JIKA PEMINJAM MENINGGAL DUNIA (LPPSA)
Kematian adalah pasti dalam kehidupan kita samaada cepat atau lambat ianya tidak memang dapat dielakkan. Sekiranya simati ada membuat pinjaman perumahan dengan LPPSA dan telah meninggal dunia, anda sebagai waris yang terdekat apa yang harus anda lakukan ialah dengan memaklumkan kepada pihak LPPSA dengan menulis surat kepada pihak LPPSA. Alamat LPPSA adalah seperti dibawah dan maklumkan kepada pihak LPPSA bahawa peminjam tersebut telah meninggal dunia.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana,
Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
NO. TALIAN : 03-88801600
Sebagai waris anda tidak perlu risau tentang hutang peminjam. Segala hutang peminjam tidak perlu dibayar oleh anda sebagai waris sebaliknya kerana ianya akan dijelaskan oleh pihak insuran kepada pihak LPPSA. Ini adalah kerana setiap peminjam yang membuat pinjaman dengan LPPSA telah diwajibkan wajib mengambil insuran untuk melindungi pinjaman mereka. Pihak LPPSA menyediakan beberapa panel insuran untuk dipilih oleh peminjam semasa permohonan pinjaman dibuat.,
Untuk memudahkan pihak LPPSA memberi respon yang cepat, waris perlu mengemukan salinan surat kematian dan salinan K/P (jika ada) semasa berhubung dengan pihak LPPSA. Ini akan memudahkan pihak LPPSA mencari fail peminjam dan membuat tindakan susulan dengan segera. Waris perlu bertindaklah cepat agar ianya dapat diselesaikan dengan segera dan jangan dilengah-lengahkan dalam urusan ini untuk mengelakan kesulitan kelak.
Sekiranya simati ada meninggalkan harta-harta lain, uruskanlah dengan segera. Buat bicara kuasa di Pejabat Pusaka Kecil di Negeri anda agar segala harta yang telah ditinggalkan oleh simati boleh di alihkan kepada penerima yang layak. Kebiasaan nya bagi mereka yang beragama Islam pembahagian harta peninggalan dimati akan dibuat mengikut hukum Fara’id apabila dibuat bicara kuasa.
Sekiranya pihak LPPSA telah menyerahkan geran kepada waris, maka lantiklah peguam untuk menguruskan pelepasan gadaian bagi harta simati terlebih dulu kerana setelah selesai tuntutan harta semasa bicara kuasa mudah bagi anda untuk memasukan nama penerima baru dalam geran tersebut.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dibawah. Terima kasih
February 20, 2019 @ 7:33 am
bagaimana sekiranya suami isteri sebagai peminjam bersama, setelah beberapa tahun, suami ingin berhenti kerja. Bagaimana caranya pinjamain suami tersebut boleh dipindahkan ke atas isteri yang masih bekerja?
February 20, 2019 @ 8:57 am
Tindakan pertama yang tuan perlu lakukan adalah melantik peguam bagi mendapatkan penyata baki hutang. Tuan juga perlu membuat surat setuju menyerahkan bahagian tuan kepada isteri dan isteri tuan bersetuju untuk menerima bahagian yang diserahkan kepada beliau. Kemudian ada lagi dokumen yang perlu di sediakan oleh pihak peguam untuk tujuan mengeluarkan nama tuan dalam Geran. Insyaallah saya akan membuat entri mengeni perkara ini dalam masa yang terdekat.
April 8, 2019 @ 3:56 am
maaf nak bertanya.. ayah saya telah meninggal dunia tp meninggalkan bagi debit rumah untuk dibayar akan tetapi warisnya ibu tidak berkerja .. saya anak ingin menanggung tp gaji agak kecil bagaimana untuk saya membuat ansuran pembayaran mengikut kemampuan gaji saya pihak mana harus saya berurusan
February 10, 2020 @ 6:21 am
Assalam, sya nk tanya, sya ank kpda pminjam,abh sya sudah meningal, adekah sy sbgai pewaris kena selesaikan semua tunggakkan tersebut?
February 15, 2020 @ 4:21 am
Jika peminjam yang meninggal dunia pihak insuran yang akan membayar kesemua hutang peminjam.
July 23, 2020 @ 5:22 am
Jika peminjam bersama dan salah seorang meninggal dunia, adakah semua baki hutang ditanggung oleh insurans? Atau cuma hutang peminjam yang meninggal dunia sahaja ditanggung oleh insurans dan seorang lagi masih kena bayar baki hutang atas namanya?
July 24, 2020 @ 2:47 am
Jika pinjaman bersama peminjam hanya perlu membayar pinjaman bahagian dia sahaja. Bahagian simati akan ditanggung oleh insuran
March 23, 2019 @ 2:11 pm
Salam,sy ingin bertanya kalau pnjaman tu ats nama sy seorang sbg suami..tp nama pd rumah bersma istri..selps sy mati.. Adakah insuran akn langsaikan pnjaman lppsa sy tu ye.. Sbb nama pd peminjam adalah nama sy seorang.sekian.. Mhn reply ye..or blh emel kpd sy nikfadli_89@yahoo.com
March 23, 2019 @ 2:25 pm
En Mohamad Dhiyauddin jika En membuat pinjaman dengan LPPSA ya memang benar pihak insuran yang akan melangsaikan semua hutang Encik jika hanya Encik seorang sahaja yang sebagai peminjam.
April 8, 2019 @ 3:59 am
maaf nak bertanya.. ayah saya telah meninggal dunia tp meninggalkan bagi debit rumah untuk dibayar akan tetapi warisnya ibu tidak berkerja .. saya anak ingin menanggung tp gaji agak kecil bagaimana untuk saya membuat ansuran pembayaran mengikut kemampuan gaji saya pihak mana harus saya berurusan
April 8, 2019 @ 8:35 am
Cik Dila boleh menulis dan merayu ke LPPSA dan memaklumkan perkara ini kepada pihak Lembaga. Hanya pihak Lembaga yang boleh menimbangkan perkara ini. Alamatkan rayuan kepada Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam, No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.
Semuga dapat membantu
July 3, 2019 @ 4:35 am
encik, jika surat sudah di buat, dan pihak lppsa minta juga bayar sekaligus jumlah debit tsebut
August 6, 2021 @ 11:10 pm
Jika loan rumah atas nama isteri, geran nama bersama suami. Suami meninggal, bahagian suami jadi harta pusaka. Bayaran baki pinjaman sepenuhnya masih di bahu isteri?
August 22, 2021 @ 8:38 am
Puan perlu membayar bahagian puan sahaja sekiranya jika puan puan pinjaman bersama…bahagian suami dibayar oleh insuran
February 20, 2022 @ 4:23 pm
Salam, saya nak tanya,jika peminjam lppsa meninggal dunia dan meninggalkan waris iaitu isteri dan anak lelaki dari perkahwinan simati dengan isteri pertama, rumah tersebut dikira mcmana ye? Rumah tu dibeli masa simati dgn isteri baru dan bukan dengan isteri dahulu.
February 27, 2022 @ 3:03 am
dengan isterima pertama bercerai ke tidak? kalau tidak maka dia layak untuk menuntut termasuk anak anaknya. Sekiranya pihak puan dapat membuktikan bahawa puan ada menyumbang kepada rumah tersebut maka setengah bahagian adalah hak puan bagi harta sepencarian. Hanya sebahagian sahaja yang akan di faraidkan kepada waris waris
December 8, 2020 @ 5:28 am
Maaf admin ,kes cik dila ni..kes yg mcmne admin? Kenapa ada baki debit?
December 8, 2020 @ 3:00 pm
Maaf soalan tak jelas
April 3, 2022 @ 6:48 am
ya, ada kes masih akan ada baki debit selepas ditolak insurans yang diterima. Jadi waris yang perlu selesaikan baki debit ini sebelum LPPSA memulangkan dokumen hakmilik.
April 30, 2019 @ 6:00 am
Bagaimana sekiranya suami seorang sahaja sebagai peminjam isteri sebagai waris kemudian mereka bercerai. Adakah hak waris akan bertukar kepada isteri yang baru jika si suami bekahwin dengan perempuan lain selepas itu.
May 1, 2019 @ 12:09 am
jika nama isteri ada dalam geran maka sesiapa pun tidak boleh mengambil bahagian isteri tersebut tanpa persetujuan (memindahmilik) bahagian nya. Jika suami tersebut telah berkahwin lain isteri hanya berhak untuk mendapat bahagian suami tersebut sahaja bukan dari bahagian bekas isteri suami. sekiranya nama isteri tiada dalam geran isteri boleh menuntut harta sepencarian di Mahkamah.
February 3, 2020 @ 12:08 pm
Bagaimana proses untuk membuat penama bagi rumah tersebut
February 3, 2020 @ 12:39 pm
tuan boleh berbuat demikian dengan menambahkan nya didalam sistem LMS
June 27, 2019 @ 5:04 pm
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Ibu saya telah meninggal dunia beberapa bulan yg lepas. Untuk tuntutan pusaka, geran rumah atau surat perjanjian jual beli di perlukan. Semasa urusan di lppsa untuk dpt kan geran, pihak lppsa mahukan surat dari tmpt kerja lama ibu saya yg menyatakan ibu saya ada membeli rumah. Adakah saya perlu juga dapatkan geran rumah atau saya boleh menggunakan carian rasmi dari ptg untuk proses di pjbt pusaka??? Terima kasih
June 27, 2019 @ 8:33 pm
untuk pembahagian pusaka boleh mengguakan carian. Geran asal diperlukan ketika pendaftarn penama baru dalam geran tersebut
June 28, 2019 @ 10:48 am
Maknanya, untuk proses dokumen saya hanya tunjuk carian rasmi sahaja tanpa geran?? Selepas dapat surat kuasa, boleh waris tuntut geran di lppsa ke??
June 28, 2019 @ 11:30 am
Carian Resmi memang boleh digunakan semasa bicara kuasa. (sebenarnya Carian Resmi adalah maklumat terkini mengenai butiran harta pada hari carian tersebut dibuat)
Dalam masa yang sama tuan boleh menuntut geran tersebut dengan LPPSA dengan mengemukan semua dokumen yang lengkap untuk mendapatkan Geran tersebut.
September 15, 2020 @ 5:25 am
Hi Min,
Situasi yang berlaku kepada saya.Rumah arwah parents saya dah habis bayar.But geran rumah masih di bank as my parents tidak buat wasiat/waris as saya adalah anak tunggal kepada parents saya.Bagaimana cara nak dapat kan geran rumah parents I tu and if can cara nak tukar nama rumah tu kepada saya.?
September 17, 2020 @ 3:34 am
Hi….apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke bank dimana pinjaman tersebut dibuat bawa sijil kematian untuk membuktikan bahawa awak adalah waris kepadi simati. Pihak bank akan minta awak melantik peguam untuk membuat discharge (mengeluarkan nama bank didalam geran tersebut). Tetapi geran tersebut masih atas nama si mati, untuk menukar nama kepada nama awak, awak perlu pergi ke Pusaka Kecil untuk urusan tersebut. Sekiranya awak adalah seorang Islam maka urusan akan dibuat secara faraid dan sekiranya awak bukan seorang islam ianya akan dibuat secara Probet. Apa apa pun awak perlu uruskan untuk mendapatkan geran asal terlebih dahulu dan keluar kan nama bank sebagai pemegang gadaian
December 22, 2019 @ 1:43 pm
Salam…
Saya dan suami peminjam bersama lppsa yg baru…suami saya akan bersara 5 tahun lagi…
Soalan Pertama:
Bagaimana potongan selepas pencen beliau?
Soalan Kedua:
Sekiranya berlaku kematian suami (cth) masihkah bayaran perlu di buat?
Soalan Ketiga:
Saya isteri kedua, adakah saya perlu membuat proses tertentu Untuk hak rumah yang saya bayar bersama…
December 22, 2019 @ 2:53 pm
1. Permotongan gaji akan berjalan seperti biasa.
2. Bahagian suami puan akan ditanggung oleh pihak insuran (kebiasaannya)
3. Bahagian suami puan akan menjadi harta pusaka dan akan di agihkan mengikut hukum faraid
July 3, 2019 @ 4:37 am
en, saya sudah buat surat rayuan ke lppsa utk memohon bayar secara ansuran. tetapi pihak lppsa hanya sekaligus bayaran debit tersbut. macam mana cara nye ya ? tiada cara lain untuk saya dpatkan jumlah yg besar utk bayar debit tsebut.
July 3, 2019 @ 5:08 am
sebelum itu saya ingin bertanya kenapa tuan, apa yang menyebabkan tuan diminta untuk membuat bayaran sekali gus.
July 10, 2019 @ 1:48 am
Salam Tuan, sy telah membeli rumah Yang dlm pembinaan.jika sy meninggal sebelum rumah siap @ belum sempat potongan dibuat, macamana urusan rumah tersebut? Tq
July 10, 2019 @ 12:08 pm
Jika sekiranya harta tersebut telah dilindungi pihak insuran maka pihak insuranlah menjelaskan hutang anda mengikut polisi insuran yang anda pilih. Jadi pemilihan insuran juga penting semasa anda membuat anda membuat permohonan.
September 4, 2020 @ 4:46 am
Salam, sekiranya jumlah bayaran insuran masih tidak mencukupi dan masih mempunyai baki pinjaman yang perlu dibayar, apakah cara untuk membayar baki tersebut secara ansuran. Melalui surat yang dinyatakan, pembayaran hendakalah dibuat sekaligus. Mohon pencerahan.
September 17, 2020 @ 3:45 am
Jika bayaran insuran tidak mencukupi memang peminjam perlu membayar secara sekali gus. Cuba pihak tuan buat rayuan dengan LPPSA untuk perkara ini.
July 22, 2019 @ 6:38 am
Assalamualaikum.saya ingin bertanya.ayah saya telah meninggal dunia pd 20 jun 2019.pd bln jun juga,rumah yg dibeli ayah saya dengan loan kerajaan telah berhenti dipotong.ini bermakna ayah saya meninggal dunia pd bulan pinjaman rumah yang dibeli selesai dibayar.soalan saya,bagaimanakah cara untuk kami dapatkan geran asal rumah tersebut?kami telah terima borang 30A,borang 16N,hak milik asal sementara,tetapi kami tidak tahu langkah seterusnya yang kami perlu buat untuk dapatkan geran asal rumah.untuk pengetahuan pihak tuan,rumah yang dibeli arwah ayah diletakkan nama bersama ibu saya.
July 22, 2019 @ 7:49 am
Borang 30A ialah borang Perletakan Hak dimana Arwah ayahnya menggadaikan harta tersebut Kepada Bahagian Pinjaman Perumahan. Disebabkan peralihan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam borang itu diguna pakai.
Borang 16N ialah borang melepaskan Gadaian dimana LPPSA telah melepaskan harta teesebut. Borang ini telah ditandatangani oleh pihak LPPSA dan perlu penyaksian oleh pihak peguam. Puan boleh minta peguam uruskan atau puan boleh minta peguam jadi saksi sahaja dan urusan melepaskan gadaian itu diuruskan sendiri oleh puan di pejabat Tanah. Tanya peguam yang menyaksikan nanti dimana ianya perlu didaftarkan.
Hakmilik Asal Sementara ialah Nama lain bagi Geran.
Walaupun arwah ayah puan telah puan sebagai penama kepada herta tersebut ada baiknya puan merujuk kepada Pejabat Pusaka kecil untuk masaalah tersebut kerana Geran yang dilepaskan oleh LPPSA masih atas nama simati.
July 26, 2019 @ 1:06 pm
sila gunakan borang ini dan maklumkan kepada LPPSA tentang kematian Borang Pemberitahuan Kematian
February 18, 2022 @ 6:55 pm
Saya merupakan waris Zairul Anuar Bin Abdul Halim. Beliau telah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya untuk saya menghantar segala dokumen iaitu borang pemberitahuan kematian peminjam beserta ingin menghantar borang pengesahan baki pembiayaan perumahan? Di mana dan bagaimanakah cara secara online? Kerana atas arahan pihak lpps sendiri suruh saya lakukan secara online.
February 27, 2022 @ 3:08 am
sila search etiket.lppsa isi segala butiran dan kemukakan persoalan tuan disana dan sertakan segala dokumen yang berkaitan.
July 26, 2019 @ 1:35 am
As salam,
Saya ingin bertanya, isteri saya membuat pinjaman perumahan atas nama dia seorang. Isteri telah meninggal dunia dan kami tidak mempunyai anak. Soalannya siapa yg berhak di atas rumah tersebut. Arwah masih mempunyai emak. Bagaimana proses untuk mendapatkan geran asal adakah saya perlu membuat surat rasmi kepada LPPSA. Seminggu selepas kematian areah saya cuma mohon S&P dari LPPSA dan telah dapat salinananya. Apa tindakan saya seterusnya tuk dapatkan geran bagi proses seterusnya
Terima kasih,
July 26, 2019 @ 1:03 pm
Tuan boleh muat turun borang tersebut di link ini borang pemberitahuan kematian
Semua waris yang berhak adalah layak untuk mendapat harta simati sebagai harta pusaka.
Tuan boleh pergi ke Pejabat Pesaka Kecil untuk merujuk perkara ini.
August 5, 2019 @ 9:21 am
Salam.. Sy telah diberi kuasa untuk ambil geran rumah arwah ayh sy.. Tetapi urusan borang lppsa belum settle lagi.. Bagaimana ye.. Boleh kah sy terus ke sana..
August 5, 2019 @ 2:07 pm
Ada baik nya puan menalippn LPSSA terlebih dahulu untuk mengetahui status geran tersebut kerana dikuatiri dokumen tersebut masih dalam proses dan belum boleh dituntut. Kebiasaannya pihak LPPSA akan menghantar semula dokumen apabila semuanya telah lengkap.
September 2, 2019 @ 2:12 am
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Abang saya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Kami telah menerima Notis Tuntutan Serta Notis Penamatan Perjanjian daripada Peguam mewakili LPPSA menuntut baki pinjaman tertunggak RM309K dengan alasan amaun insurans adalah tidak mencukupi untuk menangung baki hutang bagi pinjaman tersebut. Mohon pandangan dan nasihat?
September 7, 2019 @ 12:21 pm
Maaf diatas kelewatan membalas pertanyaan tuan. Dapat sekiranya tuan email ke pijiobeno@gmail.com kerana ada persoalan yang perlu tanya.
October 16, 2019 @ 7:16 am
Assalamualaikum,
Tuan,
Inggin saya bertanya jika peminjam meningal dunia dalam perkhidmatan dan mempunyai pinjaman perumahan LPPSA apa dokumen yang di perlukan?
Pemberitahuan kematian peminjam dibuat oleh jabatan atau keluarga arwah sendiri?
Terima kasih…
October 16, 2019 @ 7:23 am
Waris perlu memaklumkan kepada LPPSA tentang kematian dengan menyertakan salinan IC simati dan serta sijil kematian.
November 29, 2019 @ 12:04 pm
Salam. Ibu saya perlu mengisi borang Pemberitahuan Kematian LPPSA tetapi bahagian No. Fail dan No. Akaun ibu saya tidak tahu. Dimanakah kami bokeh dapatkan nombor2 itu?
December 1, 2019 @ 1:30 am
Tak ada masaalah cukup sekadar mengisi no k/p simati dan memberi sesalinan k/p tersebut
December 13, 2019 @ 1:27 am
Assalammulaikum..
Tuan, saya ingin bertanya, ibu dan bapa saya membuat pinjaman perumahan bersama. Ibu saya telah meninggal dunia pada 15/05/2018. Untuk makluman tuan, pembahagian harta pusaka bahagian ibu telah selesai dibuat di pejabat pusaka. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan kembali hakmilik asal untuk tujuan pertukaran nama bapa sepenuhnya di dalam hakmilik?
December 17, 2019 @ 3:13 am
tuan boleh menulis ke LPPSA atau masuk ke e ticket untuk mendapatkan dan surat hakmili. Sertakan butiran yang relevan untuk perkara ni…
January 21, 2020 @ 8:54 am
Salam encik..ayah saya telah meninggal dunia pada Bulan Lepas..saya ingin tahu apakah dokumen Yang diperlukan untuk saya maklumkan kematian ayah saya pada pihak lppsa..borang saya dah muat Turun ..cuma ingin tahu dokumen Yang perlu dilampirkan..
January 21, 2020 @ 8:59 am
Tuan sertakan surat kematian dan salinan K/P simati semasa menyertakan dokumen yang telah tuan download.
January 22, 2020 @ 6:34 am
salam sejahtera Tuan /Puan
Salam,sy ingin bertanya kalau pinjaman tu atas nama saya seorang sbg suami, tetapi nama pada rumah (SNP) nama saya bersama istri.
Andai kata saya meninggal.. Adakah insuran akn langsaikan pnjaman lppsa saya tu ye? atau adakah isteri saya yang akan menanggung pembayaran selepas saya meninggal?
.. Sbb nama pd peminjam adalah nama sy seorang.
sekian..
January 22, 2020 @ 3:06 pm
Sekiranya berlaku kematian pihak insuran yang akan membayar kos untuk rumah tersebut.
January 26, 2021 @ 5:08 am
Salam En.
saya mahu tanya adakah mana-mana pihak daripada koperasi pinjaman peribadi boleh meminta sijil kematian dari ‘waris’ secara online?
sedangkan kami sekeluarga tidak tahu pun yang mendiang daddy saya ada buat pinjaman selama ini , dan kami di inform bahawa masih ada baki yang tertunggak dan kami tidak perlu membayar apa-apa pun kecuali email kan saja sijil kematian kepada mereka. Dan mereka akan contact kami sekiranya tuntutan insuran diluluskan.
permasalahannya disini saya takut sekiranya ini adalah satu penipuan kerana pinjaman tersebut di buat 18tahun yg lalu (pihak sana yang bagi info).
January 27, 2021 @ 12:35 am
Biasanya tujuan Koperasi meminta untuk mendapatkan sijil mati adalah untuk mengesahkan bahawa seseorang tu telah meninggal. Koperasi biasanya akan menginsurankan peminjam untuk melindungi waris daripada membayar hutang simati. Sijil kematian perlu dikemukan kepada pihak insuran untuk mendapatkan kemudahan seperti yang terdapat dalam polisi insuran. Jika pihak tuan khuatir salah guna sijil kematian oleh pihak ketiga tuan boleh edit sijil simati dengan menulis Untuk kegunaan Koperasi (nama) tujuan untuk menuntut insuran sahaja
February 4, 2020 @ 3:34 am
Assalam saya ingin bertanya .. kalau saya nak tuntut geran rumah.. adakah saya harus menuntut di lppsa atau pemaju..?. Pembeli rumah adalah ayah saya yang telah meninggal pada tahun 2018.. .. saya sekarang sedang berurusan dgn pihak pusaka kecil pejabat tanah.. tetapi saya tidak boleh ke proses seterusnya kerana tidak ada geran rumah….
February 4, 2020 @ 3:46 pm
Sekiranya Ayah tuan membuat pinjaman dengan LPPSA maka geran tersebut berada ditangan LPPSA sebagai pemegang Gadaian.
Untuk proses Pusaka Kecil ada eloknya tuan membuat carian dan membeli salinan Geran di Pejabat Tanah dimana Geran tersebut dikeluarkan.
Untuk rujukan tuan tuan boleh melihat Cukai Tanah yang tuan bayar tiap tiap tahun. Dengan mengunakan cukai tanah tersebut tuan boleh membeli Carian Resmi atau Carian Persendirian dan juga salinan Geran untuk proses pembahagian Pusaka.
Sila bawa cukai tanah ke pejabat Tanah semasa ingin membuat carian dan salinan Geran..PASTIKAN tuan membawa Cukai Tanah milik arwah ayah tuan dan pastikan harta yang hendak dituntut adalah harta yang sama tercatat dalam cukai Tanah tersebut.
Dalam masa yang sama tuan boleh menulis ke etiket lppsa dan maklumkan tentang kematian ayah tuan dengan menyertakan butiran yang lengkap.
February 23, 2020 @ 1:21 pm
Assalam saya ingin bertanya kepada admin,abah saya telah meninggal pada October 2019 , saya ingin tahu adakah saya harus ke lppsa untuk ambil geran , sebab abah saya sudah lama habis pinjaman tetepi pihak lppsa belum hantar apa – apa surat untuyk mengambil geran.
February 23, 2020 @ 2:57 pm
tuan perlu menulis surat kepada lppsa maklumkan mengenai kematian peminjam. Sertakan surat kematian dan sertakan butiran waris agar senang pihak LPPSA berhubung dengan tuan. Bagaimana pun ia mengambil masa untuk di proses. Dalam masa itu tuan boleh meneruskan urusan harta pusaka. Tidak perlu mendapatkan geran yang asal tuan hanya perlu membeli carian di pejabat Tanah dimana harta tersebut didaftarkan.
May 31, 2020 @ 8:50 am
Assalamualaikum. isteri saya merupakan peminjam lppsa. Tetapi dalam snp ada dua nama iaitu nama isteri dan nama saya. ini kerana saya pernah keluarkan duit kwsp utk kos guaman masa mula beli rumah tempoh hari. kami tidak mempunyai anak. soalan saya siapakah pewaris rumah tersebut jika isteri saya meninggal? dia sudah tiada ibu bapa. cuma ada adik beradik.
June 1, 2020 @ 2:59 pm
tuan masih pemilih harta tersebut tetapi hanya setengah bahagian sahaja. Bagi membahagian harta pusaka bahagian isteri iaitu (1/2 bahagian) tersebut tuan perlu merujuk kepada pejabat pusaka kecil
June 9, 2020 @ 9:27 am
Salam tuan nak tanya…ayah saya sudah meninggal dunia…untuk borang pemberitahuan kematian untuk selesaikan hutang rumah perlukan dokumen apa ya?? Pertukaran nama rumah pulak mcm mana ye??
June 17, 2020 @ 8:48 am
Tuan boleh download di web LPPPSA. Sebelum pertukaran nama dibuat harta simati telah menjadi harta pusaka. Jadi harta tersebut perlu difaraidkan mengikut bahagian masing masih tuan perlu rujuk kepada pusaka kecil tentang perkara ini
June 15, 2020 @ 5:42 am
Sekiranya borang notis pemberitahuan kematian peminjam telah di hantar berapa lama untuk prosedur jawapan dari pihak lppsa kepada waris soal status pinjaman tersebut ?
June 17, 2020 @ 8:45 am
Tempoh yang tepat tidak diketahui…kebiasaannya pihak LPPSA akan memberi maklumbalas setelah semua proses selesai
June 22, 2020 @ 3:55 am
Assalamualaikum. Abg saya telah menerima geran rumah. Saya ingin bertanya berkaitan pembayaran rumah yang telah dibuat oleh pihak insurans, jika ada baki pembayaran, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan baki bayaran tersebut? Boleh kah saya tahu prosedur yang perlu saya lakukan?…terima kasih
June 24, 2020 @ 8:51 am
tuan boleh menghubungi pihak insuran yang memberi perlindungan insuran kepada abang tuan
June 30, 2020 @ 4:44 pm
Salam Sejahtera Tuan, Saya telah menyelesaikan sepenuhnya pinjaman Pertama LPPSA, dan sekarang plan untuk beli tanah dengan tujuan membina rumah di atas tanah berkenaan. Adakah Saya layak.
July 20, 2020 @ 12:35 pm
Tuan boleh membuat pinjaman untuk membeli tanah terlebih dahulu
July 19, 2020 @ 4:10 pm
Salam sejahtera Admin.
Saya kurang faham tentang sekiranya peminjam meninggal dunia perlukah waris tanggung hutang rumah tersebut atau pihak insurans langsaikan baki hutang rumah? dan dlm soalan lazim LPPSA kata sekiranya peminjam meninggal dunia dengan debit waris perlu bayar baki hutang rumah itu? Admin boleh jelaskan..tk..
July 20, 2020 @ 12:43 pm
Sekiranya pinjaman dibuat diatas nama persaorangan maka waris tidak perlu membayar balik pinjaman tersebut. Sekiranya pinjaman secara bersama dibuat, dan salah sorang dari peminjam tersebut meninggal dunia, maka bahagian yang dipinjam oleh peminjam yang meninggal sahaja yang akan ditanggung oleh pihak insuran manakala peminjam yang masih hidup perlu menjelaskan pinjaman beliau. Misalnya harga rumah ialah 300K. Pinjaman dibuat secara bersama iaitu suami 150K dan isteri 150K. sekiranya salah seorang dari peminjam tersebut meninggal maka bayaran balik yang berlu dibayar ialah 150K sahaja. Kerana pinjaman yang dibuat oleh peminjam yang meninggal dunia akan ditanggung oleh pihak insuran
August 12, 2020 @ 4:32 am
Adakah rumah pinjaman lppsa jatuh faraid? @ menjadi hak milik pasangan si arwah peminjam tadi? Bagaimana proses tukar pemilikan rumah tersebut?
August 20, 2020 @ 7:18 am
Sekiranya peminjam tersebut beragama Islam maka semua harta yang perlu dibuat secara hukum faraid. Untuk menukar nama tuan perlu pergi ke Pusaka kecil untuk menguruskan urusan pusaka terlebih dahulu
September 14, 2020 @ 11:42 am
AssalAmualaikum saya nak tanya arwah ayah saya ada beli rumah loan dgn lppsa, arwah sudah meninggal 20 tahun yang lalu, pada masa tuh kami adik beradik sekolah lagi dan mak seorang tidak tahu menahu mngenai rumah arwah ayah sehinggakan baru baru ini ada property ingin beli rumah arwah saya tuh, mereka bagitahu ada hutang bank sbyk 150k, mereka suruh kami selesaikn dengan pihak lppsa, boleh bagi pendapat sebab kami sekeluarga betul betul buntu
September 17, 2020 @ 3:40 am
Prosesnya agak panjang. Sebab nama masih nama simati. Ada baiknya buat proses faraid dahulu. Kemudian sekiranya harta tersebut ingin dijual baru diuruskan proses seterusnya.
September 17, 2020 @ 6:09 am
Terima kasih atas response, saya ada call lppsa kelmarin, mereka suruh saya post kan copy sijil kematian arwah ayah supaya mereka inform lppsa sbb dah 20 tahun meninggal mmg x de siapa bgtahu lppsa.
Cuma saya nak tanya pihak property yg nak beli rumah arwah ayah saya bgtahu rumah arwah ada tunggakan hutang 150k, adakah pihak insurance akan settlekn semua hutang arwah?
Dan perlu kah saya setuju dengan pihak property yg ingin peguam mereka tolong uruskan benda nih semua?
September 17, 2020 @ 7:08 am
Adalah lebih baik pertukaran nama dibuat terlebih dahulu…..sekiranya pihak peguam yang ingin menguruskan urusan tersebut itu tidak menjadi masaalah namun ianya melibatkan kos sahaja.
September 22, 2020 @ 3:01 am
salam admin..saya ingin bertanya…
1)saya beli rumah melalui pinjaman lppsa tahun 2019..atas nama saya sorang..andai saya meninggal..adakah waris saya kena menanggung hutang rumah.
2) boleh ke saya hibah atau wasiatkan nama anak pada rumah tersebut sedangkan pinjamam blm habis.(sekiranya boleh bagaimana prosesnya)
September 24, 2020 @ 3:20 am
Sekiranya meninggal dunia pihak insuran akan menanggung kos rumah tersebut dan jika insuran yang diambil kurang dari nilaian rumah tersebut maka waris perlu membiayai lebihan tersebut.
2) Boleh rujuk dengan peguam atau pusaka Kecil untuk tujuan hibah
October 8, 2020 @ 12:30 pm
Assalamualaikum saya nak tanya macam mana nak tukar alamat waris
October 8, 2020 @ 12:42 pm
Tuan pernah daftar dengan LPPSA atau masih belum. Jika belum tuan boleh daftar disini https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/ Jima sudah, tuan log in seperti biasa kemudian klik MAKLUMAT PERIBADi disebelah kiri bahagian atas dan kemudian klik kotak MAKLUMAT KELUARGA dan disitu tuan boleh update butiran terkini waris.
November 16, 2020 @ 6:08 am
salam sy ingin tahu…jika anggota kerajaan meninggal hutang rumah yg di beli automatik selesai kan..tp rumah si mati tidak di buat penama…bolehkah waris menuntut rumah tersebut…tp segala dokumen tiada di simpan..di mana harus waris rujuk untuk menuntut rumahtersebut..atau adakah rumah tersebut sudah dilelong..sebab sudah berpuluh tahun..tq
November 17, 2020 @ 6:35 am
Hutang peminjam akan diselesaikan oleh pihak insuran mengikut pemilihan peminjam. Waris yang layak boleh menuntut harta tersebut. Tuan boleh menulis kepada LPPSA dan maklumkan bahawa tuan adalah warisnya. Dapatkan maklumat harta tersebut dan buat carian di pejabat tanah dimana geran tersebut didaftarkan. Kemudian boleh kumpulkan waris waris yang layak untuk berbincang untuk dibawa ke pusaka kecil untuk membuat tuntutan.
December 7, 2020 @ 5:41 am
Saya ingin tahu jika rumah atas nama SUAMI BERSAMA ISTERI tetapi bayaran bulanan hanya SUAMI SEORANG YANG BAYAR. Jika suami meninggal dunia adakah insurans akan tanggung semua jumlah pinjaman?
December 8, 2020 @ 3:01 pm
akan ditanggung oleh insuran mengikut polisi yang diambil oleh peminjam
February 15, 2021 @ 2:05 pm
Salam…arwah ibu dah meninggal…arwah ada rumah…hutang² semua pihak insuran dah selesaikan…boleh kah waris ambil geran rumah…walaupun belum bicara kuasa…kalau boleh apa dokumen yg perlu ada???
February 19, 2021 @ 7:04 am
Tuan boleh menghubungi etiketlppsa.gov.my maklumkan tentang kematian ibu tuan sertakan butiran sokongan yang lengkap yang dmembuktikan bahawa tuan adalah waris kepada simati. Pihak LPPSA akan memberi maklum balas kepada pihak tuan kelak
March 9, 2021 @ 3:58 am
salam admin. ayah saya meninggal, dia peminjam lppsa. geran rumah masih belum dapat kerana perlu setelkan bayaran rm4ooo lebih hutang. bukankah ada insuran yang cover, tapi masih kena bayar juga.
March 9, 2021 @ 12:59 pm
Sekiranya pihak LPPSA memohon agar waris membayar sejumlah wang untuk pinjaman bermakna ada beberapa kemungkinan. Pertama peminjam ada tertunggak sejumlah bayaran pinjaman (mungkin majikan lambat membuat pemotongan gaji) atau takaful yqng dipilih oleh peminjam tidak membiayai penuh pinjaman. Sebab itu sebelum pemilihan takaful perlu membaca kemudahan yang ditawarkan…bukan sekadar harganya murah
March 12, 2021 @ 9:18 am
Salam en/pn,
Selepas kematian ayah .. sy dah emailkan kpd lppsa .. selepas email step seterusnya mcm mne ye en . Sbb tiada maklum bls dri lppsa .. sy ingin tahu step seterusnya mcm mna . Tq
March 15, 2021 @ 7:21 am
Cuba tuan email sekali lagi. Maklumkan tuan telah menulis kepada e tiket sebelum ini. Kekadang mencari rekod pinjaman memerlukan masa yang agak lama kerana usia rekod tersebut agak lama
March 23, 2021 @ 2:48 pm
Salam, ayah sy telah kematian sejak beberapa tahun lepas. Tapi kenapa insurance tak cover, dan potongan masih berjalan dan telah byk tunggakan tanpa waris sedari, itu pun lepas pihak dari lawyer dtg melawat rumah, atas isu lelongan. Apa yang perlu di buat? terima kasih
March 23, 2021 @ 4:10 pm
Ada baiknya pihak tuan memaklumkan kepada LPPSA diatas kematian ayah tuan. Kemungkinan besar pihak LPPSA tidak dimaklumkan tentang kematian ayah tuan. Maklumkan segera kepada LPPSA melalui etiket.lppsa.com dan berikan maklumat lengkap ayah tuan dan lain lain butiran berkaitan.
April 4, 2021 @ 3:22 am
salam..
saya ingin bertanya tentang status waris bagi rumah yang dibeli melalui pinjaman lppsa dan bagaimana membuat pertukaran waris bagi pinjaman lppsa ..
April 14, 2021 @ 12:52 pm
salam. saya buat loan perumahan bersama dengan suami. Suami telah meninggal pada 2019. Saya telah berurusan dengan pihak pusaka kecil dan telah mendapat perintah mahkamah. macamana cara nak menuntut lebihan potongan/ insuran? boleh dapatkan saya nombor untuk dihubungi bagi bahagian insuran tersebut. Terima kasih dengan perhatian dari pihak tuan.
April 14, 2021 @ 1:03 pm
Tuan melantik insuran mana untuk perlindungan
June 9, 2021 @ 6:04 am
Jika baki pinjaman sudah di kreditkan bagaimana urusan seterusnya untuk penukaran nama kepada waris untuk geran tersebut ?
June 11, 2021 @ 1:19 am
Jika pembayaran kepada LPPSA sudah selesai pihak LPPSA akan membekalkan tuan segala dokumen kepada tuan seperti geran, borang pelepasan gadaian. Kemudian apa bila tuan mendapat semua dokumen tersebut maka perlu mengertakan borang yang diberikan oleh Pukasa Kecil sekiranya pembahagian harta telah selesai untuk didaftarkan ke Pejabat Tanah. Mungkin ada kos yang dikenakan semasa pendaftaran. Bergantung kepada pejabat Tanah dimana pendaftaran tersebut dibuat. Tuan juga boleh melantik peguam untuk unrus ini untuk memudahkan tuan.
August 4, 2021 @ 12:01 am
Apakah cara untuk menukar nama waris.
August 22, 2021 @ 8:40 am
Puan boleh masuk dalam sistem untuk menukar nama waris
August 9, 2021 @ 10:18 am
salam. saya telah buat loan rumah atas nama sendiri tetapi nama pada geran terbuat nama sendiri dan suami. Saya bercadang utk letak nama saya seorang pada geran rumah dan buat hibah harta kpd suami utk memudahkan urusan kami berdua jika berlaku kematian salah seorang. Bagaimana saya nak tukar geran rumah 2 nama kepada nama saya seorang sahaja?
August 22, 2021 @ 8:36 am
Tuan perlu merujuk kepada peguam untuk proses pindahmilik
August 22, 2021 @ 8:50 am
Assalamualaikum. Suami saya telah meninggal dunia pd 2019..saya telah berhubung dgn pihak insuran mengenali status baki insuran. Pihak insuran telah memberi tahu bahawa ada baki dan telah dihantar ke LPPSA. Utk menuntut baki tersebut.. Saya telah pun menghantar BORANG PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMINJAM berserta :
1. Salinan sijil kematian yg telah disahkan.
2.salinan kp waris yg telah disahkan.
3. Salinan penyata atau buku bank waris yg telah disahkan.
{SEPERTI YG DIMINTA}
saya telah menghantar segala dokumen tersebut pada 14.4.2021. Sampai kini tiada jawapan atau maklum alas dr pihak LPPSA.. apa yang harus saya buat?
Segala jawapan dan keperihatinan pihak tuan/puan didahului dgn ucapan terima kasih.
3.
September 16, 2021 @ 11:36 pm
Cuba pihak tuan maklumkan semula kepada pihak LPPSA dengan menulis kepada lppsa….kelewatan semua proses buat masa ini adalah kerana masaalah yang melanda kita sekarang ini…ramai staff yang WFH
September 13, 2021 @ 1:12 pm
Salam.. Arwah ayah seorang pesara guru..sgl proses berkaitan pesaka dh selesai.. Mslh sekarang.,untuk tukar nama pada geran, perlukan geran asal..
Soalan..
1) dimana utk saya dapatkan geran asal..?
2) bagaimana caranya?
September 16, 2021 @ 11:23 pm
Tuan perlu mengisi borang pemberitahuan kematian dalam web…berikan semua butiran yang dikehendaki dan email melalui etiket juga boleh di dapati di laman web lppsa
September 27, 2021 @ 9:42 am
SELAMAT SEJAHTERA,
NENEK SAYA NAK WARISKAN RUMAH MILIKNYA KEPADA SAYA. APAKAH PROSEDUR UNTUK SAYA MILIKI RUMAH NENEK SAYA DAN BORANG APAKAH SAYA KENA ISI?
October 18, 2021 @ 8:21 am
Harta tersebut sudah tiada hutang atau masih ada hutang….sekiranya sudah tiada hutang seeloknya buat pertukaran nama atas dasar kasih sayang…untuk memudahkan lebih baik lantik peguam
October 27, 2021 @ 2:14 am
PADA BORANG PEMBERITAHUAN KEMATIAN NI SIAPA YANG PERLU TANDATANGAN? WARIS ATAU MAJIKAN?
October 27, 2021 @ 2:26 am
Waris…
October 28, 2021 @ 3:47 am
Mohon email LPSPSA untuk saya emailkan dokumen kematian pegawai saya. Saya cuba hubungi No telefon LPPSA.tapi talian sentiasa sibuk
October 28, 2021 @ 4:03 am
Puan pergi ke web LPPSA. Lihat dibawah tu bahagian Hubungi Kami dan cari etiket. Puan isi disitu makluman puan dan maklumkan tujuan puan untuk menulis keoada LPPSA
February 25, 2022 @ 3:04 pm
Salam sejahtera, ayah saya sudah meninggal dan penama kedua rumah ialah abang saya tetapi saya yang bayar baki pinjaman sehingga sekarang dan pinjaman hampir selesai dan kami juga telah berhubung dengan bank tentang LPPSA tetapi masih tiada jawapan. Adakah saya masih boleh menuntut insurans ini. terima kasih
February 27, 2022 @ 2:58 am
saya tak faham dengan soalan tuan….rumah pinjaman dibawah LPPSA atau bank. Kalau LPPSA selepas kematian peminjam hutang tersebut ditanggung oleh pihak LPPSA
Sepatutnya tuan buat bicara kuasa sebelum membuat bayaran.