KAVEAT PENDAFTAR
Kaveat Pendaftar tidak mempunyai tempoh matang. Mungkin ramai tidak mengetahui apa itu Kaveat Pendaftar, ianya adalah tindakan yang dikenakan terhadap pemilih harta kebiasaannya dilakukan oleh Kerajaan. Antara punca Kaveat Pendaftar dikenakan adalah kerana tuan punya harta tersebut gagal untuk menjelaskan hutang seperti gagal membayar Cukai Taksiran, Cukai Tanah atau Cukai Pendapatan.
Baru-baru ini seorang kenalan yang juga sebagai penjual meminta agar diuruskan penjualan harta beliau untuk dijual kepada jiranya. Kebiasaan nya sebelum perjanjian dibuat Carian Persendirian akan dilakukan terlebih dahulu. Apabila Carian Persendirian dibuat,, didapati ada Kaveat Pendaftar yang telah didaftarkan diatas harta tersebut. Jadi, untuk mengetahui punca sebenar kaveat tersebut didaftarkan salinan sah Kaveat telah dibeli dari Pejabat Tanah.
Dalam cabutan, salinan sah tersebut telah dinyatakan bahawa kenalan saya mempunyai tunggakan Cukai Pendapatan yang tidak berbayar dengan jumlah agak besar. Jadi proses penjualan tersebut terpaksa ditangguh terlebih dahulu bagi membolehkan penjual tersebut membayar kesemua hutang beliau dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membolehkan pihak LHDN menarik balik Kaveat Pendaftar yang telah dibuat keatas harta tersebut. Setelah pihak LHDN menarik balik Kaveat Pendaftar tersebut barulah proses penjualan harta tersebut boleh dilakukan.
Sebelum kes kenalan saya ini terdapat juga kes dimana terdapat juga Kaveat Pendaftar yang dikenakan diatas harta yang hendak dijual. Setelah membeli salinan sah Kaveat Pendaftar, didapati bahawa harta tersebut dikaveat kerana tidak menjelaskan Cukai Taksiran. Kaveat Pendaftar telah dibuat oleh Majlis Daerah kerana kegagalan tuan tanah menjelaskan Cukai Taksiran yang tertunggak selama beberapa tahun.
Jadi janganlah anda mengambil mudah untuk tidak menjelaskan Cukai Pendapatan, Cukai Taksiran dan sebarang cukai yang dikenakan keatas anda kerana anda yang akan menanggong risiko kelak.
Juga diingatkan kepada mereka yang ingin membeli rumah atau tanah sebelum anda membuat bayaran deposit kepada penjual rujuklah dengan peguam atau sekurang-kurangnya buat lah Carian Persendirian atau Carian Resmi terlebih dahulu pastikan harta anda BEBAS dari Kaveat. Tidak kira samaadanya nya Kaveat Persendirian atau Kaveat Pendaftar atau untuk lebih selamat biarlah pihak peguam yang menguruskan segala urusan.