KONTRAKTOR PEMBINAAN
Kontraktor pembinaan adalah individu atau syarikat yang boleh dikatakan pakar dalam bidang pembinaan. Mempunyai lesen perniagaan yang sah dan ada juga kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Memandangkan bidang ini merupakan perniagaan yang menguntungkan jadi makin ramai yang menceburkan diri dalam ini.
Jadi anda perlu yang mencari Kontraktor yang benar-benar komitted dengan kerjaya dan bertanggungjawap dan mampu menghasilkan kerja yang baik. Rajin lah membuat tinjauan mengenai kontraktor yang hendak dilantik melalui pengalaman kawan-kawan yang pernah membina rumah sebelum ini. Ambiikira semua pandangan samaada yang positif dan yang negetif barulah anda membuat perbandingan. Selain dari itu ada beberapa faktor yang lain juga diambilkira seperti kekemasan pembuatan, siap pada tempoh yang dipersetujui, mengikut pelan yang telah diluluskan dan harga yang berpatutan. Kesemua ini juga amat penting kerana faktor inilah yang menentukan keselesaan serta kepuasan anda sebagai pengguna/peminjam bukan itu sahaja kegagalan kontraktor untuk menyiapkan rumah anda akan menyebabkan rumah anda akan terbengkalai kerana pinjaman anda sama ada dengan bank atau dengan LPPSA ianya akan dikeluarkan mengikut peratusan siap rumah tersebut. Jadi berhati-hati dalam memilih kontraktor anda.
Jika anda telah memilih kontraktor, Pelan rumah juga telah diluluskan oleh Kerajaan Tempatan dan harga pembinaan juga telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak maka perjanjian pembinaan bolehlah dibuat dengan melantik peguam untuk menguruskan urusan dokumentasi pinjaman anda. Tapi jika sekiranya anda ingin membuat pinjaman bank adalah lebih baik anda membuat permohonan terlebih dahulu, kerana pihak bank tidak akan memberi pinjaman sebanyak 100% kepada anda. Jadilah pengguna yang bijak dengan membandingkan faedah yang ditawarkan oleh pihak bank kerana faedah bank adakalanya berbeza diantara satu bank dengan bank yang lain.
Setelah anda mengetahui kelayakan pinjaman bank anda, barulah anda menandatangani perjanjian jualbeli kerana anda boleh membuat bajet bagi pembayaran balik pinjaman anda dan penyediaan wang beza bagi pembinaan rumah tersebut.
Bagi peminjam yang ingin membuat pinjaman dengan LPPSA tidaklah menjadi masaalah besar kerana kebiasaannya anda akan diberi pinjaman penuh jika anda layak. Sila rujuk kepada kelayakan pinjaman mungkin ianya dapat membantu anda.