KENAPA BAYARAN BALIK PERLU DIBUAT WALAUPUN PINJAMAN DIBATALKAN
Ramai daripada peminjam berasa amat kecewa dan tidak berpuashati apabila pinjaman yang dipohon yang telah dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan namun bayaran balik kepada pihak LPPSA masih perlu dibuat dan akaun pinjaman tidak akan ditutup selagi kesemua bayaran balik tidak diterima oleh LPPSA. Apabila akaun pinjaman perumahan masih aktif maka kebanyakan daripada peminjam tidak dapat membuat pinjaman lain seperti pinjaman koperasi dan lain-lain pinjaman kerana bayaran balik tersebut dianggap sebagai komitmen.
Kenapa peminjam perlu membayar balik hutang walaupun telah membatalkan pinjaman. Sebenarnya setelah peminjam menandatangani Memorandum Persetujuan maka pihak LPPSA akan menganggap bahawa peminjam telah bersetuju untuk menerima segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Jadi untuk melindungi peminjam dari sebarang musibah dan pihak LPPSA menanggung sebarang kerugiaan maka harta tersebut di lindungi oleh pihak Takaful/Insuran. Untuk melindungi harta tersebut sudah pastilah pihak LPPSA perlu membayar sejumlah wang yang dikenakan oleh pihak Takaful/Insuran. Kebiasaan nya kadar MRTT (Morgage Reducing Term Takaful) dan LTHT ( Long Term Home Fire Takaful) mengikut umur, jantina dan jumlah pinjaman yang dipohon oleh peminjam.
Harta tersebut perlu dilindungi terlebih dahulu kerana pihak LPPSA perlu memastikan bahawa sekiranya berlaku musihah kepada harta atau peminjam maka pihak LPPSA sebagai pemberi gadaian dilindungi. Jadi untuk melindungi kepentingan peminjam dan LPPSA, harta tersebut terpaksa di lindungi dan ketika inilah pembayaran dikeluarkan oleh LPPSA kepada pihak Takaful/Insuran.
Pihak LPPSA bukan sengaja untuk mengenakan bayaran tersebut, tapi itu lah bayaran yang telah dikeluarkan oleh LPPSA dan sudah pasti peminjam perlu membayar balik. Jika sekiranya pihak LPPSA telah mengeluarkan bayaran kepada pihak pemaju jumlah tersebut juga akan dituntut oleh LPPSA. Pihak LPPSA tidak mengenakan sebarang denda diatas pembatalan tersebut. Pihak LPPSA cuma menuntut bayaran balik jumlah yang telah dikeluarkan kepada peminjam sebelum pembatalan dibuat.
Sebab itulah pinjaman perlu berhati-hati sebelum membeli rumah. Pilihlah pemaju yang tidak bermasaalah, kontraktor binaan yang berpengalaman dan rumah yang sesuai dengan kemampuan dan anda mempunyai kewangan yang stabil dan pastikan anda telah benar-benar bersedia untuk membeli rumah.