Duti yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana ianya adalah berkaitan dengan Borang 14A (pemprosesan borang pinjaman LPPSA adalah dikecualikan Cukai). Jadi duti yang dikenakan itu melibatkan urusan pindahmilik dan bukannya dokumen yang berkaitan dengan pinjaman
- Surat Akuan Bersumpah yang juga dibuat untuk tujuan urusan pendaftaran pindahmilik( Statutory Declaration )
Untuk mendapatkan pembiayaan kos guaman tersebut anda hanya perlu ke pejabat peguam untuk mendapatkan bill bagi guaman anda. Bill tersebut perlu mengikut format yang disediakan dan perlu dikemukakan semasa anda menghantar permohonan pinjaman pinjaman.
Sebenarnya untuk pembiayaan kos guaman adalah optional. Bermakna anda boleh memilih untuk memasukkan kos guaman dalam pinjaman atau memilih untuk membayar sendiri. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Ini adalah kerana kos guaman juga akan akan kira mengikut kelayakan pinjaman anda
Jika kos guaman yang anda pohon adalah lebih rendah daripada kos yuran guaman sebenar, anda perlu menyelesaikan perbezaan wang guaman terlebih dahulu sebelum memulakan proses seterusnya . Sekiranya kos guaman yang dipohon adalah lebih tinggi daripada kos guaman sebenar, maka perbezaan tersebut akan dianggap sebagai lebihan bayaran dan akan dikembalikan kepada anda setelah selesai.